RAPAT
DAN LURUSKAN SAF
PENDAHULUAN
Di dalam solat, kita
dituntut untuk melurus dan merapatkan saf. Kenapa merapatkan saf ini begitu
penting dalam Islam?
Merapatkan saf ini
sangat penting kerana ia melambangkan sebuah perpaduan di antara umat Islam.
Jika di dalam solat pun kita tidak dapat berkerjasama dalam meluruskan saf
kita, apakah kita mampu untuk bekerjasama dalam hal-hal urusan dunia yang lain?
Oleh itu, amat penting
untuk kita merapatkan saf kita sebagai usaha untuk kita mematuhi suruhan dan
bimbingan dari Allah dan juga RasulNya.
Kalau tidak lurus tidak
sahkah solat kita? Apakah dalil yang menyuruh untuk kita melurus dan merapatkan
saf?
Solat tetap sah tetapi
ia dikategorikan sebagai ‘jemaah yang rosak’. Sedangkan meluruskan saf itu
adalah sunnah. Dan ada para ulama yang meletakkan hukum wajib dalam meluruskan
saf.
Hadis
yang diriwayatkan oleh an-Nu’man bin Basyir:
“Hendaknya
kalian meluruskan shaf kalian atau tidak Allah akan membuat wajah kalian
berselisih.” (HR. Bukhari no. 717 dan Muslim no. 436). Imam Nawawi
rahimahullah berkata, “Tidak lurusnya shaf akan menimbulkan permusuhan dan
kebencian, serta membuat hati kalian berselisih.” (Syarh Muslim, 4: 157)
Oleh itu jelaslah
bahawa pentingnya sesebuah Jemaah itu meluruskan saf kerana hikmah di sebaliknya
sangatlah besar.
Jika kita tidak
merapatkan saf, seolah-olah wujud permusuhan di antara kita dan orang lain.
Maka perelokkanlah saf kita dalam usaha kita menegakkan syiar Islam di dalam
solat seterusnya dalam kehidupan kita.
SAF DALAM
ORGANISASI
Di dalam sesebuah
organisasi, ia juga diibaratkan sebagai sebuah Jemaah. Pentingnya ia kerana
membawa kepada perpaduan dan kerjasama dalam keseluruhan aspek kerjaya.
Jika para staf tidak
menjaga ‘saf’ dalam organisasi, maka ia boleh membawa kepada permusuhan dan
kebencian di antara satus ama lain.
Apakah ini yang
diinginkan oleh Islam terhadap umatnya? Sudah tentu tidak. Islam amat
mentikberatkan soal perpaduan dan kesatuan ummah.
Oleh itu, apakah kita
masih tegar untuk merosakkan saf kita dengan membuat penentangan atau membuat
sesuatu yang bertentangan dengan Jemaah kita?
Kadang-kadang wujud
sesetengah manusia yang suka buat sesuatu yang luar dari Jemaah atas alasan
sebagai tanda protes atau tidak puas hati.
Kita kena ingat bahawa
dalam dunia ini kita bukan sahaja berurusan dengan manusia tetapi kita juga
berurusan dengan Allah s.w.t.
Apakah kita ingin buat
Allah benci pada kita? Bencinya Allah pada kita bisa membuatkan kita
dicampakkan ke dalam api neraka. Sanggupkah kita?
Oleh itu, jangalah kita
merosakkan ‘saf’ yang kita bina bersama dalam usaha untuk emraih redha Allah
s.w.t.
Kerja yang kita
usahakan ini adalah bertujuan untuk mendapat rezeki yang diberkati dan diredhai
oleh Allah.
Akan tetapi jika rezeki
yang diusahakan itu diisi dengan perkara-perkara yang melanggar konsep Jemaah
itu sendiri, apakah kita berkira bahawa Allah akan memberkati dan meredhainya?
Sebagai contoh jika
semua Jemaah sedang berdiri menghadap ke kiblat bersama-sama imam, akan tetapi
di kalangan Jemaah itu wujud individu yang memilih untuk menghadap ke tepi atau
ke belakang.
Apabila berlaku
sedemikian, maka saf tidak dapat dirapatkan dengan betul maka Jemaah akan jadi
rosak.
Inikah keadaan yang
kita inginkan di dalam Jemaah kita? Sebuah organisasi yang sedang berusaha
untuk mencapai keuntungan yang diberkati dan diredhai, kemudian wujud individu
yang berusaha untuk menyekatnya.
Maka elakkanlah diri
kita dari menjadi individu yang tidak bergerak bersama-sama dengan Jemaah.
Kesempurnaan solat itu
terletak pada Jemaah. Maka sempurnakanlah ia sebaik-baiknya. Samalah juga dalam
sesebuah organisasi. Sempurnanya kejayaan apabila Jemaah dalam organisasi itu
menyempurnakan ‘saf’.
PERPADUAN ITU
TANDA KEJAYAAN
Maka jelas bahawa
sesebuah perpaduan itu akan membawa kepada sebuah kejayaan. Maka ia perlu
bermula dengan merapatkan dan meluruskan ‘saf-saf’ kita agar tidak wujud
permusuhan di antara kita sesama Jemaah.
Perhatikan bagaimana
Islam datang membawa kejayaan untuk umatnya. Dengan mengambil pengajaran dari
ibadah solat, kita mampu untuk mengaplikasikannya di dalam organisasi kita.
Apakah kita masih tidak
sedar lagi betapa pentingnya sebuah Jemaah ini?
Di dalam sesebuah
Jemaah itu pasti akan wujud golongan-golongan yang munafik yang berusaha untuk
memporak-perandakan Jemaah itu sendiri.
Allah berfirman tentang
golongan munafik ini:
Dan (di antara orang-orang munafik juga
ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan
orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta
memecah-belahkan perpaduanorang-orang
yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah
memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk
itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami
kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata
". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
(Surah at-Taubah:107)
Maka jelas bahawa
orang-orang munafik sentiasa berusaha untuk merosakkan perpaduan umat Islam.
Siapakah orang munafik
ini di dalam sesebuah organisasi? Kita dapat lihat apabila golongan ini suka
untuk mewujudkan suasana yang tidak sihat seperti fitnah, berkata-kata buruk
tentang organisasi, membuka aib orang lain.
Orang munafik ialah
orang yang suka terhadap dosa yang dia buat sedangkan dia tahu dosa itu akan
mencampakkan dia ke dalam neraka.
PERANAN IMAM
SANGAT PENTING
Peranan imam dalam
Jemaah sangat penting. Sebelum imam memulakan solat berjemaah, imam perlu
memastikan bahawa saf-saf jemaahnya diluruskan dan dirapatkan. Jika terdapat
ruang kosong, imam perlu mengarahkan ahli jemaahnya untuk memenuhkan saf
tersebut.
Jika tidak, imam tidak
boleh memulakan solatnya kerana jelas bahawa kesempurnaan solat itu bermula
dengan kesempurnaan saf Jemaah.
Begitu jugalah dalam
sesebuah organisasi di mana peranan seorang ketua itu perlu memastikan ahli
jemaahnya benar-benar meluruskan dan merapatkan saf.
Istilah yang
dimaksudkan sebagai ‘meluruskan’ saf di dalam sesebuah organisasi ialah setiap
pekerja perlu mematuhi dan mengikut cara Jemaah itu sendiri.
Jika wujud individu
yang ingin melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Jemaah, maka peranan
ketua untuk memperbetulkannya.
Sama ada
memperbetulkannya melalui nasihat atau sebagainya. Oleh demikian, kita sebagai
ahli Jemaah juga perlu menasihati antara satu sama lain jika kita ternampak ada
kesilapan atau kesalahan yang dibuat oleh Jemaah yang lain dmei memastikan
‘saf’ kita benar-benar smepurna.
Organisasi yang
sempurna ‘safnya’ pasti akan meraih kejayaan demi kejayaan kerana saf ynag
sempurna tanda perpaduan yang berjaya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1. Islam menuntut
kita untuk menjaga saf di dalam solat. Maka sempurnakanlah ia dengan melurus
dan merapatkan saf.
2. Dalam organisasi
kita juga dituntut untuk ‘meluruskan’ dan ‘merapatkan’ saf dengan cara menjauhi
segala tingkah laku yang tidak baik dan buruk.
3. Jangan jadi
invidu yang cuba untuk merosakkan Jemaah kerana Allah sama sekali tidak
meredhai orang-orang yang berusaha untuk memecah belahkan Jemaah.
4. Orang munafik
tidak akan pernah puas dengan dosa yang dibuat lebih-lebih lagi dosa dalam
merosakkan perpaduan orang Islam.
5.
Peranan imam
dalam Jemaah sangat penting, begitu juga peranan ketua di dalam sesebuah
organisasi, perlu memastikan ‘saf’ jemaahnya sempurna.
6.
Jemaah yang
sempurna ‘safnya’ pasti akan meraih kejayaan.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment