DOSA SANG PEMIMPIN
PENDAHULUAN
Seperti
yang kita tahu, seseorang yang dilantik menjadi pemimpin, akan memegang amanah
yang sangat berat.
Setiap
amanah yang dipegangnya akan di nilai di sisi Allah sama ada baik atau pun
buruk. Dalam kita memlihi pemimpin, banyak kriteria yang perlu kita lihat.
Khususnya keseriusannya dalam hidup beragama.
Maka
pemimpin yang mampu memelihara agama, maka dia mampu untuk menjaga orang-orang
yang di bawah pimpinannya.
Akan
tetapi pada masa kini kita dapat lihat terdapat ramai yang ingin menjadi
pemimpin walhal kelayakannya tidak ada. Dan ini boleh mengundang dirinya ke
arah kepimpinan yang penuh dengan dosa dan laknat.
Sedangkan
Allah telah berfirman:
Dan Kami
jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan
ayat-ayat keterangan Kami.
(Surah
as-Sajdah: 24)
Maka
pilihlah pemimpin yang boleh membimbing kita ke arah ketaatan kepada hukum Allah
bukan mengajak untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.
Jadi apakah contoh-contoh dosa sang pemimpin
ini?
DOSA
PEMIMPIN MENGKHIANATI AMANAH
Jika
seseorang pemimpin mengkhianati amanah yang telah diberikan, maka pemimpin
tersebut berdosa dan baginya pengakhiran hidup di neraka Allah s.w.t.
Contoh
amanah yang dikhianati adalah seperti berkaitan dengan harta syarikat, atau
penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya.
Justeru
itu, bahaya bagi seseorang yang ingin memegang tampuk pemerintahan kerana
baginya amanah yang sangat berat.
Sedangkan
jelas bahawa Allah melarang kita melanggar atau mengkhianati amanah.
Berdasarkan firman Allah s.w.t:
Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan RasulNya, dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah
al-Anfaal:27)
Maka
jauhilah kita dari menjadi pemimpin yang tidak amanah.
DOSA
PEMIMPIN YANG ZALIM
Seterusnya
jika seseorang pemimpin itu suka menzalimi orang bawahannya, maka baginya juga
dosa. Pemimpin yang zalim sudah tentu akan mendapat cacian dan makian dari
orang bawahan.
Pada
zaman kini pemimpin yang zalim sangat banyak. Pelbagai penindasan terhadap
orang bawahan samada dari sektor politik mahupun kerjaya.
Dalam
sektor politik, kita boleh lihat terdapat pemimpin yang menekan dan menzalimi
rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi, menaikkan harga barang tanpa ada
sebarang kawalan, dan sebagainya Dalam sektor kerjaya pula, kita boleh lihat
ada pemimpin yang berlaku zalim terhadap pekerjanya seperti memberi kerja yang
agak berat, tidak menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja dan sebagainya.
Maka
ini adalah sebuah kepimpinan yang benar-benar tidak patuh syariah sedangkan
Islam itu adil. Menzalimi itu adalah satu perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah
s.w.t.
Dan
kita kena ingat bahawa Allah ada berfirman:
Sesungguhnya
mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab)
Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi
penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah);
dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang
bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
(Surah
al-Jathiyaah: 19)
Maka
jelas bahawa orang yang berlaku zalim hanya sentiasa menyokong bersama di kalangan
mereka pada yang salah.
Maka
jauhilah kita dari menjadi pemimpin yang zalim.
DOSA
PEMIMPIN YANG MENGAJAK KEPADA KEMUNGKARAN
Ini
adalah satu dosa yang kita boleh lihat di masa kini. Terdapat ramai pemimpin
yang sentiasa mengajak orang bawahannya melakukan sesuatu yang mungkar.
Sebagai
contoh pemimpin yang sentiasa menghidangkan program-program yang liar seperti pesta-pesta
arak, zina, serta dadah, dan sebagainya.
Seseorang
pemimpin yang mengajak melakukan kemungkaran tidak layak dijadikan sebagai
pemimpin. Bukankah pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dekat hubungannya
dengan Allah s.w.t?
Berdasarkan
firman Allah s.w.t:
Iaitu
mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi
nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh
berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah
jualah kesudahan segala urusan.
(Surah
al-Hajj:41)
Maka
jelas bagi kita bahawa ciri-ciri pemimpin Islam yang benar-benar Islam ialah
pemimpin yang sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan dan melarang dari
melakukan kejahatan.
DOSA
PEMIMPIN YANG BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI
Umum
mengetahui bahawa ada terdapat pemimpin yang manis apabila berkata-kata dan
berjanji sedangkan hakikatnya janji tersebut tidak akan terlaksana.
Tujuan
janji manis itu ditaburi hanya untuk meraih sokongan pengundi sahaja. Maka
pemimpin tersebut adalah pemimpin yang berdosa kerana janji yang dibuat tidak
ditepati.
Trend
pemimpin zaman sekarang bagi meraih sokongan yang besar adalah dengan berjanji
dengan bermacam-macam perkara walhal selepas dipilih menjadi pemimpin, janji
itu sengaja dilupai.
Lagi
malang jika pemimpin itu adalah pemimpin yang solat dan berpuasa tetapi
pemimpin itu telah berbohong pada Allah dan juga umat Islam keseluruhannya.
Pemimpin
yang sering berdusta Allah akan campakkan pada hatinya perasaan munafik yang
kekal. Berdasarkan firman Allah s.w.t:
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan
munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah,
kerana mereka telah memungkiri apa
yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana
mereka sentiasa berdusta.
(Surah
at-Taubah:77)
Allahurabbi…
Maka berusahalah kita mengelakkan diri dari menjadi pemimpin yang berdusta.
PENUTUP
Maka
sebagai pemimpin, sama ada pemimpin di tempat kerja, mahupun keluarga, jauhilah
dari segala perbuatan yang boleh mengundang dosa sebagai pemimpin.
Jelas
pemimpin yang berdosa maka baginya azab seksaan di api neraka kelak.
Berusahalah
kita menjadi pemimpin yang disayangi oleh orang jagaan kita, bukan dibenci dan
dicemuh.
Tunjuklah
tauladan yang baik kepada orang bawahan kita, agar tauladan itu boleh menjadi
pedoman kepada mereka untuk mereka praktikkannya bersama.
Jadikanlah
Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan dalam menjadi pemimpin dan pengurus yang
terbaik dalam Islam.
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment