TEGUH
@ LENGUH (Istiqamah)
PENDAHULUAN
Istiqamah bermaksud
teguh, dan tetap pendirian. Berpegang teguh terhadap sesuatu dengan
bersungguh-sungguh itu dinamakan sebagai istiqomah.
Firman Allah swt:
Sesungguhnya
orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah
Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan
turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap
kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu
akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
(Surah Fussilat: 30)
Ayat di atas Allah
menerangkan tentang golongan yang tetap teguh di atas jalan Allah dan
kelebihannya di mana para malaikat memotivasikan orang yang istiqamah dengan
mengatakan tentang janji syurga buat mereka.
Di sini saya ingin
merungkaikan maksud istiqamah bagi seorang hamba dan pekerja.Hal ini kerana ia
dapat menjadikan kita mukmin yang professional yang sebenarnya.
ISTIQAMAH DALAM
MENUNAIKAN IBADAH
Kita dituntut untuk
beristiqamah dalam ibadah adalah kerana satu tujuan iaitu untuk mendekatkan
diri pada Allah.
Kerana menjadi
persoalan, siapakah yang mampu menjamin hidup kita baik atau tidak?Sudah semestinya
Allah swt sahaja yang mampu menjamin hidup kita.Justeru itu, kita sentiasa
memerlukan Allah di sisi kita agar kita tidak terpesong di dunia yang hanya
sementara ini.
Tidak malukah kita
ketika mana kita sedang menghadapi kesusahan kemudian kita berdoa, selepas itu
diluar doa kita berlaku maksiat padaNya?
Oleh yang demikian
jagalah ibadah kita dengan Allah seperti nyawa. Bila kita meninggalkan solat,
tidak membaca ayat-ayat Allah, kita rasa berdosa. Maka segeralah mohon ampun
pada Allah.
Perlu diingat bahawa dengan
istiqomah dalam ibadah, adalah kerana kita inginkan syurga Allah. Syurga adalah
destinasi orang mukmin.
Di dunia kita punya
banyak pilihan untuk pergi ke mana-mana, akan tetapi di akhirat kita hanya ada
dua tempat sahaja untuk ‘dipergikan’ iaitu syurga atau neraka. Maka ketika di
dunia kita punyai pilihan, tetapi di akhirat kita akan dipilih oleh Allah untuk
ditempatkan ditempat yang telah ditetapkan.
Oleh itu, apabila ada
insan yang ingin bertaubat, maka bantulah dia untuk istiqamah dalam taubatnya.
ISTIQAMAH DALAM
MELAKSANAKAN SHARIAT ISLAM
Istiqamah dalam shariah
bermaksud apabila kita menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang
mungkar. Sebagai hamba Allah yang menjadi mukallaf dimuka bumi ini, kita diwajibkan
untuk menyuruh manusia ke arah kebaikan dan mencegah segala yang dilarang.
Selain itu, kita
dituntut untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kita keseluruhannya
termasuklah dalam kehidupan rumahtangga, keluarga, kerjaya, hubungan dengan
rakan-rakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian
marilah kita patuhi hukum agama keseluruhannya kerana kita ingin kejar pangkat
yang paling tinggi disisi Allah iaitu taqwa.
ISTIQAMAH DALAM
JEMAAH (ORGANISASI)
Yang terakhir istiqamah
dalam Jemaah yakni organisasi. Istiqamah dalam Jemaah ialah apabila kita istiqamah
dalam mentaati pemimpin.Kita istiqamah terhadap segala arahan yang diberikan.
Pegang teguh terhadap
segala tugasan yang diberikan tanpa memberikan sejuta alasan kecuali tugasan
itu bertentangan dengan syariat Islam.
Selain itu,kita dituntut
untuk istiqamah dalam menghadapi ujian yang mendatang.
Sebagai contoh apabila
kita menghadapi ujian dengan pelanggan atau dengan rakan sekerja, maka
istiqamahlah dan jangan mengalah.
Selain itu kita
dituntut mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam organisasi seperti mana
Rasulullah saw mempraktikannya di dalam pentadbiran baginda. Sirah Rasulullah
tentang istiqamah dalam medan dakwah menjadi pengajaran buat kita.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil pada kali ini ialah:
1.
Berpegang
teguhlah kita pada agama Allah yakni Islam.
2.
Selalulah baca
doa istiqamah.
3.
Jadikanlah quran
dan as-sunnah sebagai peta kita ke syurga.
4.
Allah amat
mencintai orang yang istiqamah pada jalanNya.
5.
Istiqamah adalah
lebih baik jika perkara yang sedikit tetapi dilakukan secara berterusan.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment