SYAITAN
MUSUH MUKMIN
Siapakah syaitan?
Apakah peranan syaitan?
Strategi syaitan?
Cara-cara melindungi dari hasutan
syaitan?
PENDAHULUAN
Siapakah syaitan? Syaitan seperti yang kita tahu
adalah makhluk yang berusaha untuk menyesatkan manusia.
Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk mengajak
manusia untuk manusia untuk ke neraka bersama-sama mereka.
Allah s.w.t telah mengingatkan kita di dalam
al-Quran tentang karakter syaitan dan larangan mengikut mereka kerana mereka
pasti akan membawa kepada kebinasaan.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke
dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu
menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu
musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah:208)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang suruhan
masuk agama Islam secara keseluruhan dan larangan mengikut jejak langkah
syaitan.
Apakah jejak langkah syaitan? Jejak langkah syaitan
ialah segala perkara yang mungkar, kejahatan, kemaksiatan dan sebagainya.
Syaitan akan berusaha melalaikan manusia dari
mengingati Allah. Sebab itu kita difardhukan untuk menunaikan solat fardhu 5
kali sehari ats tujuan sebagai benteng diri dari gangguan syaitan yang sentiasa
bersedia menanti peluang untuk menarik manusia ke lembah kemungkaran.
PERANAN SYAITAN
Peranan syaitan di dunia ini sangat besar. Mereka
sudah mempunyai pengalaman yang sangat banyak sebelum ini dalam menghasut
manusia. Pelbagai jenis manusia yang telah dia cuba hasut, baik ustaz, peguam,
pemimpin dan sebagainya.
Tujuannya adalah satu, iaitu memastikan manusia
bersama-sama mereka ke dalam neraka. Oleh sebab itu, kita sentiasa perlu awasi
diri kita dari gangguannya. Persoalnnya bagaimana?
Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam
kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu),
sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah
bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Baqarah:209)
Sesungguhnya Allah telah menjelaskan tentang
perilaku syaitan dengan jelas di dalam al-quran akan tetapi amat sedikit dari
kalangan manusia yang mengambil pengajaran darinya.
Syaitan itu menjanjikan
(menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah
atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat
bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya
serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya,
lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah: 268)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang syaitan
yang sentiasa menakut-nakutkan kita dan akan pastikan kita hilang iman terhadap
Allah s.w.t.
STRATEGI SYAITAN
Bagi seorang ustaz, syaitan akan memainkan peranan
dalam bentuk riak, sombong, panas baran dan sebagainya.
Sebagai contoh apabila syaitan menghasut seorang
ustaz untuk bangga diri dengan ilmu agama yang dia miliki. Selain itu, syaitan
juga akan menghasut ahli agama dengan dogaan dunia seperti keewangan, cintakan
dunia dan sebagainya.
Bagi seorang pemimpin, dia akan dihasut dengan cara
menerima rasuah, penipuan, penyelewengan dan sebagainya.
Bagi orang awam, mereka akan dihasut dengan
pelabagai cara seperti cintakan dunia, hiburan, kefakiran, permusuhan dan
fitnah. Tujuannya adalah untuk memecah belahkan umat Islam.
Oleh itu, marilah kita tetapkan hati kita supaya
istiqamah beriman terhadap Allah dan Rasul.
CARA MELINDUNGI DARI HASUTAN SYAITAN
Banyak cara yang boleh kita praktikkan untuk
melindungi dari hasutan syaitan. Salah satunya adalah dengan memelihara solat.
Solat yang sempurna,sudah pasti diri akan dilindungi
oleh Allah. Akan tetapi jika solat kita pun tidak sempurna, sudah pasti dalam
solat pun kita boleh dihasut dan dilalaikan.
Selain itu, kita dianjurkan untuk mengingati Allah s.w.t
sentiasa baik siang atau malam, ketika berdiri, duduk, berjalan dan sbeaginya.
Ingatlah Allah dengan berzikir di lidah dan juga
hati. Syaitan tidak akan berani mendekati hati yang sentiasa mengingati Allah.
Selain itu salah satu cara untuk kita mengelak dari
dihasut syaitan ialah dengan cara berpegang teguh pada al-quran dan as-sunnah.
Cuba perhatikan jiwa-jiwa yang telah dihasut syaitan. Bagaimanakah kehidupan
mereka? Amat jelas mereka tidak memegang teguh apda al-quran dan s-sunnah.
Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan di dalam
melindungi diri kita dari hasutan syaitan. Yang penting sentiasa ingat Allah,
kerana Allah sahajalah sebaik-baik pelindung,
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Syaitan
adalah makhluk yang berusaha mengajak manusia ke neraka.
2. Peranan
syaitan sangat besar kerana baginya kesesatan manusia dari jalan Allah adalah
matlamat utama mereka.
3. Peliharalah
diri dengan memelihara solat, berzikir dan perbanyakkan ibadah.
4. Berpegang
eratlah pada syariat Allah iaitu al-quran dan as-sunnah.
5. Siapakah
pilihan kita untuk hidup bersama-sama di akhirat kelak, Allah yang Maha Besar
atau Syaitan yang dilaknat?
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita
Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment