MERAIH
CINTA ALLAH DALAM IBADAH SUNAT
PENDAHULUAN
Seperti yang kita sedia
maklum, ibadah yang selalu kita kerjakan terbahagi kepada ibadah fardhu/ wajib
dan ibdah sunat.
Ibadah yang fardhu
seperti solat fardhu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan
sebagainya. Dan ibadah sunat pula adalah luas seperti berzkir, solat sunat
nawafil, bersedekah dan sebagainya.
Persoalannya apakah
kelebihan mengerjakan amalan-amalan sunat ini? Benarkah Allah mencintai orang
yang sentiasa menunaikan ibadah-ibadah bukan sahaj yang fardhu malah yang
sunat?
Berdasarkan hadis yang
disabdakan oleh baginda Rasulullah saw:
Daripada
Abu Hurairah radhiallahu’ anh,
dia berkata Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya:
Sesungguhnya
Allah Ta’aala berfirman: Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, sungguh Aku telah
mengizinkan agar dia diperangi. Tidak ada amal yang paling Aku senangi yang
dipergunakan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku selain ibadah yang
telah Aku fardukan kepadanya. Hamba-Ku yang senantiasa mendekatkan diri
kepada-Ku dengan ibadah sunat (nawafil), pasti Aku mencintainya. Jika Aku sudah
mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar; Aku
menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat; Aku menjadi tangannya yang dengannya
dia membuat (sesuatu); Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan; jika
dia memohon kepada-Ku pasti akan Ku beri; jika dia memohon perlindungan
daripada Ku pasti akan Ku lindungi dia. Aku tidak pernah bimbang dalam
melakukan sesuatu sebagaimana kebimbangan Ku ketika hendak mencabut nyawa
seorang mukmin yang tidak menyukai sakitnya sakratul maut, sementara Aku pun
tidak ingin menyakitinya. –
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Riqaaq, no:6502.
Berdasarkan hadis ini,
jelas menunjukkan bahawa Allah swt sangat mencintai orang-orang yang berpenat
lelah dalam menunaikan ibadah-ibadah sunat.
Sebagai contoh apabila
kita ingin memikat seseorang dan berusaha meraih cintanya, apakah yang kita
akan lakukan?
Sudah tentu kita akan
berusaha memenuhi apa yang diinginkannya, membuat sesuatu perkara yang disukai,
dan mengelak sesuatu perkara yang dibenci.
Samalah juga kita dalam
usaha untuk meraih cinta Allah swt. Orang yang benar-benar beriman, pasti akan
berusaha untuk mendapat perhatian Allah swt.
Dan salah satu cara
untuk mendapat perhatian dan cinta Allah ialah dengan perbanyakkan
amalan-amalan sunat. Itu adalah salah satu bukti jika kita benar-benar ingin
meraih cintaNya.
DOA YANG
DIPERKENANKAN
Orang-orang yang
sentiasa melaksanakan ibadah-ibadah sunat baginya doa yang diperkenankan Allah.
Apakah Allah tegar
untuk menolak doa-doa orang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
ibadah-ibadah sunat dalam usaha untuk meraih cintaNya?
Tidak akan ditolak doa
orang yang Allah cintai. Sekarang cuba Tanya diri kita, adakah diri kita ini
dicintai Allah?
Ambillah peluang dalam
kehidupan ini dengan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat agar bila diri ini
dicintai, maka doa kita jga mudah diperkenankan Allah.
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoakepadaKu. Maka hendaklah
mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah al-Baqarah:186)
Jelas pada ayat ini
bahawa Allah swt sangat hamper dengan orang-orang yang beriman. Jika mereka
berdoa, pasti akan dikabulkan. Persoalannya bagaimanakah kita ingin menjadi
orang beriman? Salah satunya ialah dengan sentiasa memperbanyakkan
amalan-amalan sunat.
DIBERI
PERLINDUNGAN
Selain doa kita akan
diperkenankan oleh Allah, kita juga akan sentiasa mendapat perlindungan dariNya
apabila kita dalam kesulitan dan kesusahan.
Itulah sebabnya jika
diri kita ini sudah berada dalam dakapan cinta Allah, maka doa akan
diperkenankan, perlindungan akan diberikan.
Perlindungan dari segi
apa? Perlindungan dari sebaranag kefakiran, kekufuran, kesakitan dan
sebagainya.
Samalah contoh jika
kita sudah dicintai oleh seseorang, orang tersebut pasti akan menjaga kita
sebaik yang mungkin. Kita akan dibantu bila ada masalah, bila rungsing terhadap
sesuatu perkara, atau mengalami kesakitan,pasti dia akan menemani kita setaip
waktu.
Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi
Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir:
tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
(surah Muhammad:11)
KEMATIAN YANG
TIDAK MENYAKITKAN
Kita tahu bahawa
sakaratul maut itu adalah saat yang menyakitkan bagi setiap manusia. Akan
tetapi hakikatnya semua orang akan mengalaminya.
Tetapi bagi orang yang
benar-benar beriman dan dicintai Allah, Allah tidak akan membiarkan dia
berhadapan sakaratul maut dalam keadaan yang terseksa.
Kerana Allah sendiri
tidak suka untuk menyakiti hamba yang Dia cintai. Samalah juga kita yang
berusaha untuk tidak menyakiti hati orang yang kita cintai. Jika hati disakiti,
maka hilanglah cinta.
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Surah ali-Imraan:102)
Mati dalam keadaan
Islam adalah kematian yang terbaik. Kerana baginya kematian itu dikala dia
sedang dicintai Allah swt jika kita benar-benar bertaqwa padaNya.
CONTOH
AMALAN-AMALAN SUNAT
Contoh amalan-amalan
sunat yang boleh kita lakukan ialah solat sunat rawatib iaitu solat sunat
sebelum dan selepas solat fardhu.
Selain itu kita juga
dianjurkan untuk melaksanakah solat sunat Dhuha, solat sunat taubat, Solat
sunat witir, solat sunat tahajud dan sabagainya.
Amalan lain adalah
seperti memperbanyakan bersedekah, membaca al-quran, berzikir, berselawat,
menuntut ilmu-ilmu agama, puasa-puasa sunat seperti puasa sunat isnin khamis,
puasa sunat muharam dan sebagainya.
ALLAH DI SISI
KITA
Jika kita ingin tahu
bagaimana kedudukan kita di sisi Allah, perhatikan bagaimana kita meletak Allah
di sisi kita?
Jika ibadah yang fardhu
pun kita masih berkira-kira, maka sudah pasti kita makin jauh dengan Allah swt.
Akan tetapi jika kita
sentiasa memenuhi ibadah-ibadah fardhu, ditambah pula dengan mengerjakan
ibadah-ibadah sunat, maka bersedialah untuk menerima Cinta Allah yang menjadi
iadaman setiap manusia.
Kerana di akhir
pengakhiran hidup kita, orang yang dicintai Allah akan mendapat ganjaran yang
paling besar yang menajdi idaman setiap makhluk iaitu Syurga.
Cuba kita Tanya pada
diri kita, pengakhiran yang bagaimana kita inginkan? Oleh yang demikian
ambillah peluang hayat ini untuk berusaha mendapat cinta Allah swt.
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan
bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka
mengetahui.
(Surah al-Baqarah:103)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Allah swt sangat
mencintai orang yang mengerjakan ibadah bukan sahaja ibadah fardhu akan tetapi
ibadah sunat juga.
2.
Orang yang
dicintai Allah, baginya doa yang diperkenankan.
3.
Orang yang
dicintai Allah, akan sentiasa mendapat perlindungan dariNya.
4.
Orang yang
dicintai Allah baginya keringanan dalam menghadapi saat sakaraul maut.
5.
Perbanyakkan
amalan-amalan sunat jika kita benar-benar inginkan cinta dari Sang Pencipta.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment