MARAH:
CERMIN JIWA TIDAK TENTERAM
PENDAHULUAN
Sifat marah yang datang
dari hati berpunca dari lemahnya iman seseorang. Orang sabar dapat menahan
kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.
Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda:
“Tiada hamba yang
meneguk air lalu mendapat ganjaran yang lebih besar di sisi Allah daripada
hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah”
(Hadis riwayat Ibnu
Majah)
Sabda Rasulullah saw
bermaksud:
“Bukanlah orang yang
gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah ialah orang yang
dapat mengawal diri ketika marah”.
(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Kita tahu bahawa akibat
kemarahan seseorang itu akan hilang pertimbangan seterusnya menyebabkan
hubungan kekeluargaan atau persahabatan menjadi renggang sedangkan Allah benci
umat Islam yang bermusuh-musuhan sesame sendiri.
Sedangkan Allah itu
suka sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Persoalannya
bagaimanakah kita dapat mengawal kemarahan kita dari terus merebak?
ISTIGHFAR DAN
SELAWAT
Kita digalakkan untuk
segera mengucap istighfar dan selawat apabila sedang marah. Kerana kita kena tahu
bahawa setiap masalah adalah berpunca dari dosa yang telah kita lakukan.
Masalah boleh jadi
kerana ujian dan juga kafarah dosa.Kafarah dosa iaitu penebus bagi dosa yang
kita lakukan.
Justeru itu, kita
disarankan untuk segera beristighfar sebnayak-banyak mungkin.Kerana kita tidak
sedar sama ada kita pernah melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Selain itu kita
dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Ini kerana apabila kita
mendoakn kesejahteraan kepada Baginda, Allah akan mendoakan kesejahteraan juga
pada kita.
BERWUDHUK
Apabila kita dalam
keadaan marah, segera berwudhuk kerana marah itu datangnya dari api, dan api
itu adalah syaitan.
Sifat syaitan yang suka
mengambil peluang saat manusia sedang marah, kerana dengan kemarahan manusia
akan hilang pertimbangan.
Oleh kerana marah yang
melampaulah, banyak kes-kes berlaku seperti penceraian, pembunuhan, dan iri
hati, tikam belakang dan sebagainya.
Air wudhuk dapat
meredakan api kemarahan kerana fadhilat wudhuk itu sendiri.
DIAM LEBIH BAIK
Apabila kita menghadapi
kemarahan, segera diam. Kerana jika kita terus bersuara dan bertegang urat, itu
hanya membawa kemudharatan yang lebih besar.
Apabila akal dan hati
sudah dikuasai dengan api kemarahan, diam adalah lebih baik. Diam bukan bermaksud
mengalah, akan tetapi sebagai kesempatan untuk berfikir secara waras bagi
mendapat keputusan yang adil.
Diam dalam keadaan
berilmu lebih baik daripada berkata-kata dalam keadaan jahil. Ini adalah
prinsip yang baik untuk direnungkan.
Kita boleh lihat suasana
masyarkat kita sekarang yang cepat melenting apabila berhadapan isu-isu semasa.
Puncanya apabila mereka berbicara dalam keadaan jahil. Ini boleh mnengundang
kepada kemarahan seterusnya membawa kepada api permusuhan.
DUDUK, BARING,TIDUR
Apabila kita sedang marah
seseorang dalam keadaan berdiri, segera duduk. Apabila kita marah dalam keadaan
duduk, segera baring. Jika kita marah dalam keadaan baring terus tidur.
Ini salah satu cara
untuk kita meredakan kemarahan.
Bagi orang muda, panas
baran merupakan salah satu sikap yang wujud dalam diri mereka. Banyak terjadi
kes penceraian di mahkamah melibatkan orang-orang muda berpunca dari sikap panas baran.
Oleh demikian, ambillah
pendekatan yang Islamiah dalam menangani masalah marah ini.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
di ambil:
1.
Kawal kemarahan
kerana marah itu datangnya dari syaitan yang cuba memecah belahkan manusia.
2.
Segera istighfar
dan perbanyakkan selawat.
3. Ambil wudhuk
kerana air dapat melenyapkan api kemarahan dan mengawal akal untuk berfikir
secara waras.
4.
Diam adalah
lebih baik dari berkata-kata yang boleh membawa kepada permusuhan.
5.
Duduk atau
baring jika keadaan marah kita itu berpanjangan.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment