BUDAYA
MEMBURUK-BURUKKAN RAKAN SEKERJA: APA KATA ISLAM?
PENDAHULUAN
Budaya
memburuk-burukkan rakan sekerja ini sering kita lihat di mana-mana organisasi
atau syarikat atau apa-apa pertubuhan sekalipun.
Budaya ini adalah
budaya yang tidak sihat kerana ia boleh mencetuskan api permusuhan di antara
rakan sekerja tersebut.
Sebagai individu
muslim, sudah tentu kita perlu mengikuti akhlak yang telah ditunjukkan oleh
Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)
(Surah al-ahzaab: 21)
Bukankah Nabi Muhammad
itu diutuskan untuk menunjukkan teladan dan akhlak yang baik? Maka apakah kita
hanya sekadar memerhati dan mendengar sahaja tentang akhlak baginda tersebut
tanpa mempraktikkannya di dalam kehidupan dan kerjaya kita?
Budaya
memburuk-burukkan rakan sekerja ini adalah salah satu sikap yang negatif yang
perlu kita elakkan bukan kerana ia bertentangan dengan prinsip kerja sahaja,
akan tetapi ia juga bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri.
Dan budaya
memburuk-burukkan rakan sekerja ini adalah merupakan sikap orang-orang
jahiliyah ketika dahulu.
Bagi mereka satu
kepuasan apabila dapat menjatuhkan saudaranya dalam apa jua bidang yang penting
dia menang.
Apakah ciri-ciri
sebegini yang ingin kita terapkan dalam kehidupan kita selaku mukmin yang
professional?
Mukmin yang professional
perlu menghindari sikap-sikap negatif seperti ini kerana ia jelas bertentangan
dengan ajaran Islam.
Orang yang suka
memburuk-burukkan orang lain kebiasaannya cuba untuk membawa khabar-khabar yang
tidak benar, fitnah, dan perkara yang mengaibkan. Bukankah ia satu dosa di
dalam Islam?
DOSA
MEMBURUK-BURUKKAN RAKAN SEKERJA
Orang yang suka
memburuk-burukkan rakan sekerja baginya dosa dan balasan azab neraka dari Allah
s.w.t.
Sebagai individu muslim
yang beriman dengan hari akhirat, sudah semsetinya kita meyakini bahawa
perbuatan memburuk-burukkan rakan sekerja ini adalah salah di sisi agama.
Maka apakah kita
mengira bahawa perbuatan ini disukai Allah dan RasulNya? Sedangkan jelas di dalam
ayat al-quran bahawa Allah tidak meredhai orang-orang yang suka
memburuk-burukkan saudaranya sendiri.
Wahai orang-orang yang beriman!
Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah
larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah al-Hujuraat: 12)
Jelas pada ayat ini
bahawa Allah melarang hambaNya mencari keaiban saudaranya. Sedangkan
berprasangka buruk pun Allah sudah tidak suka, inikan pula budaya
memburuk-burukkan saudara sendiri khsususnya rakan sekerja.
Kebiasaannya mereka
yang suka memburuk-burukkan rakan sekerja ini mengambil kesempatan di
waktu-waktu bersama rakan-rakan yang lain seperti ketika waktu rehat, waktu
bersukan, waktu lepak bersama, malah tidak hairan jika boleh berlaku ketika
menunggu waktu untuk solat di dalam masjid.
Kenapa masih wujud
individu muslim yang siang malam selalu menunaikan solat, membaca al-quran, berzikir
dan berselawat tetapi masih melakukan perkara-perkara mungkar sebegini?
Apakah mereka ini tidak
mengambil iktibar pengajaran dari al-quran itu sendiri? Sedangkan al-quran itu
jelas mendidik umat Islam supaya berakhlak dengan akhlak yang baik.
BERAWASILAH
DENGAN DOA ORANG YANG ZALIM
Apabila kita sibuk
untuk memburuk-burukkan orang lain, dan perkara itu tidak digemari oleh orang
tersebut, maka berawasilah kerana dia sudah tergolong dikalangan orang-orang
yang zalim.
Bukankah doa orang yang
zalim ini dimakbulkan Allah? Apakah kita sudah bersedia jika orang tersebut
mendoakan kepada kita jika kita memburuk-burukkannya dengan doa agar kita
ditimpa musibah?
Orang yang dizalimi
berhak untuk doa apa sahaja. Jika dia merasai diri dia dizalimi maka dia ada
hak yang Allah berikan untuk berdoa dan doa dia itu pasti dikabulkan oleh
Allah.
Oleh itu, marilah kita
menajuhi sikap dan budaya yang suka memburuk-burukkan rakan sekerja kerana
jelas bahawa Allah sendiri tidak suka dan meredhai perbuatan tersebut.
Bukankah kita ini
adalah hamba Allah yang selalu menunaikan solat?
UNTUNG JIKA
DIMAAFKAN, RUGI JIKA TIDAK DIMAAFKAN
Apabila seseorang itu
suka memburuk-burukkan orang lain, dosanya tidak akan terampun kecuali setelah
dia meminta maaf kepada orang tersebut.
Jika orang tersebut
memaafkan, maka beruntunglah, Akan tetapi jika tidak, maka bersedialah menerima
balasan dan azab seksaan api neraka dari Allah kelak.
Sedangkan dosa dengan
Allah pun sudah bertimbun-timbun, inikan pula dosa sesama manusia. Maka
peliharalah diri kita dari sebarang perilaku yang tidak sihat dan salah dari
sisi agama.
Jadikanlah akhlak
Rasulullah itu sebagai ikutan, dan janganlah menuruti kata-kata syaitan kerana
syaitan itu tidaklah bermatlamat kecuali hanya ingin membawa kita ke neraka
bersama-sama mereka.
Jika kita ada pernah
memburuk-burukkan orang lain sebelum ini, maka segeralah jumpa orang tersebut
dan minta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Setelah itu
perbanyakkanlah istighfar agar dosa kita yang suka memburuk-burukkan orang itu
diampun oleh Allah s.w.t dan tidak menjadi penyebab dan punca kita dimasukkan
ke dalam pai neraka kelak.
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka,
sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan
menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta
ampun).
(Surah al-Anfaal:33)
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Budaya
memburuk-burukkan rakan sekerja bukanlah dari ajaran Islam, maka jauhilah ia.
2.
Ikutilah contoh
akhlak baginda Rasulullah s.a.w yang sentiasa menyayangi sahabat-sahabat dan
umatnya.
3.
Doa orang yang
dizalimi itu sentiasa dimakbulkan oleh Allah, maka berawasilah agar kita tidak
menzalimi sesiapa pun.
4.
Segeralah
memohon maaf jika kita ada memburuk-burukan atau membuka aib seseorang, kerana
kita tidak tahu bilakah waktu kematian kita.
5.
Manfaatkanlah
lidah dengan berkata-kata baik, dan jangan jadikan ia sebagai alat untuk
memburuk-burukkan orang lain.
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment