KETIKA
KITA MENGELUH, ALLAH BAGI JAWAPAN
PENDAHULUAN
Setiap ujian yang kita
hadapi, pasti ada hikmahnya. Tidak kiralah apa jua bentuk ujian sekalipun,
pasti ada hikmahnya.
Ujian kerjaya,
rumahtangga, pelajaran, kemasyarakatan dan sebagainya sering kita hadapi. Dan
kadang-kadang apabila ujian sebegini hadir, kita cepat mengeluh.
Seolah-olah tiada
jawapan yang kita akan perolehi dari ujian tersebut. Apakah kita akan terus
mengeluh? Siapakah yang akan membantu kita ketika kita di dalam kesusahan?
Bagi individu muslim,
siapa lagikah yang mampu kita minta pertolongan?Dengan siapakah yang sudi
mendengar keluhan permasalahan kita?
Jika kita ingin
meluahkan perasaan pada orang lain, belum tentu ada yang sudi
mendengarnya.Kerana mungkin orang tersebut juga ada masalah lain yang dia
sedang hadapi.
“Aku pun ada masalah,
ni pulak aku nak layan masalah kau”. Kadang-kadang hal sebegini pun boleh
berlaku.
Tetapi tidak semua yang
sebegitu. Kita akui bahawa masih ramai yang sudi ingin membantu masalah kita.
Tetapi siapakah sebaik-baik
pendengar masalah kita? Siapakah yang akan bersama kita ketika kita susah dan
senang? Siapakah yang akan membantu kita merungkaikan segala masalah kita?
Sudah semestinya Allah
s.w.t. Ya, Allah s.w.t yang telah menciptakan kita di dunia ini. Adakah Allah
ingin biarkan kita bersendirian di dunia ini tanpa perhatian Dia?
Sudah tentu tidak.
Allah tidak akan menciptakan manusia melainkan diturunkan panduan buat manusia
iaitu al-quran.
Malah bagi
mempermudahkan perjalanan manusia itu, Allah utuskan para Rasul bagi memimpin
manusia ke jalan yang benar.
Tidakkah
itu tanda Allah sayangkan pada kita? Umar
bin al-Khattab r.a meriwayatkan bahwa satu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah
saw satu kumpulan tawanan perang.
Ternyata terdapat seorang perempuan
di kalangan rombongan itu sedang mencari-cari sesuatu ( anaknya ).
Setiap kali
dia menjumpai bayi di kalangan rombongan tawanan itu maka dia pun terus
mengambil dan memeluknya dan menyusuinya.
Maka
Rasulullah saw pun berkata kepada kami,“Apakah menurut kamu perempuan ini
akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam julangan api?”. Maka kamipun
menjawab, “Tentu saja dia tidak akan sanggup melakukannya, demi Allah. Walaupun
dia sanggup, pasti dia tidak ingin melemparkan anaknya.”
Maka
Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah jauh lebih menyayangi
hamba-hambaNya dibandingkan kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” (
Imam Bukhari dan Muslim)
KETIKA KITA
MENGELUH SEBAB KEPENATAN
Kadang-kadang kita rasa
terlalu penat melayan urusan dunia. Urusan kerja, urusan keluarga, urusan
politik dan sebagainya.
Apakah kita disuruh
oleh Allah untuk memaksakan diri dalam hal sedemikian? Jika kita sudah terlalu
letih dengan urusan tersebut, apakah yang patut kita lakukan?
Sudah tentu jika kita
penat, ambillah masa untuk berehat. Tubuh badan yang bekerja, perlu diberi
istrirehat.
Ketika kita mengeluh
kepenatan, Allah menajwab:
Dan
Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
(Surah an-Naba’: 9)
Maka ambillah waktu
berehat dan tidur kerana Allah tahu itu adalah yang terbaik buat hambaNya jika
sudah penat bekerja.
Bukankah itu tandanya
Allah sayangkan kita apabila kita mengeluh disebabkan kepenatan bekerja?
KETIKA KITA
MENGELUH SEBAB UJIAN YANG BERAT
Setiap manusia akan
menghadapi ujian dari Allah. Seperti yang disebutkan sebelum ini, pelbagai
ujian yang akan diuji.
Di tempat kerja, ujian
yang akan kita hadapi ialah bebanan tugasan, ujian perangai dan sikap rakan
sekerja, dan sebagainya.
Ketika kita mengeluh “ Beratnya
dugaan ni, tak sanggup rasanya aku menghadapinya..”.
Akan tetapi Allah
berikan jawapan terhadap keluhan kita itu:
Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami
tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa
kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(surah al-Baqarah:286)
Jelas pada ayat ini
bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang terdaya
dan termampu olehnya.
Bukankah itu tandanya
Allah sayangkan kita? Ujian sebagai pemangkin kekuatan kita. Apakah kita masih
meragui dengan ayat-ayat Allah?
KETIKA KITA
MENGELUH SEBAB STRESS
Apabila kita sudah
menghadapi masalah, pasti kita akan stress dan tertekan. Bukankah perkara
sebegini sering kita hadapi?
Stress dengan sikap
pekerja, rakan-rakan sekerja, pelanggan dan sebagainya. Apakah tindakan kita
yang boleh kita ambil sebagai manusia yang bergelar muslim?
Allah bagi jawapan
terhadap keluhan kita itu. Berdasarkan firmanNya:
"(Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang
tenteramlah hati manusia.
(Surah ar-Ra’d: 28)
Jelas pada ayat ini
bahawa apabila kita stress dan serabut maka segeralah mengingati Allah. Cara
mengingati Allah banyak caranya seperti membasahkan lidah dnegan zikrullah.
Solat, mengaji al-quran dan sebagainya
.
Apa-apa tindakan dan
perbuatan yang menjurus kepada mengingati Allah maka ia digalakkan. Yang
penting apabila kita stress, segera ingat apda Allah. Itu adalah jawapan yang
terbaik.
KETIKA KITA
MENGELUH DENGAN PERBUATAN YANG SIA-SIA
Kadang-kadang kita
merasakan apa yang kita buat ini hanyalah sia-sia. Kita merasakan tiada faedah
terhadap segala apa yang kita kerjakan.
Kerja kita ditempat
kerja, kadang-kadang kita merasakan ia satu yang sia-sia dan tidak ada manfaat.
Akan tetapi Allah s.w.t
telah memberi jawapan terhadap keluhan kita itu berdasarkan firmanNya:
Maka
sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)!
(surah al-Zalzalah:7)
Jelas pada ayat ini
bahawa setiap apa yang kita kerjakan pasti akan mendapat balasannya. Oleh itu,
pastikan kerja kita itu adalah ke arah kebaikan dan kerana Allah s.w.t.
Agar kerja kita itu
mendapat pahala dan diredhai oleh Allah s.w.t. Kerana di akhirat kelak, pahala
adalah nilai yang terbesar yang dapat memasukkan kita ke syurga Allh s.w.t.
KETIKA KITA
MENGELUH SEBAB TIADA BANTUAN
Kadang-kadang kita
hadapi masalah dan kita merasakan tiada siapa yang sudi menolong kita. Pelbagai
cara yang kita lakukan tetapi tidak berhasil.
Siapakah yang sudi
membantu kita ketika itu?
Allah beri jawapanNya,
berdasarkan firman:
Dan
Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat
dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Surah al-Ghaafir:60)
Jelas bahawa Allah itu
mendengar keluhan kita apabila kita perlukan pertolongan. Maka apakah kita
masih ingin berasa sedih dan gusar?
KETIKA KITA
MENGELUH SEBAB KESEDIHAN
Kadang-kadang kita
berasa sedih dengan nasib diri kita. Kadang-kadang tekanan dan bebanan yang
kita hadapi membuatkan kita rasa putus asa.
Akan tetapi apakah kita
ingin terus bersedih? Siapakah yang sudi mendengar keluhan kesedian kita?
Sesunggguhnya Allah
telah berfirman:
Kalau
kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun
menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari
negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah
engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah
menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan
sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi
(selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah at-Taubah: 40)
Oleh itu janganlah
bersedih, kerana Allah sentiasa bersama kita. Maka adulah segala masalah kita
pada Allah, nescaya Allah akan beri jawapanNya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya apa jua
keluhan yang kita hadapi, Allah sudah sediakan jawapannya sebagai sumber
kekuatan untuk kita.
Tidaklah Allah membiarkan kita terkapai-kapai di dunia ini
melainkan didatangkan untuk manusia kalimah-kalimah dariNya dan diutuskan pula
para Rasul sebagai pemimpin buat manusia agar manusia tidak tersesat jalan.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment