PERNIAGAAN PATUH SHARIAH:
KEUNTUNGAN DICAPAI KEBERKATAN DIRAIH
PENDAHULUAN
Dalam
membawa topik di atas, suka untuk dikongsikan pada permulaan artikel ini dengan
memetik ayat al-quran di mana Allah s.w.t berfirman:
Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu,
kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).
(Surah
as-Saff: 10-11)
Ayat
di atas menjelaskan kepada kita tentang sebaik-baik perniagaan yang dapat
menyelamatkan kita dari azab seksaan api neraka kelak.
Iaitu
kita beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dan RasulNya, serta kita
berusaha menegakkan syiarnya di atas muka bumi ini.
Dalam
usaha kita menjadikan perniagaan kita patuh shariah, sudah tentu keuntungan
ingin dicapai dan keberkatan diraih.
Persoalaanya
bagaimana? Apakah perkara patuh shariah yang perlu kita aplikasikan di dalam
perniagaan kita?
Adakah
secara menyeluruh atau sebahagian sahaja? Apakah pra syarat untuk mencapai
keuntungan yang diberkati?
Jika
perniagaan kita tidak berlandaskan prinsip shariah, apa akan terjadi?
Maka
akan dikongsikan pada artikel ini agar kita sama-sama dapat mengambil
pengajaran berdasarkan konsep shariah itu sendiri.
MEMBELI
KESESATAN UNTUK SEBUAH PERNIAGAAN?
Allah
berfirman:
Mereka itulah orang-orang yang membeli
kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula
mereka beroleh petunjuk hidayah.
(Surah
al-Baqarah: 16)
Jelas
pada ayat ini bahawa jika kita meninggalkan petunjuk Allah s.w.t, maka kita
tidak akan beroleh keuntungan yang diberkati dalam sesebuah perniagaan.
Perniagaan
seperti yang kita sebutkan tadi iaitu perniagaan yang bersamanya iman terhadap
Allah dan RasulNya.
Apabila
kita menjalankan sesebuah perniagaan, perkara pertama yang kita perlu fikirkan
ialah bagaimana perniagaan tersebut patuh shariah.
Sebagai
contoh jika kita ingin membuka sebuah kedai makan, perlu kita untuk pastikan
setiap menu yang kita jual adalah halal.
Maka
itu adalah salah satu cara untuk memastikan perniagaan yang ingin dibina adalah
patuh shariah.
Oleh
itu, elakkan perniagaan kita dari meninggalkan perkara-perkara yang patuh
shariah kerana jika kita meninggalkan perkara yang patuh shariah, maka kita
tidak beroleh petunjuk dari Allah s.w.t.
PERNIAGAAN
SATU IBADAH
Setiap
perbuatan yang baik jika disandarkan dan diniatkan kerana Allah, maka ia dikira
ibadah. Begitu jugalah dalam perniagaan.
Perniagaan
yang terbina kerana Allah, maka ia juga dikira ibadah. Apabila dikira ibadah,
maka akan ada ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t.
Oleh
demikian, perlu untuk kita pastikan ibadah ini berada betul-betul di atas jalan
syariat Islam. Kewajipan kita sebagai muslim yang beriman kepada Allah dan
RasulNya, memastikan perjalanan perniagaan ini benar-benar patuh shariah.
Berusahalah
untuk memastikan setiap jabatan masing-masing patuh shariah. Kemenangan yang
terbesar adalah apabila kita berjaya mencapai keuntungan yang ditarget,
disamping keuntungan tersebut diberkati Allah s.w.t.
Dan
jadikanlah perniagaan ini adalah perniagaan yang boleh mendekatkan diri kita
dengan Allah s.w.t bukan menjauhkan diri kita dariNya.
Rezeki
dari Allah, kemenangan dari Allah, kejayaan dari Allah. Jika kita tidak
berusaha mendekatkan diri kepadaNya, maka keuntungan bagaimana yang ingin kita
harapkan lagi?
Artikel
ini sebagai pengenalan terhadap perniagaan yang patuh shariah. Akan dikongsikan
lagi bagaimana menjadikan sesebuah perniagaan itu patuh shariah.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1.
Dalam
usaha memastikan perniagaan kita benar-benar patuh shariah, maka aplikasikan
prinsip shariah dalam perniagaan tersebut.
2. Orang
yang beriman akan memastikan setiap tindakan dan perbuatan yang dilakukan
diredhai oleh Allah s.w.t.
3.
Jauhilah
perniagaan yang tidak patuh shariah kerana ia mengundang kegagalan dan
ketidakberkatan terhadap rezeki yang diusahakan.
4.
Jadikanlah
perniagaan yang kita bina ini sebagai ibadah di mana ia di terima oleh Allah dan
kita akan dibalas dnegan ganjaran pahala di sisiNya.
5. Bermuhasabahlah
‘Apakah prinsip-prinsip shariah yang masih belum kita praktikkan di dalam
jabatan kita?”
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment