EKSPRESIKAN
TANDA SYUKUR
PENDAHULUAN
Kenapa kita perlu
bersyukur? Itu adalah persoalan pertama untuk kita menjawabnya. Realiti umat
zaman sekarang ini, mereka makin tidak bersyukur terhadap segala nikmat yang
diberikan.
Bermulanya kita bangun
dari tidur, itu adalah nikmat pertama yang perlu kita mensyukurinya. Kenapa?
Kerana ramai yang tidur tapi Allah tidak ‘bangunkan’ mereka untuk meneruskan
kehidupan.
Apakah kita masih lagi
tidak mahu bersyukur?
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan
dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
(Surah al-Baqarah:56)
Ayat Ini menjelaskan
kepada kita tentang suruhan bersyukur setelah dibangkitkan semula. Seperti yang
kita tahu bahawa hidup dan mati itu adalah di bawah kekuasaan Allah s.w.t mutlak.
Allah boleh mengambil
nyawa kita bila-bila masa sahaja mengikut kehendakNya.Jadi apakah peranan kita
sebagai hamba yang telah diciptakan di dunia ini?
Nikmat lain yang utama
selain diberi peluang untuk hidup ialah, kita masih mendapat nikmat Iman dan Islam
dikala diluar sana masih ada yang terkontang-kanting mencari kebenaran dalam
kehidupan.
Apakah kita masih belum
ingin bersyukur? Sedangkan Allah telah menjanjikan syurga buat orang-orang
beriman dan kita masih hidup menjadi muslim yang beriman.
Tetapi perosalannya,
bagaimanakah kita dapat mengekspresikan tanda syukur kita kepada yang Maha Esa?
JADI HAMBA YANG
BERSYUKUR
Jadilah kita hamba yang
benar-benar bersyukur. Hargailah setiap nikmat yang Allah berikan dikala masih
ada orang lain yang tidak dapat merasainya.
Bagaimanakah kita nak
hargai setiap nilai nikmat? Iaitu sentiasa mengucap Alhamdulillah setiap kali
mendapat nikmat.
Tidaklah Allah berikan
apa-apa nikmat melainkan untuk kita bersyukur padaNya.
Rasulullah s.a.w adalah
hamba yang paling bersyukur. Buktinya Nabi Muhammad s.a.w sanggup bangun malam,
memperbanyakkan solat tahajud, beribadah sehingga kaki baginda bengkak.
Perbuatan bainda itu disedari oleh Aisyah r.a lantas beliau bertanya ‘ Ya
Rasulullah, bukankah Allah telah menjadikan engkau seorang yang maksum? Lantas
baginda menjawab ‘Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
Akan tetapi malangnya,
masih terdapat lagi manusia yang tidak bersyukur di atas limpahan nikmat dari
Allah s.w.t
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka
serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan
Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
(Surah al-A’raf:17)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang masih terdapatnya golongan yang tidak bersyukur. Apakah yang
mereka mahukan lagi?
SOLAT TANDA
SYUKUR
Sebagai tanda kita
benar-benar bersyukur ialah dengan kita memelihara urusan ibadah kita. Adakah
kita benar-benar menjaga urusan ibadah seharian kita?
Jika tidak, itu
tandanya kita mempermain-mainkan nikmat yang Allah beri. Kita disuruh solat
hanyasanya sebagai tanda kita bersyukur. Akan tetapi hakikatnya masih ramai
yang telah diberi nikmat, tetapi masih malas nak solat.
Apakah tandanya itu?
Orang yang tidak bersyukur,bagaimanakah kita mengklafikasikannya? Sudah tentu
kita akan katakan ‘manusia tak kenang budi’, ‘dah bagi tu bersyukur la’, ‘lepas
ni jangan harap aku akan bagi apa-apa lagi’.
Itu adalah kita dengan
manusia lain. Alan tetapi bagaimanakah dengan Allah s.w.t? Adakah kita ingin
menjadi hamba yang bongkak disisi Allah s.w.t?
Sedangkan Allah firman:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu
amatlah keras".
(Surah Ibrahim: 7)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang kelebihan bersyukur. Allah akan menambahkan nikmat bagi
mereka yangs sentiasa bersyukur.
TAAT SURUHAN,
TINGGAL LARANGAN
Dan salah satu cara
kita mengekspresikan tanda syukur kita pada sang Pencipta ialah dengan cara
mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Ini adalah bukti kita
jika kita benar-benar bersyukur pada Allah s.w.t. Setelah Allah berikan kita macam-macam nikmat
kehidupan, yang mana kadang-kadang nikmat itu Allah lebihkan pada kita, maka
apakah kita masih berkira-kira untuk taat padaNya?
Perhatikanlah kehidupan
kita. Bahagian hidup kita yang manakah yang masih kita belum taat dan
tinggalkan yang haram?
Segeralah tinggalkan
kehidupan yang menjerumus ke arah kemurkaan Allah dan kembalilah kepada jalan
yang membuatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t makin erat.
Ketahuilah nikmat
paling anggung di akhirat kelak, ialah apabila kita dapat melihat wajah Allah
s.w.t. Akan tetapi syarat untuk melihat wajah Allah adalah kita perlu menjadi
ahli syurga. Jika kita menjadi ahli neraka, maka nikmat itu tidak akan kita
kecapi lagi kerana kehidupan akhirat itu adalah kekal selama-lamanya.
Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu
berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha).
Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia
seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
(Surah al-Ghafiir:61)
Ayat ini menjelaskan
kepada kita tentang golongan yang tidak bersyukur ketika di dunia. Ketika di
dunia bermacam-macam nikmat telah Allah berikan, akan tetapi kita gagal untuk
bersyukur.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1. Nikmat
terbesar selain diberi kehidupan hari demi hari ialah nikmat iman dan Islam.
2. Jadilah
kita hamba yang benar bersyukur.
3. Sebagai
tanda kita bersyukur ialah perbanyakkan beribadah kerana Nabi Muhammad yang
maksum pun sampai bengkak kaki bagi mengekspresikan tanda syukur pada Allah.
4. Segeralah
menjadi hamba yang taat pada suruhan, dan meninggalkan segala larangan bagi
membuktikan kita adalah hamba yang bersyukur.
5. Muhasabahlah
‘ Adakah Kita Hamba Yang Bersyukur?’
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment