KELEBIHAN
PEKERJA MUKMIN
PENDAHULUAN
Seperti yang kita
ketahui bahawa rukun iman itu ada 6 perkara iaitu beriman kepada Allah,
Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Kiamat serta Qada dan Qadar.
Untuk mencapai
peringkat mukmin, seseorang itu perlu beriman dengan keenam-enam rukun
tersebut.
Tak semua muslim itu
mukmin, akan tetapi semua mukmin itu muslim. Orang Islam sangat ramai, akan
tetapi orang-orang mukmin itu kurang.
Ini kerana sebahagian
muslim masih belum beriman dengan rukun iman keseluruhannya.
Pekerja mukmin akan
sentiasa takut akan dosa dan akan berusaha untuk meraih pahala.
Firman Allah swt:
Maka sesiapa berbuat
kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(7)
Dan sesiapa berbuat
kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(8)
(Surah al-zalzalah:
7-8)
Dalam tajuk ini, akan
dikongsikan berkaitan tentang kelebihan menjadi pekerja mukmin, di mana dengan
menjadi pekerja mukmin, sesuatu organisasi itu dapat bergerak dengan lebih
baik.
Terdapat banyak
ayat-ayat tentang kelebihan orang beriman.
Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan
kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya
(tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula
kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Surah
al-Baqarah: 25)
Dan orang-orang yang
beriman serta beramal soleh,
merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.
(Surah
al-Baqarah: 82)
Dan kalau sebenarnya mereka
itu tetap beriman dan bertaqwa
(nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu
adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
(Surah al-Baqarah: 103)
Apakah kelebihan
menjadi pekerja mukmin?
JUJUR DALAM
KERJAYA
Kejujuran pekerja
merupakan aspek penting di dalam sesebuah bidang kerjaya. Ini kerana tanpa
kejujuran seseorang itu boleh membawa masalah yang besar pada syarikat.
Sebagai contoh, jika
seseorang itu ditempatkan untuk mengawal barang-barang syarikat, jika pekerja
tersebut tidak beriman, dia boleh untuk mencuri barang-barang yang ada dalam
jagaannnya untuk kepentingan peribadi.
Selain itu, kejujuran
itu juga dapat mengawasi pekerja tersebut dari melakukan sesuatu yang luar
batas. Ini kerana individu tersebut akan merasa akan dirinya sentiasa diawasi
oleh Allah swt dan malaikat pencatat amalan.
Persoalannya bagaimana
untuk kita menghasilkan pekerja mukmin?
Kita dapat menghasilkan
pekerja mukmin melalui program, prosedur, aktiviti yang berkaitan dengan
syariah.
Sebagai contoh kita
terapkan elemen-elemen ketaqwaan pada setiap pekerja. Mendidik pekerja dengan
nilai-nilai Islam seperti amalan berzikir, pendidikan tentang akhlak, dan
sebagainya.
Cuba terapkan sebanyak
yang mungkin prinsip-prinsip Islam dalam kerjaya agar hasilnya dapat melahirkan
pekerja mukmin.
Pekerja yang tidak
beriman berkemungkinan boleh ketidak jujuran dalam kerjaya. Ini boleh berlaku
apabila individu tersebut tidak beriman dan dia boleh melakukan sesuatu utntuk
kepentingan peribadi.
Sebagai contoh mencuri
harta syarikat, penyelewengan, penipuan, melobi dan sebagainya.
BERTANGGUNGJAWAB
Pekerja mukmin akan
bertanggugjawab sepenuhnya terhadap segala tugasan yang diberikan, dan bersedia
mengaku akan kesalahannya jika dia melakukan kesilapan.
Berbeza dengan pekerja
yang tidak beriman yang suka menyalahkan orang lain dan menganggap dirinya
sahaja yang betul.
Pekerja mukmin juga
akan bertanggungjawab apabila dia diberi amanah tertentu.
Dalam usaha melahirkan
pekerja yang bertanggugjawab, kesedaran terhadap Islam perlu diterapkan.
Sentiasa bermuhasabah
tentang kaitan kerjaya dan matlamat Islam.
LANGGAR PERINTAH
ALLAH
Jika pekerja itu tidak
beriman, dan sentiasa melanggar perintah Allah, apakah jaminan bahawa pekerja
tersebut tidak akan melanggar perintah majikannya?
Inilah permasalahan
yang sering berlaku apabila ada pekerja yang tidak mendengar arahan majikan dan
suka mengambil sambil lewa terhadap tugasan yang diberikan.
Jika solat pun tidak
terjaga, bagaimanakah individu tersebut boleh menjaga tugasannya?
Oleh itu, pentingnya
untuk kita menjadikan pekerja-pekerja kita pekerja yang beriman kerana ia dapat
memastikan setiap arahan itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Kita perlu memastikan
bahwa pekerja-pekerja kita menjaga hubungan dengan Allah kerana kelak pekerja tersebut
akan berusaha menjaga hubungan dengan sesama manusia.
ORGANISASI PATUH
SYARIAH & PEKERJA BERIMAN
Matlamat organisasi
kita ialah untuk menjadikan organisasi yang patuh syariah.
Jadi persoalannya bagaimana
kita dapat bergerak ke arah usaha tersebut?
Salah satunya ialah
usaha kita menjadikan para pekerja kita pekerja yang beriman. Apabila pekerja
kita mempunyai iman yang tinggi, usaha untuk mencapai tahap organisasi yang
shariah compliance itu sangat mudah.
Tinggal lagi kita perlu
perkemaskan dari sudut pengurusan syariah terhadap semua jabatan.
Untuk mengubah dunia,
kita perlu ubah diri kita. Untuk ubah diri kita, kita perlu ubah hati kita.
Tukarkan mindset kita
dari konvensional kepada syariah.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil ialah:
1.
Kita perlu
berusaha memastikan bahwa pekerja kita menjadi pekerja yang beriman kerana
pekerja beriman ini sentiasa meyakini akan dosa dan pahala serta syurga dan
neraka.
2.
Pekerja yang
beriman akan jujur terhadap kerjayanya. Dia tidak akan berani untuk menipu kerana
takutkan azab neraka.
3.
Ganjaran menjadi
orang beriman itu sangat besar. Allah berinya syurga yang menjadi idaman setiap
manusia.
4. Pekerja yang
beriman juga akan bertanggungjawab sepenuhnya pada kerjanya dan berusaha untuk
memelihara diri dan tugasnya dari sebarang kesalahan.
5.
Dalam usaha
untuk mencapai organisasi yang syariah compliance, kita perlu terapkan 100%
prinsip-prinsip Islam.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment