JANGAN
JADI MUSUH AGAMA SENDIRI
PENDAHULUAN
Senario masa kini dapat
dilihat bahawa Islam itu sedang dimusuhi oleh sebahagian umatnya sendiri. Ini
dapat dilihat dengn penolakan terhadap hukum-hukum Allah.
Umat Islam zaman
sekarang lebih suka untuk mengikut cara barat berbanding daripada mengikut
panduan dan peraturan yang telah Allah tetapkan.
Umat Islam jenis ini
boleh diklafikasikan sebagai golongan munafiq. Persoalannya siapakah golongan
munafiq ini?
Golongan munafiq ini
ialah golongan yang berpura-pura muslim tetapi pada masa yang sama cuba untuk
merosakkan Islam itu sendiri.
Firman Allah swt:
Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad)
sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk
yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang
kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Surah al-Baqarah: 120)
Persoalannya apakah
punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri?
DIDIKAN BARAT
Salah satunya adalah
kerana didikan budaya barat. Kegagalan sebahagian umat kita untuk menahan diri
daripada digoda dengan budaya barat itu susah.
Apabila unsur-unsur
barat sudah masuk ke dalam jiwa umat Islam, maka akan berlakulah penolakan pada ayat-ayat Allah.
Pelbagai falsafah barat
yang cuba diterapkan. Ada yang positif dan ada yang negatif.Akan tetapi
bahayanya ialah apabila unsur-unsur negatif itu lebih banyak berbanding dari
yang positif.
Barat terkenal dengan
budaya yang bersifat kepuasan diri. Seks bebas, arak, dan sebagainya menjadi
amalan biasa rakyatnya.Dan ia merebak kepada umat Islam itu sendiri.
Syaitan berusaha
menggoda kita untuk menjadikan kita golongan yang sesat.
Firman Allah swt:
Dan bacakanlah kepada
mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan
mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari
mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan
godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
(Surah al-Aaraf: 175)
KURANGNYA
TARBIYAH
Apa yang kita lihat
dengan fenomena ini adalah kerana kurangnya tarbiyah pada umat Islam.Cuba tanya
pada mereka yang memilih budaya barat, bagaimanakah mereka meletakkan al-quran
di dalam kehidupan mereka?
Bilakah kali terakhir
mereka membaca maksud ayat-ayat Allah? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap
kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw?
Tarbiyah memimpin kita
ke jalan yang benar dan membawa kita dalam kehidupan Islam yang sebenar.
Firman Allah swt:
Dan Nabi Ibrahim pun
berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub
(berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya
Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu
mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Surah al-Baqarah: 132)
UTAMAKAN DUNIAWI
Selain itu salah satu
puncanya ialah ketaksuban individu tersebut dalam mengejar urusan duniawi.
Kerana mengganggap dengan mengamalkan konsep konvesional akan meraih harta yang
berlipat ganda, maka segala hokum-hakam ditolak ketepi. Yang penting kepuasan
diri.
Apabila memiliki
kebendaan menjadi matlamat hidup, maka individu tersebut sudah semestinya akan
memilih jalan yang senang walaupun ia terpaksa menolak al-quran.
Apabila dunia itu tidak
disandarkan kepada Allah, maka kemusnahan dan kerosakan akan berlaku.Buktinya
apabila nilai-nilai kemanusiaan bertukar menjadi negatif seperti buruk sangka,
fitnah dan sebagainya.
Firman Allah swt:
Mereka itulah
orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan
perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka
tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula
tidak akan diberikan pertolongan.
(Surah al-Baqarah: 86)
Oleh yang demikian
apakah penyelesaian yang terbaik?
KEMBALI PADA
SYARIAT ISLAM
Dengan situasi yang
kita lihat terhadap sebahagian umat Islam yang menolak al-quran dan as-sunnah
ini, penyelesaiannya ialah dengan cara kembali kepada Islam.
Perhatikan di sudut
manakah yang menyebabkan kita sedang menuju ke neraka? Segera perbaiki jalan
kita. Ubah haluan kerana hidup hanya sekali.
Patuhilah segala hukum-hakam
yang telah ditetapkan. Percayalah bahawa tujuan Allah memberi panduan syariat
pada manusia adalah untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah swt:
"Wahai Tuhan kami!
Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan
jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu,
dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan
cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha
Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(Surah al-Baqarah:128)
SENSITIF
TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Jadilah individu muslim
yang sensitive terhadap dosa dan pahala.Jangan menjadikan dosa menjadi punca
kita ke neraka sedangkan kita sudah diberi peluang dan ruang untuk memilih
syurga ketika hayat kita.
Muslim yang
berhati-hati terhadap nilai dosa dan pahala pasti akan selamat hidupnya di
dunia dan akhirat.
Yang jelas sekiranay
dosa yang kita miliki lebih banyak dari pahala ketika ia ditimbang di akhirat
kelak, maka neraka adalah tempat yang
terbaik bagi orang tersebut.
Friman Allah swt:
Dan sudah tentu mereka
tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang
telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim
itu.
(Surah al-Baqarah: 95)
AL-QURAN
PENYELAMAT MANUSIA
Sangat jelas bahawa
al-quran menjadi panduan buat umat Islam baik masa dahulu mahupun masa
sekarang. Tanpa al-Quran manusia itu akan hilang arah.ibarat layang-layang yang
terputus tali.
Kitab Al-Quran ini,
tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Surah al-Baqarah: 2)
PENUTUP
Sebagai pengajaran pada
hari ini ialah:
1. Kita ketahui
bahawa punca umat Islam memusuhi agamanya sendiri adalah kerana terlalu
menganggungkan budaya barat.
2. Selain itu
kurangnya tarbiyah terhadap jiwa juga menjadi puncanya, dan apabila individu
tersebut tidak mentarbiyahkan jiwanya maka ia akan lena dengan keasyikan
duniawi.
3. Apabila duniawi
menjadi keutamaan hidupnya, kelak hidupnya menjadi tidak terurus dan akhirnya
kehiudpannya berakhir dengan pengakhiran yang tidak baik.
4.
Islam datangkan
penyelesaian iaitu dengan cara mematuhi segala syariat Allah.
5.
Sentiasa
muhasabah diri terhadap segala dosa yang telah kita lakukan secara harian.
6.
Sebagai orang
Islam letaklah al-Quran ditempatnya iaitu bukan sekadar dilidah, akan tetapi
juga dihati.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment