MENYEMAI
KASIH DALAM JEMAAH
PENDAHULUAN
Dalam
sesebuah Jemaah, persefahaman sangatlah penting. Dengan persefahaman, maka akan
terbitlah kasih-sayang di antara ahli jemaah tersebut.
Sebagai
sebuah organisasi yang berusaha melahirkan Jemaah yang kuat dan menghasilkan
sebuah kerjaya yang berkualiti disamping meraih keuntungan yang diberkati, maka
kita tidak dapat tidak untuk memastikan ahli jemaah kita sentiasa memahami
antara satu sama lain.
Persoalaannya
adalah bagaiamana?
Dalam
tajuk tazkirah pada kali ini, kita ingin merungkai kenapa pentingnya kita
menyemai kasih dalam sesebuah Jemaah, dan bagaimana menyemainya dengan penuh
keikhlasan.
Dan
kita lihat bagaimana baginda Rasulullah s.a.w menyemai perasaan kasih dan
sayang di antara kaum muslimin di madinah suatu ketika dahulu.
Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabat hidup sebagai satu Jemaah yang hebat di mana
mereka hidup dalam kebahagiaan.
Nabi
dan para sahabat memimpin sesebuah negara, dan kita hanya diberi peluang untuk
memimpin sebuah organisasi.
Maka
sudah tentu kita mampu untuk membentuk Jemaah yang hebat dengan berlandaskan
al-quran dan as-sunnah.
TIADA
KASIH TIADA FAHAM
Apabila
tiada perasaan kasih di antara kita sesama ahli Jemaah maka sudah tentu kita
tidak akan dapat mencapai satu kefahaman dalam seseuatu urusan.
Ini
dapat dilihat apabila sesuatu tugasan itu tidak dapat difahami dengan jelas samada
dengan sengaja atau tidak sengaja.
Sedangkan
ia adalah suatu kerja yang mudah. Jadi peranan kita sebagai ahli Jemaah untuk
menyemai kasih di antara kita semua agar sesuatu ungkapan dan mesej yang ingin
disampaikan mudah difahami dan diterima dengan baik.
KASIH
YANG BERSYARIAT
Dalam
usaha kita untuk menyemai kasih sayang di dalam sesebuah Jemaah, maka syariat
adalah titik utama untuk kita praktikkan.
Islam
itu indah. Al-Quran banyak mengingatkan kita agar sentiasa berada dalam jemaah
dan sentiasa tolong-menolong di antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian
kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan
kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa
jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang
neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu
dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(Surah
ali-Imraan:103)
Maka
sebagai satu Jemaah yang berusaha untuk mewujudkan kasih sayang di antara ahli,
maka kita perlu pastikan Jemaah kita sentiasa berada di jalan yang benar dan
bersyariat.
Apabila
Jemaah berada di atas landasan yang betul, maka sudah tentu kita akan menajdi
sebuah Jemaah yang kuat dan bertenaga.
Malah
pengurusan dan pentadbiran kita akan lebih menajdi mudah kerana kita
benar-benar memahami antara satu sama lain.
MENYEDIAKAN
PROGRAM YANG PATUH SYARIAH
Dalam
usaha kita untuk memperkuatkan lagi Jemaah organisasi kita, maka perlu juga
kita mempelbagaikan program-program atas tujuan kita dapat mengenal antara saru
sama lain,
Malah
dengan menganjurkan program dan aktiviti berjemaah kita dapat mengurangkan gap
atau perbezaan yang jauh di antara kita sesame ahli.
Bukankah
kita sedang bersama-sama bergerak dalam misi mencapai keuntungan yang besar dan
diberkati? Keuntungan dunia kita kejar, keuntungan akhirat juga kita kejar.
Oleh
itu peranan kita semua dalam memastikan Jemaah kita kena kuat dengan membawa
Jemaah berlandaskan syariat Islam dan mewujudkan program-program dan aktiviti
yang boleh membuatkan kita memahami di antara satu sama lain.
Tujuan
utamanya ialah mengurangkan perbezaan di antara ahli Jemaah.
PENUTUP
Oleh
demikian, sebagai pengajaran yang boleh diambil ialah, Islam adalah titik utama
untuk kita hidup dalam berjemaah. Seperti yang disebutkan di dalam ayat
al-quran di atas, Allah memberi nikmat kepada kita dengan menyatukan hati-hati
kita agar kita bersatu padu.
Maka
marilah kita wujudkan sebuah Jemaah yang benar-benar kuat di mana tidak akan
goyah dari unsur dalaman atau luaran yang negatif.
Orang
yang beriman akan kasih saudaranya kerana Allah s.w.t
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment