HIJRAHKU
KERANA ALLAH
PENDAHULUAN
Apakah azam kita untuk
tahun baru ini? Kita boleh lihat bermacam-macam aneka azam yang dibuat setiap
awal tahun.
Ada yang berazam untuk
bekerja bersungguh-sungguh, menjadi orang yang baik, menjadi pekerja yang
cemerlang dan sebagainya.
Apa-apa pun azam yang
dibuat selagi mana ia positif dan baik, maka baginya itu pahala. Kerana setiap
perbuatan yang baik jika diniatkan, sudah mendapat pahala.
Apa yang ingin
dikongsikan pada hari ini ialah, tentang sesuatu penghijrahan itu disandarkan
pada apa? Adakah kita berhijrah ke arah yang lebih baik kerana seseorang atau
kerana perkara lain?
Apakah penghijrahan
yang terbaik? Hijrah yang terbaik ialah apabila ia disandarkan kerana Allah
s.w.t. Bukankah hidup dan mati kita hanya kerana Allah s.w.t?
Di dalam solat kita
selalu melafazkan :
Katakanlah: "Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam.
(Surah al-An’am:162)
Bukankah itu tandanya
iqrar kita terhadap Allah s.w.t? Oleh itu sandarkanlah segala-galanya kerana
Allah s.w.t.
HIJRAH MUSLIM
KEPADA MUKMIN
Setiap muslim belum
tentu dia mukmin,akan tetapi setiap mukmin sudah tentu dia adalah muslim.
Apakah perbezaanya?
Orang Mukmin ialah orang yang benar-benar beriman dengan Allah s.w.t serta
rukun iman yang lain.
Apakah rukun Iman?
1.
Beriman Kepada
Allah s.w.t
2.
Beriman kepada
Malaikat-malaikat
3.
Beriman kepada
Kitab-kitab
4.
Beriman kepada
Rasul-rasul
5.
Beriman kepada
Hari Akhirat
6.
Beriman kepada
qada’ dan qadar.
Persoalannya adakah
kita orang benar-benar beriman? Jika tidak, perhatikan di bahagian manakah yang
kita masih belum beriman sepenuhnya.
Oleh itu, hijrahkanlah
diri kita menjadi mukmin yang sejati dengan beriman sebenar-benar iman terahdap
rukun iman yang enam.
Jika dahulu kita
seorang Muslim yang kurang taat pada Allah s.w.t, maka hijrahlah supaya menjadi
mukmin yang beriman dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan meninggalkan
segala laranganNya.
Jika dahulu kita
seorang Muslim yang kurang yakin dengan para Malaikat yang kita tahu setiap
malaikat ada tugasnya, sebagai contoh Malaikat Raqib dan Atid yang sentiasa
mencatat amalan baik buruk kita, maka hijrahlah supaya kita beriman terhadap
mereka.
Jika dahulu kita kurang
membaca al-quran dan tidak berusaha untuk memahami isinya, maka hijrahlah
supaya kita menjadi mukmin yang beriman dan sentiasa cintakan al-quran. Tidak
rugikah kita sepanjang hayat kita, kita langsung tidak pernah buka al-quran dan
memahami paa yang ingin disampaikan oleh al-Quran?
Jika dahulu kita tidak
beriman dengan kehadiran para Rasul, maka hijrahlah supaya kita menjadi orang
yang sentiasa beriman dengan para Rasul khususnya Nabi Muhammad s.a.w. Apakah
kita sudah benar-benar mencintai Nabi Muhammad s.a.w? Apakah buktinya? Adakah
kita mengikut sunnah yang telah diajarkan oleh Baginda? Maka bermuhasabahlah.
TAQWA BUKAN
SEKADAR DAKWA
Realiti yang kita dapat
lihat pada umat Islam sekarang ini ialah, ramai yang mendakwa bahawa dia adalah
orang yang bertaqwa. Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa?
Ciri-ciri orang yang
bertaqwa ialah mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan segala
laranganNya dengan harapan agar beroleh syurga dan terhindar dari seksaan api
neraka.
Janganlah kita
terus-menerus mendakwa kita adalah orang bertaqwa sedangkan hakikatnya kita
langsung tidak mahu taat pada suruhan Allah.
Apakah suruhan dan
larangan Allah yang Allah sebutkan di dalam al-Quran? Pernahkah kita perhatikan
sejenak pengisian di dalam al-quran?
Apa yang diharamkan
oleh Allah dan apa yang dihalalkan oleh Allah?
Janganlah jadikan kita Islam
hanya pada nama sahaja. Ambillah peluang ketika hayat kita ini untuk kita
mendalami sedalam-dalamnya ajaran Islam kerana padanya rahmat dan hidayah buat
mereka yang sentiasa mencari kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.
Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka
beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat
pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah
lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat
kebajikan).
(Surah ali-Imraan:198)
HARI INI LEBIH
BAIK DARI SEMALAM
Saidina Ali Karamallahu
wajhah pernah menyebut:
“Beruntunglah orang
yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari
ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”
Sempena tahun baru
masihi ini, apakah kita ingin jadikan kita lebih baik atau lebih teruk dari
tahun sebelumnya?
Bagaimanakah hubungan
kita dengan Allah s.w.t ketika ini dan akan datang? Bagaimanakah agama kita
ketika ini?
Adakah ahli keluarga
kita benar-benar taat pada ajaran Islam? Kita kena ingat, makin hari makin
dekat kita dengan ajal. Apakah kita sudah bersedia menghadapinya?
Oleh itu, sebagai
menyambut tahun baru ini, lengkapilah diri kita dengan ilmu agama, dekatkan
diri kita dengan para alim ulama, jauhkanlah diri kita dari maksiat dan
kemungkaran,tanamkan kebencian kita terhadap segala dosa-dosa yang sentiasa menari-nari
di sekeliling kita.
Janganlah menzalimi
diri kita dengan membiarkan diri kita dicampak ke dalam api neraka di akhirat
kelak.
Sedangkan ketika hayat
kita, kita sudah diberi peringatan dan nasihat tentang dosa dan pahala, syurga
juga neraka.
Berilah peluang pada
diri kita untuk menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat:13)
Orang yang paling mulia
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya pada Allah. Oleh itu, siapa pun
kita, apa jenis pangkat pun kita, berapa banyak harta pun kita, jelas orang
yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Sentiasalah kita
mengingati iqrar kita terhadap Allah s.w.t.
2.
Hijrahlah dari
muslim menjadi mukmin yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
3.
Orang yang
beriman sentiasa taat pada perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
4.
Jadikanlah hari
ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.
5.
Janganlah
menzalimi diri kita sendiri dengan membiarkan diri kita dicampak ke dalam api
neraka.
6.
Berilah peluang
kepada diri kita untuk merasai syurga Allah di akhirat kelak yang kekal abadi.
7.
Orang yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya.
8.
Hijrahlah kerana
Allah bukan kerana Dunia.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment