Jubah

Jubah

Sunday, April 20, 2014

AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM ISLAM

AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM ISLAM

PENDAHULUAN

Amanah adalah salah satu sifat mahmudah. Iaitu sifat yang terpuji. Di mana sifat ini juga dimiliki oleh Nabi kita tercinta Nabi Muhammad s.a.w.

Dan apabila kita membicarakan tentang amanah, suka untuk saya kongsikan panadangan Islam terhadap konsep amanah dalam kerjaya.

Dalam kita bekerja, amanah dan tanggungjawab sangat penting. Kerana ia akan mennentukan kualiti sesebuah tugasan atau pekerjaan.

Tetapi realitinya, ada sebahagian kelompok yang tidak memandang serius akan sifat ini. Bukankah kita telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tuagsan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak majikan?

Maka persoalannya berdosa tak jika kita tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan?

Adakah Islam tidak mengendahkan jika umatnya berlaku tidak amanah?

Sedangkan sesuatu pekerjaan itu perlulah diberikan kepada ahlinya yakni orang yang berkemahiran di dalamnya. Berdasarkan firman Allah s.w.t:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah an-Nisaa’:58)

Jelas pada ayat ini bahawa kita dituntut untuk menyerahkan sesuatu amanah kepada ahlinya iaitu orang yang berkelayakan.

Tetapi persoalannya sejauh manakah orang tersebut benar-benar menjalankan amanah yang telah diberikan?


TIDAK AMANAH BERDOSA?

Allah s.w.t melarang hamba-hambaNya dari melanggar janji dan amanah. Seperti firmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Anfaal: 27)

Maka jelas bahawa Allah melarang kita mengkhianati amanah yang telah diberikan, malah kita dikira berdosa jika amanah itu kita langgar samada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Amat mengaibkan lagi jika kita adalah orang-orang Muslim yang beriman tetapi kita suka untuk pecah amanah atau tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, adakah kita ingin mengendong dosa kita selama-lamanya hanya dek kita melanggar tanggungjawab yang telah dimanahkan?

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang telah mempercayaikan kepada kamu dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Maka bermuhasabahlah kita.

KERJA ADALAH AMANAH
Adakah kita benar-benar laksanakan kerja yang diberikan? Jika tidak, bagaimana kita menyelesaikannya?
Bukankah setiap tugasan atau kerja, perlu diselesaikan segera tanpa ditangguh?

Kebanyakan kita suka menangguhkan kerja. Sedangkan mukmin itu amat menjaga masanya.

Maka sentiasalah kita berpesan-pesan ke arah kebaikan. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Manfaatkan tugasan dan masa yang telah diberikan agar kita tidak tergolong orang-orang yang rugi.
Firman Allah s.w.t:


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah al-Asr: 1-3)

Oleh itu, sebagai mukmin, amanah itu sangat penting kerana ia merupakan salah satu identity sifat mukmin itu sendiri.

Adakah kita suka digelar sebagai muslim yang tidak amanah dan tidak bertanggungajwab? Sudah tentu tidak. Malah nama baik Islam akan tercemar.

PENUTUP

Sebagai pengajaran, sentiasalah kita menjaga amanah terhadap segala tugasan yang diberikan. Jauhi dari sifat khianat kerana jelas bahawa Allah tidak suka.

Jagalah nama baik Islam dengan menjadi mukmin yang beramanah. Mukmin yang beramanah akan dicintai dan dihromati.

“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”

Wallahualam


No comments:

Post a Comment