KERANA
NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA
PENDAHULUAN
Firman Allah yang bermaksud:
"Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Kerana nila setitik
habis rosak susu sebelanga. Ia memberi gambaran jelas tentang sesuatu keadaan
di mana hanya kerana satu keburukan habis segala-galanya menjadi masalah dan
rosak.
Apabila ada seorang
yang membuat masalah, maka ia akan melibatkan pada orang lain, terutama di
dalam sesebuah organisasi.
Di dalam sesebuah
organisasi, matlamat adalah elemen penting demi mencapai kejayaan. Jadi peranan
setiap orang baik dari pihak pengurusan atas mahupun pengurusan bawahan, perlu
bersama-sama merealiasasikan matlamat tersebut.
Akan tetapi susu
sebelanga akan rosak dek nila setitik apabila ada individu yang cuba menerapkan
nilai-nilai yang tidak elok di dalam organisasi.
SIAPAKAH NILA
ITU?
Individu yang cuba
membawa suasana yang tidak baik di dalam sesebuah organisasi boleh
dikategorikan sebagai nila.
Kita sebagai hamba
Allah yang beriman kepadaNya perlu tetap dalam sesebuah Jemaah.
Ketika sahabat-sahabat
lain sedang bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan dan kemenangan untuk
sesebuah organisasi, kita janganlah menjadi indvidu yang merosak dan
menggagalkannya.
PUNCA:
KETIDAKPUASHATIAN
Kadang-kadang kita
ketahui bahawa apabila ada individu sebegini wujud di dalam organisasi, hanya
kerna ada ketidakpuashatian yang melanda sama ada tidak puas hati pada individu
lain mahupun pada pengurusan itu sendiri.
Apabila
ketidakpuashatian ini ditunjukkan sama ada dengan cara silent protest
atau demonstrasi, maka hasilnya kelak tetap ke arah yang tidak baik.
Sedangkan Islam sudah
mengajar cara-cara menyelesaikan masalah yang berbangkit seperti syura.
KEBURUKAN:
KEGAGALAN
Apabila kita menjadi
nila di dalam sebuah susu yang sebelanga, maka akhirnya kita hanya membawa
organisasi pada kegagalan. Dan ini akan mengakibatkan struktur organisasi dan
kemaslahatan pekerja lain akan terjejas.
Malah, dalam usaha
untuk mencapai standard sebuah organisasi yang berkualiti juga akan menjadi
masalah besar buat organisasi tersebut.
Kerana ia melibatkan
persepsi para pelanggan yang bersama-sama memajukan syarikat tersebut.
Apabila organisasi
rebah, para pekerja lelah, pelanggan ambil kisah, bisnes pun kalah.
PENGAJARAN
Sebagai individu yang
terlibat dengan sesebuah pengurusan, maka kita perlulah menjaga etika kita
sebagai seorang mukmin yang professional. Bekerjalah sebagai seorang mukmin,
bukan manusia kerana manusia itu boleh berubah-rubah emosinya.
Jagalah hubungan sesama
rakan sekerja. Sebarang ketidakpuashatian perlu diselesaikan dengan cara
berunding di meja bulat.
Taatlah pada
ketua/bos/pemimpin. Walau apa pun keputusan yang dibuat, maka taatilah ia
selagi mana ia tidak melanggar syariat-syariat Allah.
Tetapkan matlamat
bersama iaitu untuk mencapai keuntungan, kejayaan dan kemenangan. Fokus pada
perkara yang positif dan hindarkan perkara-perkara yang negatif.
Tetapkan diri dalam
Jemaah. Sebuah organisasi diibaratkan seperti sebuah Jemaah dalam solat. Setiap
makmum akan mengikut imam dihadapannya.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah
Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment