ALLAH
TIDAK MEMANDANG PADA RUPA PARAS MANUSIA
PENDAHULUAN
Daripada Abu
Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung
hati (niat) kamu.”
Daripada hadis di atas
, jelas bahawa tidaklah Allah s.w.t melihat akan rupa paras seseorang itu melainkan
niat hati yang ikhlas.
Adakah kita benar-benar
ikhlas dengan amalan kita, pekerjaan kita, hidup kita, ibadah kita, dan
keseluruhan tindakan kita?
Sehebat mana pun
seorang itu sama ada dari segi pangkat atau paras rupa, maka ia sesekali tidak
bernilai di sisi Allah melainkan padanya hati yang ikhlas kepada Allah s.w.t.
Apa akan terjadi
apabila sesorang itu tidak ikhlas terhadap tindakan dan amalannnya? Maka sudah
tentu ungkit-mengungkit akan berlaku.
Malah apabila sesuatu
perbuatan itu dibuat dalam keadaan terpaksa, maka ia hanya mengundang rasa
ketidakselesaan pada diri dia dan juga orang lain.
PINJAMAN KEPADA
ALLAH S.W.T
Siapakah
orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan
balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
(Surah al-Baqarah:245)
Apakah kita sanggup
meminjamkan sesuatu kepada Allah dengan ikhlas? Jika ya, maka Allah akan
membalasnya dengan balasan yang berlipat ganda.
Allah pinjam kekayaan
kita dengan mendatangkan sedikit kafakiran dengan tujuan Allah ingin melihat
sejauh mana keikhlasan kita kepada Allah s.w.t.
Jika kita mampu ikhlas,
maka kekayaan demi kekayaan Allah curahkan. Kita kena ingat bahawa setiap
perkara pasti ada ujian.
Kita tidak akan kaya
selama-lamanya, kita tidak akan diletakkan di posisi yang tinggi
selama-lamanya,. Adakalanya Allah akan rendahkan kedudukan dan harta kita,
untuk Allah melihat sejauh mana kita benar-benar ikhlas dnegan Allah s.w.wt.
Maka janganlah
bersedih. Jika kita benar-benar ikhlas apa lagi yang mampu Allah balas
melainkan satu balasan yang baik malah membahagiakan kita kelak.
BALASAN
PENGAKUAN IMAN YANG IKHLAS
Apakah Allah s.w.t
tidak memberi apa-apa balasan buat hamba-hambaNya yang ikhlas? Sudah tentu ada.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
Lalu
Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan,
(iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang
yang berusaha berbuat kebaikan.
(Surah al-Maaidah: 85)
Oleh sebab itu, kita
cuba bermuhasabah diri kita semula, menilai di bahagian rukun iman yang manakah
yang masih lagi kita tidak beriman?
Rukun iman ada 6. Maka
perhatikan rukun yang manakah kita masih tertinggal untuk kita beriman
sepenuhnya.
Ciri-ciri orang yang
beriman ialah dia benar-benar beriman dengan rukun iman. Bukan hanya sekadar
percaya sahaja.
MENTAATI
PERINTAH ALLAH DENGAN IKHLAS
Adakah sampai umur kita
sekarang ini, kita benar-benar ikhlas dengan perintah Allah? Apa perintah Allah yang kita tahu dan buat?
Jika kita buat adakah
ia benar-benar ikhlas? Dalam kita menerajui perniagaan berlandaskan syariat di
sini, kita berusaha untuk memastikan segala aspek adalah patuh syariah.
Persoalannya ialah
sejauh manakah kita benar-benar menerajui perniagaan kita dengan patuh syariah?
Jika kita
praktikkannya, adakah kita benar-benar ikhlas? Adakah kita hanya praktikkan
syariah sebab untuk mendapatkan sijil dari badan perisijilan SIRIM? Atau memang
kita niat kerana Allah s.w.t demi meraih untung yang melipatganda yang
diberkati dan mewujudkan sebuah organisasi yang kuat dengan kasih-sayang
ahli-ahlinya?
Maka bermuhasabahlah
semual diri kita dan hati kita.
Seperti firman Allah
s.w.t:
"Serta
(diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan
perintah-perintah) agama dengan betul dan ikhlas,
dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."
(Surah Yunus: 105)
Maka hadapkanlah diri
kita pada perintah Allah s.w.t dengan benar-benar ikhlas. Jika tidak, janganlah
kecewa jika Allah menarik semula rezekinya dari kita dan Allah s.w.t menjadikan
kita sebuah organisasi yang kacau bilau dan huru hara dengan perbalahan dna
permusuhan.
PENUTUP
Sebagi pengajaran pada
hari ini, ingin mengajak kita semua untuk sama –sama bermuhasabah atas tujuan
perniagaan dan hidup kita.
Jika kita benar-benar
inginkan sebuah perniagaan yang patuh syariah, maka ikhlaskanlah atas tujuan
tersebut.
Apa lagi yang kita
inginkan melainkan Allah redha terhadap segala perbuatan kita.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment