ALLAH
TIDAK MENGUBAH SESUATU KAUM SEHINGGA?
Apakah dalil yang
mencertikan tentang hal demikian?
Apakah yang mengubah
sesuatu kaum itu?
Apakah perubahan yang
Allah tetapkan?
PENDAHULUAN
Bagi
tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan
dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan
perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan
apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana
(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak
atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat
menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Surah ar-Ra’d:11)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang bahawa Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah diri mereka sendiri.
Tazkirah kali ini
sangat menarik untuk kongsikan memandangkan isu kini yang masih ramai tak nak berubah
ke arah yang lebih baik, dan mereka menyalahkan Allah kerana takdir yang telah
ditetapkan.
Apakah kita setuju jika
kita mengatakan bahawa pencuri menjadi pencuri kerana takdir Allah, perampok
yang merampok kerana takdir Allah?
Mereka yang melakukan kejahatan
dan kemungkaran menyalahkan takdir Allah sedangkan yang mengubah diri mereka
itu adalah diri sendiri.
Realiti masyarakat kita
zaman sekarang ini, kemungkaran dan kejahatan begitu banyak. Berita-berita
nasional banyak melaporkan isu-isu ini seperti kecurian, pembunuhan, buang bayi
dan sebagainya. Sedangkan jelas bahawa mereka ini tidak diubah melainkan atas
pilihan mereka.
Persoalannya ialah
apakah yang menyebabkan sesuatu kaum itu berubah?
BERUBAH KERANA
PENGARUH
Apa yang pasti
perubahan sesuatu kaum itu adalah bersandarkan suasana ditempat tersebut.
Apabila unsur-unsur kemungkaran menyerap masuk dalam sesuatu komuniti, maka
bahayanya sangat besar. Jelas ia mampu mengubah kaum tersebut.
Sebagai contoh apabila
kecenderungan kita terhadap budaya barat, hasilnya kita dapat lihat bagaimana
anak muda kita sendiri yang Islam hanyut dek perubahan tersebut.
Siapakah yang merubah
mereka? Mereka sendiri yang memilih untuk ke arah tersebut.
Contoh lain apabila
kita dapat lihat pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, dan akhirnya
menjeremus ke arah penzinaan, dan lebih teruk lagi berlakunya kelahiran anak
luar nikah, apakah masyarakat seperti ini yang kita inginkan untuk generasi
akan datang?
Selain itu, kita dapat
lihat perubahan dari segi sikap di mana sekarang sudah tiada sifat toleransi.
Sikap kesamsengan di jalan raya, buli, vandalism, dan ini berpunca dari
pengaruh barat yang sangat ekstrim dan terbuka dalam sesuatu sikap tanpa ada
panduan hidup yang jelas.
Sedangkan pada
hakikatnya, kita sebagai orang melayu dahulunya sangat beradab, pemalu, sopan
santun, taat pada agama dan sebagainya.
Maka apa yang kita
dapat lihat pada masa kini, Islam itu makin jauh. Sedangkan jika Islam itu jauh
dari kehidupan seseorang, maka kehdiupannya akan tunggang langgang.
BERUBAH KE ARAH
ISLAMIYAH
Islam telah menetapkan
bahawa tidak hidup seseorang itu melainkan baginya panduan dari al-quran dan
as-sunnah.
Kaum yang bagaimanakah
yang kita inginkan? Adakah kaum yang rosak atau kaum yang molek dan baik? Untuk
generasi akan datang, bagaimanakah kehidupan mereka kelak? Jika tiada kita,
siapakah yang akan pimpin mereka?
Sedangkan apa yang
berlaku di masa sekarang ini, anak muda-mudi kita makin terpesong jauh dari
agama Islam.
Pemahaman mereka
terhadap ilmu agama, pegangan mereka terhadapnya makin lemah. Maka tidak
hairanlah jika kita dapat lihat berlakunya pelbagai masalah social yang wujud
ketika ini. Cuba perhatikan anak-anak muda, apakah yang telah jadi pada mereka?
Di mana siang mereka dan dimana malam mereka?
Apakah pendekatan yang
boleh kita lakukan untuk selamatkan mereka? Sementara kita masih hidup di
dunia, lakukanlah sesuatu. Dekatkan mereka dengan Islam. Buatlah mereka merasai
bahawa Allah sentiasa mengawasi kehidupan mereka.
HOTEL BUKAN
SEKADAR TEMPAT KERJA
Berkaitan dengan
isu-isu tersebut, maka marilah kita sebagai sebuah kepimpinan mengambil peluang
ini untuk kita menjadikan staf-staf kita orang yang benar-benar taat pada
agama.
Di sini bukan sekadar
kita mendidik mereka untuk menjadi pekerja yang professional, akan tetapi kita
juga perlu mendidik mereka agar menjadi seorang mukmin yang benar-benar
beriman.
Kenapa? Kerana jika
mereka menjadi mukmin yang baik, sudah pasti ia akan memberi hasil yang baik
dalam masyarakat.
Memandangkan kita tiada
kemmapuan yang besar untuk mengubah masyarakat di luar sana, maka kita ambil
peluang di sini untuk kita terapkan nilai-nilai murni ajaran Islam itu sendiri
pada diri mereka agar mereka benar-benar menjadi mukmin yang professional.
Tanggungjawab kita
terhadap Islam di tempat kerja bermulanya di sini untuk staf-staf.
Tanggungjawab kita terhadap Islam di rumah bermulanya terhadap ahli keluarga
kita.
Kita yang mengubah
nasib kita. Maka pilihlah, dihadapan kita ada alquran dan as-sunnah, adakah
kita inginkan kehidupan yang baik atau yang buruk?
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Allah tidak
mengubah sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri.
2.
Punca manusia
berubah kerana pengaruh barat yang sangat hebat, maka berawasilah.
3.
Ubahlah diri
kita, ahli keluarga kita, raka-rakan sekerja kita ke arah yang lebih Islamiyah
demi mewujdkan kehidupan masyarakat yang lebih sejahtera.
4.
Jadikanlah
tempat kerja kita tempat untuk kita mendidik staf-staf ke arah Islamiyah dan
syariah, kerana di sinilah peluang untuk mereka belajar menjadi insan yang
baik. Kita terapkan program-progarm agama agar mereka jelas dengan agama yang
sedang mereka anuti, bukan sekadar ikut-ikutan.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment