MENITI
MATLAMAT KEHIDUPAN SEBENAR
PENDAHULUAN
Saban hari kita melalui
kehidupan hari demi hari. Tetapi pernahkah kita terfikir sejenak, apakah
matlamat kehidupan kita yang sebenar?
Dimanakah tujuan hidup
kita? Siapakah yang mengatur kehidupan kita di dunia ini? Apakah kita ingin
membiarkan kehidupan kita menjadi sia-sia atau terawang-awang tanpa halatuju?
Apakah tujuan kehidupan kerjaya kita?
Firman Allah swt:
"Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang
tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan
sesuatu tujuan yang baik.
(Surah asy-syuara: 128)
Apabila kita bicara
tentang matlamat, ingin dibawakan satu contoh. Iaitu kehidupan kita seperti
sebuah layang-layang. Kita berusaha menerbangkan layang-layang kita setinggi
yang mungkin kemudian mengawalnya dari terjatuh.
Akan tetapi kita sedar
bahawa cabaran bagi layang-layang itu adalah angin. Angin yang kuat boleh
menggugat kestabilan layang-layang tersebut.
Maka begitulah juga
dalam kehidupan kita. Apakah matlamat hidup kita yang sebenar? Matalamat kita
adalah untuk berusaha mendapatkan keredhaan Allah dan menjadi oang yang
bertaqwa seterusnya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya)
itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuanhendak mendapat pengaruh
atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Surah al-Qasas:83)
Akan tetapi, kita sedar
bahawa akan ada ‘angin’ yang akan datang menggugat kestabilan matlamat kita?
Apakah ‘angin’ itu?
SYAITAN MUSUH
YANG NYATA
Syaitan adalah salah
satu punca matlamat hidup kita akan goyah. Ini kerana mereka sudah berjanji
dengan tuhan untuk menyesatkan manusia sesesat-sesatnya.
Tetapi persoalannya
kenapa kita masih boleh terpengaruh dengan hasutan syaitan sedangkan al-quran
dan as-sunnah sudah menerangkan tentang kriteria syaitan serta modus
operandinya?
Ini berpunca pada hati
kita yang tidak berusaha untuk menjadi orang-orang yang beriman pada Allah.
Kadang-kadang kita terfikir, kita solat,kita juga banyak melakukan ibadah, akan
tetapi ada satu ketika kita tewas dengan syaitan?
Maka kembalilah kepada
syariat Islam. Ikhlaskanlah diri kita dalam beribadah kerana hati yang terpaksa
dalam menunaikan ibadah, mudah untuk diganggu gugat oleh syaitan.
Firman Allah swt:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di
bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi
kamu.
(Surah al-Baqarah:168)
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang
beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka
kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:"
Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok
(akan orang-orang yang beriman)".
(Surah al-Baqarah:14)
CINTAKAN DUNIA
Selain syaitan, sikap
manusia yang cintakan dunia juga, menjadi punca kenapa matlamat kehidupan itu
jadi goyah dan kabur.
Senario umat Islam
sekarang ini, lebih mementingkan dunia berbanding akhirat. Kerana dunia,
permusuhan tercetus walaupun terhadap saudara kandung sendiri.
Kerana harta,
adik-beradik berbalah. Kerana harta dan pangkat, sesebuah organisasi itu menjadi
goyah hanya kerana berlaku persaingan yang tidak sihat seperti mengaibkan,
buruk sangka, fitnah dan sebagainya.
Malangnya ia berlaku
pada umat Islam iaitu umat Nabi Muhammad saw. Apakah yang akan kita katakan
pada Rasulullah saw jika perkara ini berlaku didepan mata baginda? Tidakkah
baginda akan kecewa?
Apabila dunia menajdi
matlamat, maka akan hilanglah keikhlasan di hati manusia. Apabila hilang
keikhlasan, maka manusia itu hanya menjadi golongan yang rugi.
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak
ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
(surah al-Qiamah”20)
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa
mencintai
(kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya,
serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat
yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
(Surah al-Insaan:27)
MELETAKKAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
Oleh itu, dalam usaha
untuk menjadikan tali kehidupan kita tidak goyah, maka letakkanlah syariah
dalam kehidupan kita bukan sahaja ditempat kerja, malah dalam rumah kita.
Bagaimanakah kita dapat
meletakkan syariah dalam kehidupan kita? Ialah dengan cara mentaati apa yang
disuruh, dan meninggalkan apa yang telah dilarang.
Meletakkan al-quran dan
as-sunnah sebagai panduan hidup. Al-quran dan as-sunnah ibarat tali layang-layang.
Selagi mana kita berpegang teguh pada tali agama, kita tidak akan mudah digugat
oleh mana-mana ‘angin’ yang cuba menjatuhkan kita.
Apakah sukar bagi kita
orang Islam untuk mentaati perintah Allah? Apakah kita masih berkira-kira untuk
menjadi orang yang beriman?Tidak mahukah kita ganjaran Allah di akhirat kelak?
Kematian yang sia-sia ialah kematian yang tidak manfaat baginya ketika di
akhirat kelak.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1. Setkan kembali
matlamat hidup kita iaitu untuk mendapat redha Allah didunia seterusnya meraih
syurga di akhirat.
2.
Menjadikan
al-quran dan as-sunnah sebagai pegangan hidup.
3.
Perbanyakkan
berdoa kepada Allah agar tidak menajdi hamba dunia.
4.
Kejar akhirat
dunia akan kejar kita, akan tetapi jika kita kejar dunia,dunia dan akhirat akan
tinggalkan kita.
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment