QUDWAH
HASANAH BAGI SEORANG PEMIMPIN
PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan
dengan Qudwah Hasanah? Qudwah hasanah bermaksud teladan yang baik. Apakah yang
dikatakan teladan yang baik? Iaitu teladan yang boleh dicontohi oleh orang
lain.
Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w adalah tealadan yang paling baik untuk kita contohi. Kredibiliti yang ada
pada Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan para sahabat dan pengikutnya dalam
segala aspek kehidupan.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
(Surah al-Ahzaab:21)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang diri Rasulullah yang memiliki contoh yang baik. Bagi orang
yang ingin mengharapkan keredhaan Allah s.w.t, perlu mengikuti contoh Baginda.
Di dalam sesebuah
organisasi, sikap pemimpin bagaimanakah yang kita inginkan? Adakah pemimpin
yang korup, zalim, yang suka menindas,yang tidak taat pada perintah Allah untuk
kita jadikan teladan?
Sudah pastinya tidak.
Pemimpin yang memliki contoh yang tidak baik, pasti tidak akan mendapat
penghormatan dari staf bawahannya.
Jadi apakah contoh
qudwatun hasanah yang boleh kita praktikkan sebagai seorang pemimpin Islam?
TAQWA PADA ALLAH
Pemimpin yang mempunyai
teladan yang baik, pertamanya dia akan memastikan dirinya benar-benar taat dan
patuh pada perintah Allah.
Segala perintah Allah
dan juga laranganNya wajib untuknya patuhi. Akan tetapi jika dia memilih untuk
mengingkarinya, maka dia telah menunjukkan contoh yang tidak baik pada orang di
bawah pimpinannya.
Sebagai contoh, kalau
kita sebagai orang Islam, tetapi tidak solat, tidak menjaga ibadah kita, dan
tindakan kita itu diperhatikan oleh orang sekeliling, maka sudah pastinya
mereka tidak akan hormat pada kita.
Oleh itu, sebagai
pemimpin, perlu kita terapkan qudwatun hasanah iaitu contoh teladan yang baik
kepada staf di bawah pimpinan kita dengan mentaati segala perintah Allah dan
meninggalkan segala laranganNya.
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang
betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut
jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan
kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,
supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-An’am:153)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang suruhan untuk mengikut jalan yang lurus iaitu jalan Islam.
Jika kita mengikut jalan yang berlainan, pasti kita akan dicerai-beraikan dari
jalan Allah s.w.t dan kita tdituntut untuk menajdi orang yang bertaqwa.
AKHLAK YANG BAIK
Selain menjadi pemimpin
yang bertaqwa pada Allah, kita juga dituntut untuk menunjukkan akhlak yang baik
pada masyarakat.
Akhlak yang bagaiaman?
Iaitu akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda Muhammad s.a.w. Bagimanakah akhlak
baginda? Baginda sentiasa jujur dalam urusannya, berkata-kata yang baik,
menjaga amanah (sebab itu baginda diistilahkan sebagai al-amin), menjaga
hubungan persaudaraan,memuliakan orang lain, menjaga hati para sahabat serta
pengikutnya, berbincang bersama-sama jika ada berlaku tidak persefahaman dan
sebagainya.
Para sahabat pernah
bertanya pada Saidatina Aisyah tentang akhlak Rasulullah s.a.w, dan beliau
menjawab “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran”.
Jadi jelas pada kita
bagaimana Baginda menjadi ikutan yang sangat hebat sehingga melahirkan pengikut
yang ramai dan melahirkan ummah yang bertaqwa dengan menunjukkan sikap dan
contoh yang baik.
Oleh itu, sgerelah kita
kembali mencontohi akhlak baginda dalam usaha untuk kita praktikkan dalam
organisasi kita, serta rumahtangga kita dan juga masyarakat kita.
Umat Islam zaman
sekarang sudah hilang sifat-sifat yang baik yang sepatutnya wujud di dalam diri
setiap umat Islam. Akhlak Rasulullah sudah makin jauh dari diri mereka.
Permusuhan, pergaduhan,
persengketaan, pemfitnahan, penyelewengan, perasuahan dan sebagainya telah
merosakkan kredibiliti agama Islam itu sendiri. Rasulullah pasti akan kecewa
dengan situasi yang melanda umat Islam sekarang.
HORMAT DAN
DIHORMATI
Pemimpin yang memiliki
sikap dan teladan yang baik, pasti akan dihormati oleh orang lain terutamanya
staf di bawah pimpinannya.
Dengan memiliki contoh
teladan yang baik seperti taat dan patuh pada perintah Allah, akhlak yang baik,
bersikap adil dan saksama, menjaga amanah, sudah pasti dirinya akan dihormati
dan disegani.
Akan tetapi jika dia
memiliki sikap yang buruk, contoh yang tidak baik seperti suka melanggar
perintah Allah, buat yang haram dan berdosa, degil dalam mentaati suruhan
agama, bongkak, riak, zalim, khianat dan sebagainya, sudah pasti dirinya akan
dicemuh, dimaki, dihina, dan tidak dihormati oleh orang-orang dibawah
pimpinannya.
Maka tauladan yang
bagaimanakah yang kita inginkan dalam diri kita? Adakah kita ingin dicemuh atau
dihormati? Oleh itu, pilihan ditangan kita. Andai kita masih belum ada sikap
qudwatun hasanah ini, maka segeralah berubah agar kita dihormati dan disayangi
oleh orang-orang di bawah pimpinan kita.
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah
penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
(Surah an-Nisaa’: 86)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang apabila diberi penghormatan, maka balaslah ia dengan
penghormatan yang lebih baik. Contoh di sini ialah salam. Selain salam, kita
juga dituntut untuk menghormati di antara satu sama lain.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1. Pemimpin
yang memiliki tauladan yang baik adalah pemimpin yang bertaqwa.
2. Jadilah
pemimpin yang berakhlak dengan akhlak al-quran.
3. Pemimpin
yang memilik tauladan yang baik akan dihormati dan disegani.
4. Jadikanlah
diri kita contoh ikutan yang baik, bukan ikutan yang buruk dan keji.
5. Qudwatun
hasanah adalah tuntutan agama terhadap semua orang.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment