MENGETUK
PINTU REZEKI
PENDAHULUAN
Dalam menjalani
kehidupan di dunia ini, kita amat memerlukan rezeki dalam meneruskan
hidup.Tanpa rezeki manusia tidak boleh hidup.
Tetapi persoalannya
ialah di mana terletaknya pintu rezeki? Dan bagaimana ingin membukanya?
Sebagai umat Islam kita
tahu bahawa Allah adalah Maha Pemberi Rezeki. Tanpa izin Allah, kita tidak akan
dapat meraih rezeki dariNya.
Tetapi dalam usaha kita
untuk mendapat rezeki, apakah kriteria-kriteria yang Allah inginkan supaya
rezeki itu sampai kepada kita?
Apakah perbezaan antara
rezeki yang diberkati dan tidak diberkati?
ALLAH MAHA
PEMBERI REZEKI
Kita mengetahui bahawa
Allah itu bersifat ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki). Allah menjamin rezeki
setiap makhluknya. Setiap rezeki ada ujiannya. Bukanlah ujian itu bersifat
bala, tetapi sebagai pengajaran buat hamba-hambaNya untuk lebih berusaha dan
menjadi lebih berkualiti.
Sesungguhnya Allah itu
Maha Pembuka Rezeki dan Allah juga boleh menutup rezeki makhlukNya.
ISTIGHFAR
PEMBUKA REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa
beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya,
dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang
tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
Berdasarkan
hadis di atas jelas pada kita bahawa salah satu kunci pembuka rezeki adalah
istighfar, yang bermaksud memohon ampun.
Dengan
melazimi istighfar, seseorang itu akan dibukakan pintu rezeki dari sumber yang
tidak disangka-sangka.
DOSA
PENUTUP REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan
rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu
Majah).
Hadis ini menunjukkan pada kita bahawa tertahannya rezeki itu adalah berpunca dari dosa yang kita lakukan.
Hadis ini menunjukkan pada kita bahawa tertahannya rezeki itu adalah berpunca dari dosa yang kita lakukan.
Dosa itu
bersifat negatif. Dan rezeki itu bersifat positif. Rezeki itu terhalang dek
kerana dosa yang dilakukan.
Dosa-dosa
seperti meninggalkan solat, mengumpat, memfitnah, menolak hukum Allah secara
terang-terangan, dan sebagainya menjadi punca kenapa rezeki itu tersekat.
Dan
penyelesaian bagi menghapus dosa yang kita lakukan ialah dengan perbanyakkan
istighfar.
ISTIDRAJ
Kadang-kadang
kita terfikir bagaimana masih terdapat orang yang dilimpahi rezeki yang banyak
sedangkan dia banyak melakukan maksiat dan kejahatan. Rasululullah saw
bersabda:
Apabila
kamu melihat bahawa Allah swt memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu
membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh
Allah swt. “(Diriwayatkan oleh at-Tabrani).
Jelas pada
hadis di atas bahawa jika seseorang itu diberi rezeki sedangkan dia berdosa itu
tandanya dia sudah diistidrajkan oleh Allah swt.
Istidarj
bermaksud pemberian nikmat Allah swt kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya.
Maka
berawasilah setiap muslim akan istidraj ini. Jangan biarkan diri kita
diistidrajkan oleh Allah
SOLAT DHUHA
Solat dhuha juga
merupakan kunci bagi pintu rezeki. Banyak hadis yang menerangkan tentang
kelebihan solat dhuha.
“Wahai anak Adam!
Bersembahyanglah untuk AKu di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di
akhirnya” (Riwayat Ahmad).
Hadis Qudsi ini
menganjurkan kita untuk mengerjakan solat Sunat Dhuha yang faedahnya Allah swt
memberi jaminan terhadap keperluan-keperluan manusia pada setiap hari.
Rasulullah saw juga
bersabda:
“Pada tiap-tiap pagi
lazimkanlah ats tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap
tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh buat baik satu
sedekah dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mnegerjakan dua
rakaat solat sunat dhuha. “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
TAQWA DAN PEMBUKA REZEKI
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
Sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya
akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang
menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan
(ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah,
maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ayat ini juga terkenal
dengan nama ayat seribu dinar. Daripada ayat ini, ia menjelaskan kepada kita
bahawa dengan menjadi orang yang bertaqwa,maka baginya rezeki yang tidak
disangka-sangka, dikeluarkan daripada sebarang kesempitan dan dicukupkan
baginya segala keperluan.
Maka marilah kita
bertaqwa pada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.
Allah sudah memberi
jaminan yang jelas buat hamba-hambaNya bahawa dengan menjadi hamba yang
bertaqwa dan beramal solah, Allah akan memberikan rezeki dan mencukupkan segala
keperluan hidupnya.
Dan sudah tentu kelapangan
hati dan kebahagiaan dunia dan akhirat kita harapkan.
PENUTUP
Sebagai pengajaran pada
topik ini:
1.
Sesungguhnya
Allah adalah Maha Pemberi Rezeki.
2.
Untuk membuka
pintu rezeki, beberapa syarat perlu dipenuhi.
3.
Rezeki terhalang
kerana dosa.
4.
Perbanyakkan istighfar
supaya Allah melapangkan hidup kita.
5.
Berawasilah
dengan istidraj kerana amat merugikan kita apabila kita disesatkan Allah dengan
nikmat dunia.
6.
Akan tetapi
orang-orang yang berusaha mencari hidayah Allah, maka Allah akan membantuNya.
7.
Jadilah hamba yang
bertaqwa kerana padanya juga ada kunci pintu rezeki.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment