Allah
Ketika Solat, Adalah Allah Yang Sama
Ketika
Ingin Bermaksiat
PENDAHULUAN
Mudah merasa Allah ada
ketika solat, tetapi ketika ingin bermaksiat, bagaimana?
Bukan mudah untuk
merasai Allah sentiasa mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa Allah sentiasa
Mengawasi.Dalam bahasa Arabnya, disebut muraqabatullah.
Tahu Allah Maha
Memerhati dan Maha Mengawasi.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tetapi, kadang-kadang
tindakan kita selalunya tidak menampakkan seolah-olah kita merasai Allah Maha
Mengawasi.
Mudah merasai
pengawasan Allah bila berada di tengah ramai, tetapi bila seorang diri, Allah
baginya seolah-olah tidak wujud lagi.
Mudah merasai
pengawasan Allah ketika berada dalam terdesak dan kesusahan, tetapi ketika
senang dan lapang, Allah pun ditinggalkan.
Adakah Allah hanya
wujud ketika kita bersama dengan kawan-kawan yang soleh sahaja?
Atau adakah Allah
hanya wujud ketika solat, ketika kita benar-benar terdesak?
Adakah Allah tidak
wujud pada waktu-waktu lain?
AMBILLAH IBRAH
DARIPADA KISAH 3 ORANG BANI ISRAIL YANG DIUJI ALLAH
Kisah yang telah kita
biasa dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji Allah dengan
penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka.
Mereka adalah yang
biasa kita dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.
Saya tidak akan
ceritakan keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab
Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh Rasul s.a.w.
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Mereka ini semuanya
telah didatangi oleh malaikat untuk mendoakan kesembuhan bagi diri mereka.
Bahkan, mereka telah ditawarkan dengan binatang ternakan yang mereka inginkan.
Kesemua mereka
mendapat apa yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan masing-masing
berkembang biak, Allah telah menguji mereka sekali lagi. Allah datangkan
malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan susah
untuk menguji mereka.
Setelah berada dalam
keadaan yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan Allah. Si Sopak
dan Si Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap penuh
kepada Allah. Setelah Allah anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka,
mereka melupakan Allah.
Si Buta, tetap dalam
keadaan celiknya itu , dalam keadaan beliau yang telah kaya raya itu, masih
tetap terus mengingati Allah dengan membenarkan malaikat yang datang mengujinya
untuk mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan yang dimilikinya.
Dia tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia celik adalah Tuhan
yang sama, iaitu Allah.
YANG MERASA LONGGAR
DENGAN PENGAWASAN ALLAH, INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA CEMBURU
Ramai yang tahu Allah
Maha Memerhati. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar merasai dan menjiwai
pengawasan Allah itu 24 jam 7 hari?
Kadang-kadang, bila
berada dalam suasana yang soleh, suasana yang wujudnya peringatan, jiwa kita
seolah-olah terasa begitu dekat dengan Allah. Tetapi, bila pulang ke rumah,
tidak ada suasana-suasana yang mengingatkan, kita pun merasa longgar daripada
ikatan dengan Allah.
Dalam solat, mampu
mewujudkan perasaan Allah Maha Mengawasi. Tetapi, bila keluar daripada solat,
perasaan itu seolah-olah tidak pernah wujud.
Di celah-celah
kelonggaran ikatan kita dengan Allah itulah, syaitan sentiasa mengambil peluang
untuk menjauhkan lagi kita daripada Allah. Maka, kita kembali bermaksiat kepada
Allah ketika seorang diri. Kita kembali melazimi diri dengan dosa setelah
keluar daripada solat.
Mampu menjaga Allah
ketika dalam solat, tetapi gagal menjaga Allah pergaulan dan percakapan.
Mampu merasa Allah ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa Allah ada ketika menonton movie, ketika melayari internet.
Mampu merasa Allah ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa Allah ada ketika menonton movie, ketika melayari internet.
Ingatlah yang Allah
itu sentiasa cemburu dengan hamba-Nya. Kehidupan yang Dia anugerahkan, tetapi
kita habiskan majoritinya untuk dosa dan maksiat. Kita jauhkan kehidupan kita
daripada pengawasan Allah.
Allah pun merasa
cemburu terhadap kita. Bagaimana?
Dalam satu hadis Nabi
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mafhumnya : ‘Sesungguhnya Allah
Taala itu cemburu dan kecemburuan Allah Taala itu ialah apabila seseorang
manusia mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya.’
[Muttafaq Alaih]
ALLAH ITU SENTIASA ADA
KETIKA KAU INGIN BERMAKSIAT
Ketika ingin
bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti. Api
neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya. Buah
zaqqum dan cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.
Ketika ingin
bermaksiat, segeralah detikkan pada hati yang Allah sedang Memerhati. Jika
masih ada rasa untuk bermaksiat, maka kita memang telah bersedia untuk
menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat
sehingga terbenam ke dalam bumi.
Dengan segalanya yang
telah Allah berikan untuk kita layakkah kita membalas Allah dengan dosa-dosa
kita yang mengenepikan Allah di waktu-waktu senang kita?
Lalu fikirkan pula,
setelah kita sentiasa melupakan Allah, maka ketika saat terdesak, ketika tidak
ada siapa yang mampu menolong melainkan hanya Allah, maka apakah layak bagi
kita untuk memohon pertolongan dari-Nya ketika itu?
Ingatlah yang Allah
sentiasa ada, tidak pernah mati. Allah yang kita sembah ketika solat, adalah
Allah yang sama melihat kita ketika ingin bermaksiat.
Allah sentiasa kekal
tidak pernah fana.
Kalau menunggu
terdesak, baru hendak merasa Allah ada, baru hendak kembali kepada Allah,
bimbang kita akan jadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk kembali
seperti Firaun.
Sementara kesempatan
masih ada, maka segeralah perbaiki.
PENUTUP : YANG
BERJUANG MENJAGANYA, AKAN MENDAPAT CINTA ALLAH. ADAKAH YANG LEBIH BESAR
DARIPADA ITU?
Yang terus berjuang
menjaga muraqabatullah, Allah akan anugerahkan hadiah untuknya.
Dalam segenap
kehidupannya, dia sentiasa merasa diperhatikan Allah.
Rasa Allah sedang
menilai amal-amalnya. Bila dia merasai Allah sentiasa menilai dirinya, maka
dirinya sentiasa tergerak untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Satu ketika, Nabi
s.a.w. bersabda kepada Ibn Abbas :
“Hai anakku,
sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu :
Peliharalah perinta Allah nescaya Dia akan memeliharamu (sepanjang masa),
peliharalah larangan Allah, nescaya engkau akan dapati ia selalu di hadapanmu.
Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau hendak
memohon maka mohonlah pertolongan dari Allah.”
Yang berjuang menjaga
Allah dalam senang dan susahnya, dalam ramai dan seorangnya, Allah juga akan
menjaganya setiap masa dan di mana jua dia berada.
Lihatlah, yang
berjuang menjaga muraqabatullah pastinya akan mendapat cinta Allah.
Maka, ketika Allah
ingin menganugerahkan cinta-Nya kepada kita, adakah yang lebih besar daripada
itu?
Pasti. Pastinya tidak
ada. Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Segeralah rebut
nilaian Allah !
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah
Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
Sumber: langitilahi.com
No comments:
Post a Comment