Jubah

Jubah

Monday, April 21, 2014

BAHAYA FITNAH DAJAL

BAHAYA FITNAH DAJAL
PENDAHULUAN

Fitnah merupakan satu sikap negatif yang sangat bahaya. Ia boleh membuatkan sesebuah rumahtangga, atau organisasi menjadi kacau bilau.

Fitnah bermaksud mengada-adakan cerita yang tidak benar dengan tujuan yang tidak baik. Dalam al-Quran terdapat banyak dalil-dalil yang melarang budaya memfitnah ini.

Firman Allah swt:
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(Surah al-Baqarah:121)

Jelas pada ayat ini bahawa fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh. Sedangkan dosa membunuh itu pun sudah dikira dosa besar, inikan pula dosa memfitnah.

Apabila seseorang memfitnah, ia akan membuatkan orang yang difitnah itu hilang kepercayaan. Makai a sudah mendatangkan aib pada orang tersebut. Dan kita kena ingat orang yang dizalimi sangat makbul doanya.

FITNAH ZAMAN TEKNOLOGI

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Dalam Islam,ada kaedah yang boleh digunakan dalam mendapat sebarang maklumat supaya kita tidak terperangkap dengan budaya fitnah ini. Kita dianjurkan untuk memperhalusi segala maklumat yang diterima dan memastikan maklumat yang diterima itu sahih.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Surah al-Hujuraat:6)

Ayat ini jelas menggambarkan kepada kita tentang suruhan menyelidik terlebih dahulu apabila menerima sebarang berita atau maklumat, supaya kita tidak menimpakan sebarang perkara yang tidak baik pada sesuatu kaum, hanya kerana kejahilan kita.

DOSA FITNAH

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

FITNAH UNTUK KEPUASAN

Ada orang suka memfitnah kerana untuk rasa kepuasan. Dia gembira melihat orang lain diaibkan dengan fitnah yang dia buat. Tetapi dia lupa bahawa Allah itu tidak buta, malah Allah itu Maha Melihat.

Kita seronok buat dosa dalam keadaan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Kemana sahaja kita pergi atau buat, Allah tetap Maha Melihat.

Malaikat Raqib dan Atid tidak pernah lelah menacatat amalan manusia. Maka hatihatilah dengan fitnah.

MATI DALAM MEMFITNAH

Sangat merugikan apabila kita suka memfitnah, kemudian kita mati dalam keadaan kita terus memfitnah tanpa sempat memohon maaf atas tindakan kita.

Sedangkan jelas pada hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan tentang orang yang fitnah tidak akan dapat syurga Allah.

Maka bersegeralah istighfar dan memohon kemaafan dari orang yang kita fitnah itu. Buang sifat ego yang ada di dalam diri kita jika kita punyai kesalahan dan segera memohon maaf.

DOA ELAK DIFITNAH

Doa untuk mengelak dari difitnah:

Lalu mereka berkata: "Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.
(Surah Yunus:85)

Selain itu kita juga boleh mengamalkan 3 Qul dan memohon pada Allah perlindungan dari bencana dan kejahatan yang dibuat oleh manusia dan jin serta makhluk lain terhadap kita.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil pada kali ini:

1.      Elakkan dari budaya memfitnah.

2.      Orang yang suka memfitnah tidak akan mendapat syurga Allah.

3.      Segera mohon keampunan dari Allah dan memohon kemaafan pada orang yang kita fitnah sekiranya ada.

4.      Fitnah dajjal sangat bahaya umat Islam. Maka berlindunglah dengan memperbanyakkan berdoa.

5.      Bertaqwalah pada Allah dengan sebenar-benar taqwa,kelak akan mendapat syurga Allah.

“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”


Wallahualam

No comments:

Post a Comment