APABILA
‘CONNECTION IMAN’ TERPUTUS
PENDAHULUAN
Hubungan kita dengan
Allah s.w.t perlu dipelihara dengan baik. Kerana tanpa Allah siapalah kita. Sudahkah
kita membina connection iman dengan Allah s.w.t?
Maka tajuk kali ini
ingin membicarakan tentang apabila connection iman terputus. Seperti seorang
pengembara, apabila dia mengembara sudah tentu dia akan mencari seseorang atau
menggunakan sesuatu seperti peta agar dia tidak tersalah jalan.
Maka begitu jugalah
kita dalam kehidupan ini di mana kita memerlukan satu connection yang boleh
menjaga landasan kehidupan kita agar tidak tersesat dan tersalah.
Maka dengan siapakah
kita perlu membina connection tersebut?
Sudah tentu kita bina
connection dengan Allah s.w.t. Kenapa? Kerana Allah sahajalah yang tahu keadaan
kita luar dan dalam, zahir dan batin.
Realiti zaman sekarang
ini kita boleh lihat ramainya muslim akan tetapi connection iman mereka
terputus. Kenapa? Di mana silapnya?
Kita boleh lihat betapa
ramai umat Islam terlibat dengan rasuah, jenayah, penyelewengan, kezaliman,
penipuan, penindasan dan sebagainya.
Kenapa hal sebegini
boleh berlaku? Bukankah mereka ini solat dan berpuasa seperti yang telah
difardhukan ke atas mereka?
Maka persoalan ini akan
merungkai kenapa connection iman terputus. Dan kesannya kepada diri seseorang
muslim. Dan kita juga akan melihat bagaimana solusi yang terbaik untuk
mengaktifkan kembali connection iman tersebut agar ia terus istiqamah dalam
mengabdikan diri kepada sang pencipta.
CONNECTION
TERPUTUS SEBAB DOSA DAN MAKSIAT
Dan salah satu punca
kenapa seseorang muslim itu terputus connection imannya kepda Allah adalah
kerana kecenderungan terhadap dosa dan maksiat.
Ini adalah punca utama
kenapa suis iman tidak disambungkan. Kecenderungan seseorang itu melakukan
sesuatu yang dilarang oleh Allah boleh membuatkan Allah membencinya.
Dosa-dosa kecil dan
perilaku maksiat yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu hanyut di
dalam pelukan syaitan dan hawa nafsu.
Dan jelas berdasarkan
firman Allah s.w.t:
Dan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang
baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa
yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).
(Surah al-Aaraf:147)
Maka berdasarkan ayat
ini, bagi seseorang yang melanggar ayat-ayat Allah, maka gugurlah amal-amal
yang baik, dan dia akan dinilai terhadap perbuatan kufur dan maksiat yang telah
dia kerjakan di dunia ini.
Maka apakah kita masih
tegar untuk membiarkan hidup kita diselubungi dengan dosa dan maksiat? Maka
jauhilah ia agar suis iman kita dapat disambungkan dengan Allah s.w.t.
Kita juga perlu
berwaspada dengan ancaman futur, iaitu futur itu ketika mana hati
cenderung kepada maksiat dan sekiranya maksiat itu dilakukan maka terputuslah
hubungan hatinya dengan Allah s.w.t.
CONNECTION IMAN
TERPUTUS HATI MENJADI LARA
Maka kesan apabila iman
terputus lantaran kecenderungan dalam melakukan dosa dan maksiat, maka sudah
tentu hati akan menjadi lara.
Penerimaan terhadap
ayat-ayat Allah susah untuk diterima walaupun ketika itu dia adalah muslim.
Apabila hati sudah
menolak untuk menerima ayat-ayat Allah, maka bahayanya bagi seseorang muslim
ialah dia akan hanyut dalam mainan dunia dan Allah tidak dapat membantunya
melainkan dia sendiri yang ingin mengubah dirinya semula ke arah yang lebih
baik dan membina semula connection dengan Allah s.w.t.
Selain itu, apabila
hati tiada connection dengan Allah s.w.t, maka kita akan cepat rasa gelisah,
ingin marah, segala-galanya serba tak kena, ingin bermusuh dengan semua orang, dan
sebagainya.
Dan itu adalah tanda
bahawa hati dia tidak ada connection iman dengan Allah s.w.t. Jelas hati itu
memainkan peranan yang sangat penting. Jika hati tidak dihubungkan dengan
Allah, maka hati boleh terjerumus ke arah perkara-perkara yang negatif.
Maka apakah solusi yang
terbaik yang boleh kita praktikkan agar connection iman kita terus bersambung
dan menghasilkan produktiviti diri yang lebih baik sebagai seorang mukmin yang
professional?
BINA CONNECTION
IMAN DENGAN MENGINGATI ALLAH
Salah satu cara untuk
kita dapat membina connection iman dengan Allah s.w.t ialah dengan cara
sentiasa mengingatiNya dalam setiap keadaan dan setiap masa.
Sebagai contoh kita
melazimi dengan zikrullah,membaca al-quran dan terjemahannya, menyebut nama
Allah sebelum melakukan sesuatu dan sebagainya.
Dengan cara ini,
apabila hati cenderung mengingati Allah, maka keingingan kita dalam melakukan
dosa dan maksiat akan tersekat.
Kadang-kadang kita
risau terhadap diri kita yang mudah terdedah dengan keadaan sekeliling yang
penuh dengan dosa dan maksiat.
Maka solusinya ikatkan
hati dengan sentiasa mengingati Allah dan pembalasan hari Akhirat. Ini adalah
cara terbaik buat kita bagi mengelak dari terjerumus ke lembah dosa dan
maksiat.
Selain itu, dalam usaha
membina connection iman, kita wajar menjadikan hati kita ini patuh terhadap
segala suruhan Allah dan berusaha meninggalkan segala laranganNya.
Maka oleh itu kita akan
beroleh kemenangan yang besar iaitu kemenangan dalam melawan hawa nafsu dan
bisikan syaitan.
PENUTUP
Sebagai pengajaran yang
boleh diambil ialah jauhilah segala perbuatan yang boleh membuatkan suis iman
kita terhadap Allah s.w.t terputus.
Dosa dan maksiat adalah
kunci utama yang boleh membuatkan connection iman seseorang terputus. Maka hindarilah
ia.
Lazimilah kita dalam
mengingati Allah sentiasa dan berusahalah untuk mentaati segala perintah Allah
s.w.t dari meninggalkan apa yang telah dilarang olehNya.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment