Jubah

Jubah

Tuesday, April 22, 2014

HIJRAH: MENGELAK DOSA YANG BERULANG

HIJRAH: MENGELAK DOSA YANG BERULANG

PENDAHULUAN

Kehangatan maal hijrah masih lagi terasa. Sejarah maal hijrah membuka mata dan hati kita untuk mengambil iktibar di atas peristiwa hijrah Nabi.

Akan tetapi persoalannya sejauh manakah kita benar-benar mengambil iktibar di atas peristiwa tersebut?

Orang-orang yang benar-benar beriman dan mencintai Allah dan Rasulnya, pasti akan berusaha untuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik.

Tajuk kali ini berkisarkan tentang mengelak dosa yang berulang. Hal ini kerana ,senario masyarakat kita sekarang ialah mereka suka untuk melakukan dosa yang berulang.

Adakah kita suka untuk melakukan dosa yang berulang? Dimanakah pendirian kita terhadap agama kita?

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.

(Surah al-Baqarah: 48)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang azab yang menanti orang yang berdosa.Malah orang yang berdosa itu tidak akan mendapat syafaat dan juga pertolongan dari sesiapa pun.

Persoalannya apakah yang dikatakan dosa yang berulang itu?


MELAZIMI DOSA KECIL

Kadang-kadang sama ada secara sedar atau tidak kita sentiasa melazimi dosa kecil. Cuba perhatikan apakah benda yang haram dan yang dilarang yang kita masih buat?

Sentiasalah kita bermuhasabah diri kita agar kita tidak terus melakukan dosa-dosa kecil. Ini kerana dosa-dosa kecil yang kita selalu buat akan menjadi dosa besar jika kita tidak tanganinya dengan segera.

Seperti juga ketika kita diaudit oleh mana-mana agensi. Jika kita melakukan kesalahan OFI yang berulang, kemungkinan besar kita boleh mendapat kesalahan yang besar.

Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

(Surah al-Baqarah: 95)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang sifat orang yang berdosa. Orang yang berdosa dia takut mati dan dia berusaha untuk tidak bercita-cita untuk mati.Sebab apa? sebab banyak dosa yang dilakukan.

Sebagai contoh apabila kita banyak kesalahan yang masih belum diperbetulkan, adakah kita rasa bersemangat untuk diaudit oleh mana-mana agensi sebagai contoh SIRIM?

Sudah tentu kita gelisah dan tidak bersedia untuk diaudit. Begitu jugalah kita dalam kehidupan kita. Apabila kita berasa gusar untuk mati lantaran kita masih mempunyai dosa-dosa yang belum kita minta ampun dari Allah.


TAK NAMPAK JALAN KELUAR

Orang yang melakukan dosa dia tidak Nampak jalan keluar di atas dosa yang dia lakukan. Boleh jadi dia keliru atau takut untuk berubah. Tetapi bahayanya orang yang berdosa ini ialah azab yang sedang menantinya.

Katakanlah: "Sudahkah kamu nampak jalan keluar jika datang kepada kamu azab Tuhan itu, pada waktu malam atau pada waktu siang? "Azab manakah yang orang-orang berdosa itu minta disegerakan (sedang sebarang azab wajib ditakuti)?

(Surah Yunus:50)

Ayat ini menjelaskan kepad kita bahawa kita tidak pernah tahu bilakah waktu azab itu datang.Bagi orang yang melakukan dosa wajib untuk dia takuti.

Kita boleh agak bahawa orang-orang yang dah terbiasa melakukan dosa dia dalam dilema kerana apabila dia berhenti kelak pasti dia rasa diri dia akan jadi bahan.

Sedangkan Allah yang menilai hamba-hambaNya bukan makhluk. Jadi tidak perlu gusar untuk berubah kerana Allah suka orang yang bertaubat.

Apakah kita ingin menjadi seperti firaun dan kaumnya? Seperti firman Allah swt:

Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya), dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.

(Surah yunus:75)

Ayat ini menjelaskan bagaimana firaun dan kaumnya begitu sombong dengan ayat-ayat Allah kerana mereka sudah terbiasa melakukan dosa-dosa.

Apakah kita tergolong seperti mereka?


HIJRAH SANG PENDOSA

Maka marilah kita mengambil peluang pada awal muharram ini sebagai titik tolak untuk kita berubah dan bertaubat secara totally 100%.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Baqarah: 160)

Tidak rugi jika kita bertaubat. Ini kerana orang-orang yang bertaubat Allah akan melapangkan segala urusannya, Meluaskan rezekinya dengan rezeki yang diberkati dan menenangkan hatinya dikala dia sedang rasa gundah gulana.

Kita adalah pendosa yang sentiasa mengaharapkan keampunan dari Allah. Bermuhasabahlah kita terhadap segala tindakan kita di dunia ini.

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

(Surah az-zumar:8)

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang orang yang bertaubat akan tetapi tidak kekal taubatnya. Dia bertaubat hanya untuk meraih simpati Allah, sedangkan setelah itu dia kembali kufur terhadap nikmat tuhannya.


CARA MENGELAK DOSA YANG BERULANG

Pertamanya kita segera bertaubat di atas segala dosa yang telah kita lakukan. Kemudian kita solat sunat taubat dua rakaat. Setelah itu kita melazimilah dengan sentiasa berzikir astaghfirullah alazaim.

Setelah kita bertaubat, berusahalah untuk mencari suasana yang soleh dan solehah. Terapkan dalam kehidupan kita perkara-perkara yang boleh membawa kita ke arah pahala dan syurga.

Jauhkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dan dekatilah perkara-perkara yang boleh mendatangkan pahala.


PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil pada kali ini:

1.      Elakkanlah diri kita dari melakukan dosa-dosa kecil.

2.      Ambilllah peluang awal muharam untuk melakukan penghijrahan secara besar-besaran.

3.      Hijrah dari yang haram kepada yang halal, yang dosa kepada yang pahala, yang tidak soleh kepada yang soleh dan sebagainya.

4.      Taubatlah kita dengan sebenar-benar taubat kerana Allah Maha Penerima Taubat.

5.      Elakkan melakukan dosa dan selalulah melakukan perbuatan yang berpahala.

6.      Sentaisa berzikir istighfar kerana hamba yang sentiasa beristighfar akan sentaisa dicintai Allah swt.


Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment