MENJUNJUNG KASIH TITAH PERINTAH
PENDAHULUAN
Hari
demi hari, kita masih di beri peluang bernafas oleh Allah s.w.t. Di kala masih
ada jiwa yang telah dipanggil pulang oleh Allah s.w.t, kita masih lagi
berkesempatan untuk meneruskan kehidupan kita sebagai hamba dan juga khalifah
Allah s.w.t.
Apakah
matlamat hidup kita? Sudah tentu matlamat hidup kita adalah untuk mencari
keredhaan Allah s.w.t. Bagaimana mungkin kita hidup dalam keadaan Allah tidak
redha terhadap kita tinggal di bumi Dia.
Tidak
malukah kita tinggal di bumi Allah dalam keadaan kita masih melakukan kesalahan
dan dosa padaNya.
Maka
apakah penghalang yang masih menghalang kita untuk berubah dan bertaubat untuk
patuh dan taat pada perintahNya?
Maka
sentiasalah kita bermuhasabah.
Siapakah
yang paling Agung di dunia ini? Siapakah yang perlu kita sembah dan taat?
Siapakah Raja segala Raja? Siapakah Raja yang dapat menghidupkan dan mematikan?
Sudah
tentu Allah s.w.t yang Maha Agung. Keagungan Allah s.w.t dalam segala-galaNya.
Siapakah mampu mengatakan tidak pada setiap suruhan dan titah perintah Allah
s.w.t?
Dia lah
Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan
keagungan dan kekuasaanNya); Ia
memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di
antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Ia memberi
amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,
(Surah
Ghaafir:15)
Jelas
bahawa Allah s.w.t itu adalah Maha Agung dengan kekuasaan yang dimiliki
olehNya. Dan Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul kepada manusia agar
mengingatkan tentang hari pertemuan.
Tidak
cuakkah kita dengan hari tersebut di hari yang akan menilai kita selama mana
kita hidup di dunia ini?
Apakah
bekalan yang kita ingin persembahkan pada Allah di hari pertemuan itu? Adakah
kita ingin bertemu dalam keadaan kita dibenci oleh Allah s.w.t?
PATUH
PADA PERINTAHNYA
Apa
yang diinginkan oleh Allah pada kita di dunia ini adalah dengan mentaati segala
perintahNya.
Bukankah
itu tujuan kita dihidupkan di dunia ini? Apakah berat bagi kita untuk patuh pada
perintah Allah?
Apakah
kita masih ragu-ragu dengan nikmat dan rezeki Allah? Dengan siapakah lagi kita
nak harapkan untuk mendapat sumber rezeki?
Adakah
al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t itu adalah silap? Adakah kita layak
untuk menilainya?
Sebagai
contoh kita tidak mampu menilai sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kita
seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Adakah kita layak untuk
menilai dalam keadaan kita tidak tahu apa-apa tentang bidang tersebut?
Begitu
jugalah kita dengan dunia ini. Bukan kita yang menciptakan dunia, dan bukan
kita yang menciptakan makhluk. Maka apakah kita layak untuk membangkang dan
mengatakan tidak pada terhadap apa yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t?
Adakah
kita layak untuk mempersoalkan tentang al-quran dan isinya? Apakah wajar bagi
kita untuk membangkang setiap hokum-hakam yang telah disebut did alam al-quran?
Maka
berwaspadalah wahai hati-hati yang lena diulit mimpi dunia. Jelas bahawa akhirat
itu adalah tempat tinggal selama-lamanya dan dunia ini hanya tempat
persinggahan sahaja.
Dan
sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti
jalan yang lurus itu.
(Surah
al-Mu’minuun:74)
Adakah
kita ingin mengikut jalan yang tidak lurus? Maka berwaspadalah dengan langkah
kita.
MUKMIN
YANG BAHAGIA
Bukankah
kita ingin menajdi mukmin yang bahagia di dunia dan juga di akhirat? Tidak
sukakah kita bahawa sekarang ini kita adalah muslim, tinggal lagi untuk kita
menjadi orang yang benar-benar beriman.
Untuk
mencapai kebahagiaan tersebut, kita perlulah berusaha untuk patuh pada perintah
yang Maha Agung.
Segala
suruhan dan titahNya kita wajib untuk segera mentaatinya. Bukankah tanda
seseorang itu taat ialah dia segera melakukan apa yang disuruh?
Sebagai
contoh jika sultan menitah kita untuk membuat sesuatu, apakah kita ingin
membantah atau membangkang dengan mengikut hawa nafsu kita?
Sudah
tentu tidak. Malah kita akan segera mentaati titahnya agar sultan tidak murka
terhadap kita.
Oleh
itu kenapa kita masih tidak mentaati titah perintah sultan yang Maha Agung dari
sultan-sultan yang lain di dunia ini?
Allah
adalah sultan dan Raja Sekalian Alam. Apakah kita tegar untuk melanggar
perintahNya/ Tidak takutkah kita jika Dia murka pada kita?
Maka
bermuhasabahlah kita.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh dimabil ialah marilah kita menjadi hamba yang beriman dan khalifah
yang taat pada titah perintah Allah s.w.t.
Kita
menjunjung kasih pada perintah Allah s.w.t kerana Dia yang memberikan nikmat,
Dia yang memberikan kehidupan dan Dia yang akan menentukan kita ke syurga atau
ke neraka di akhirat kelak.
Maka
cintailah Allah dengan seikhlasnya agar Allah membalas cintaNya kepada kita
dengan menganugerahkan syurga Firdausi yang menjadi idaman setiap jiwa.
“Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment