ISLAM:
AGAMA YANG MENYELURUH
PENDAHULUAN
Islam merupakan agama
yang hak.Kedatangan Islam memberi sejuta rahmat buat seisi alam. Kedudukan
Islam yang tinggi menjadikan ia sesuai dengan kehidupan manusia yang sentiasa
mencari jalan kebenaran.
Daripada
`A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi SAW bersabda : “Islam itu tinggi dan
tiada yang lebih tinggi daripadanya”
Dan pengutusan Rasul
kepada manusia adalah untuk membimbing dan memimpin manusia ke arah ketaatan
terhadap Penciptanya.
Apabila kita meneliti
tentang ajaran Islam ini, ia jelas memelihara keseluruhan hidup kita sebagai
muslim termasuklah melibatkan nyawa, harta, keturunan, maruah, dan sebagainya.
Akan tetapi
permasalahannya sekarang ini, masih terdapat umat Islam yang tidak mengetahui
apa-apa tentang agamanya.Jadi apakah puncanya?
Sedangkan kita
sepatutnya berbangga dengan agama Islam yang
jelas memimpin manusia ke jalan yang benar.
Justeru itu, kenapa
masih ada individu yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam. Adakah kita
malu apabila menganut agama Islam?
AGAMA KERANA
KETURUNAN
Timbul persoalan,
apakah kita menganuti agama ini hanya kerana keturunan?Oleh kerana ibu bapa
kita Islam, maka kita juga Islam.Adakah begitu?
Satu perkara yang amat
menyedihkan apabila kita gagal mengenali agama kita sendiri, dan sepatutnya
kita menjadi hamba yang bersyukur kerana kita dilahirkan Islam, dalam suasana
Islam, dan mengharapkan kita mati dalam keadaan Islam.
Apabila kita menganut
agama Islam hanya kerana keturunan, pelbagai masalah akan berlaku.
Sebagai contoh, kita
gagal memahami ajaran Islam dan seterusnya berusaha untuk mengikut budaya agama
lain yang jelas bertentangan dengan agama Islam.
Janganlah kita
diistilahkan sebagai Islam hanya pada nama sahaja sedangkan Islam itu hadir
dalam membimbing manusia untuk mengenali Penciptanya
Al-quran menjadi
petunjuk bagi orang Islam. Maka beruntunglah orang-orang Islam yang berusaha
untuk menajdikan hidupnya tidak sia-sia.
KURANG DIDIKAN
AGAMA
Situasi ini jelas
berlaku dalam masyarakat kita apabila didikan agama itu kurang. Dan amat
membimbangkan ialah didikan agama ini tidak diterapkan di dalam institusi
keluarga.
Apabila institusi
keluarga tidak diterapkan dengan didikan agama, maka umat Islam akan kacau
bilau, sehinggakan sampai satu tahap anak-anak kita tidak mampu untuk mengucap.
Anak-anak itu diacu
mengikut cara acuan ibubapanya. Sekiranya tersalah acuan, maka kelak anak itu
akan menjadi hamba yang suka menentang.
Hadis Abu Hurairah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah
iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya
(dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung,
telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?
(Sahih Muslim)
Kita juga perlu tanya pada diri kita,
sudahkah kita mendapat didikan agama yang secukupnya?
Untuk mengetahui individu itu mendapat didikan
agama yang secukupnya atau tidak, perhatikan bagaimana dia melayan
agamanya?Adakah dia taat atau ingkar?
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Masalah ini juga sangat berat kerana dengan
pengaruh rakan sebaya juga, individu muslim itu mudah akan terpengaruh ke lembah
kemaksiatan dan kejahatan jika rakan sebayanya itu membawa kea arah yang tidak
baik.
Pada masa kini kita boleh lihat ramai orang
Islam yang tewas dengan keasyikan dunia hanye dek kerana terpengaruh dengan
rakan-rakan.
Ingat pepatah “You Are What You Friend
With”. Kita adalah dengan siapa kita berkawan. Walhal kita dapat lihat ramai
rakan-rakan muslim kita suka berkawan dengan orang yang tidak baik akhlaknya.
Dan bahaya bagi dirinya kerana ia boleh membawa kepada kebencian terhadap
Islam.
APA ITU ISLAM
Cuba kita Tanya pada diri kita, apa yang
kita tahu tentang Islam? Bersediakah kita jika ditanya oleh anak-anak kita
tentang Islam? Berapa lama kita mampu mengulas tentang agama Islam.
Kita dituntut untuk menuntut Ilmu. Ilmu
agama adalah merupakan fardhu ain iaitu wajib ke atas setiap orang Islam.
Kegagalan mengenali agama Islam sendiri boleh
membuat seseorang itu menjadi keliru seterusnya memberi peluang kepada syaitan
untuk menyesatkan dirinya.
Syaitan tidak suka manusia mengingati
Penciptanya. Syaitan akan berusaha menyesatkan manusia sesesat-sesatnya.
Oleh itu, ingin disarankan agar kita
berusaha mencari majlis-majlis ilmu dalam usaha kita mengenali agama kita
sendiri.
Jangnalah biarkan diri kita hidup tanpa
matlamat kerana kelak ia akan menjadi pengakhiran yang sia-sia.
SENSITIF TERHADAP DOSA DAN PAHALA
Sebagai umat Islam, kita perlu sensitif
terhadap isu dosa dan pahala kerana kelak ia akan menjadi penentu kita sama ada
ke syurga mahupun ke neraka.
Sekiranya dosa itu lebih berat timbangannya
dari pahala maka, ke nerakalah kita. Tiada kompromi.Begitulah sebaliknya.
Minimumkan dosa dan memaksimumkan pahala.
ORANG ISLAM YANG BERJAYA @ YANG GAGAL
Cubalah tanya pada diri kita, yang manakah
menjadi pilihan kita?Menjadi orang Islam yang berjaya atau yang gagal?
Orang Islam yang berjaya ialah orang Islam
yang mengimbangi urusan dunia dan juga akhirat. Akan tetapi orang Islam yang
gagal ialah orang Islam yang melebihkan urusan dunia berbanding akhirat, serta
menolak segala ayat-ayat Allah dan tidak taat akan segala suruhanNya.
PENUTUP
Pengajaran yang dapat diambil:
1.
Kembalilah kita kepada fitrah.
2.
Jangan memusuhi agama sendiri.
3.
Tuntutlah ilmu agama supaya kita selamat di
dunia dan akhirat.
4.
Jadilah orang Islam yang taat pada agama
dan jangan menentang.
5.
Jadilah mukmin yang professional.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah
Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment