CIRI-CIRI
ORANG MUNAFIK
PENDAHULUAN
Diriwayatkan bahawa
Rasulullah saw ada bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila dia
berbicara berdusta, apabila dia berjanji dia mungkiri, dan apabila dia diberi
amanah dia khianati. (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini sangat
masyhur dalam mengenal kriteria orang munafik. Orang munafik sentiasa berusaha
mencari helah atas kepentingan peribadi.
Sifat munafik ini
sangat bahaya di kalangan umat Islam kerana ia boleh membawa perpecahan umat.
Perpecahan umat boleh berlaku apabila ketiga-tiga perkara ini dibiarkan
berlaku.
Di dalam sesbuah
pengurusan, kita perlu cuba elakkan dari sifat-sifat munafik tersebut. Ini
kerana ia melibatkan kepercayaan setiap individu yang bekerja di bawah satu
bumbung.
Tiga sifat munafik akan
kita bincang pada tajuk kali ini bagi tujuan untuk kita berjaga-jaga supaya ia
tidak meresapi ke dalam pengurusan dan pentadbiran kita.
APABILA
BERBICARA BERDUSTA
Ini adalah salah satu
sifat yang menjadi kebiasaan manusia lakukan. Apabila dia berbicara sesuatu dia
berdusta maksudnya dia menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang salah.
Sebagai contoh apabila
kita kata bahawa kita mempunyai sebuah restoran yang halal, akan tetapi pada
hakikatnya restoran kita didapati ada menyajikan makanan yang bersumberkan
produk yang tidak halal.
Selain itu, sebagai
contoh apabila kita mengeluarkan kenyataan bahawa hotel kita hotel yang patuh
syariah. Akan tetapi jika terdapat perkara-perkara yang bertentangan dengan
shariah, maka kita juga boleh diklasifikasikan sebagai golongan munafik.
Orang yang sentiasa
berdusta Allah akan cabut nur diwajahnya dan baginya hilang kepercayaan dari
orang sekelilingnya.
APABILA BERJANJI
MUNGKIRI
Ini juga sering berlaku
di kalangan umat Islam sekarang. Suka menabur janji, tetapi gagal dalam
menunaikan janji tersebut.
Sebagai contoh, apabila
kita sebagai pihak pengurusan atas, berjanji untuk menjaga kebajikan pekerja,
tetapi kita gagal melaksanakannya, maka kita sudah dikira memungkiri janji.
Contoh lain apabila
kita berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh dan berjanji untuk bekerjasama,
tetapi kita gagal melakukannya dengan baik, kita juga boleh dikategorikan
sebagai munafik.
Sifat ini kadang-kadang
boleh dilihat pada pemimpin di dalam sesebuah politik. Kita boleh lihat apabila
kita ada sebahagian pemimpin yang sering berjanji macam-macam, akan tetapi
akhirnya janji hanya tinggal janji. Janji dicapati.
APABILA DIBERI
AMANAH KHIANATI
Sebagai pemimpin,
amanah yang telah diberikan perlu dijaga dengan baik. Jangan sesekali khianati
amanah.
Senario sekarang ini
boleh dilihat terdapat ramai pemimpin yang menyeleweng harta syarikat, menyalahgunakan harta rakyat,
dan sebagainya.
Ciri munafik ini sangat
bahaya bagi sesebuah kepimpinan. Oleh sebab itu apabila kita ingin memilih
seseorang pemimpin, pastikan dia bukan jenis orang yang suka mengkhianati
amanah.
Amanah yang
disalahgunakan akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Orang yang
melanggar amanah, baginya seksaan yang amat pedih, kerana ia melbiatkan hak
orang lain.
AKIBAT ORANG
FASIK
Firman Allah swt:
“ Sama saja bagi
mereka, engkau (Muhammad) mohonkan ampunan untuk mereka atau tidak engkau
mohonkan ampunan bagi mereka, Allah tidak akan mengampun mereka; Sesungguhnya
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”
(Surah al-munafiqun: 6)
“Dan Allah tidak
akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap
apa yang kamu kerjakan”
(Surah al-Munafiqun:
11)
Ayat-ayat di atas jelas
pada kita tentang dosa orang yang fasik. Maka berhati-hatilah kita daripada
menjadi golongan orang munafik ini.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Apabila
berbicara jangan berdusta
2.
Apabila berjanji
jangan mungkiri
3.
Apabila diberi
amanah jangan khianati
4.
Tanya diri
sendiri “Apakah kita tergolong dikalangan orang munafik?”
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment