LUPA
DAN DILUPAI
PENDAHULUAN
Bagaimanakah kita di
sisi Allah swt ketika ini? Adakah cukup ibadah kita dalam usaha kita untuk
menghapuskan dosa-dosa kering dan dosa-dosa basah kita pada Allah swt?
Kita adalah pendosa.Dan
pendosa yang berakal dan berjiwa soleh akan berusaha untuk memastikan dirinya
terlindung dari melakukan dosa.
Bagaimanakah kedudukan
orang yang berdosa?
Firman Allah swt:
Dan (alangkah
ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan
kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah
melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan
mengerjakan kebaikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yakin.”(12)
Dan jika Kami
mengkehendaki niscaya Kami berikan kepada setiap jiwa petunjuk (baginya),
tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) dari-Ku “Pasti akan Aku penuhi
neraka jahanam dengan jin dan Manusia bersama-sama.(13)
Maka rasakanlah olehmu
(azab ini) disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat),
sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa
yang telah kamu kerjakan.”(14)
Orang-orang yang
beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan
dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji
Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri. (15)
(Surah as-sajadah:
12-15)
SESAL SETELAH
MATI
Daripada ayat yang ke
12 di atas bahawa sikap orang yang berdosa itu apabila sudah mati barulah ia
sesali dengan perbuatannya ketika hidup di dunia. Hal ini amatlah merugikan
sedangkan pada hayatnya dia telah pun diberi peluang untuk berubah.
Tidak sedarkah kita
bagaimana Allah mengaturkan hidup kita di dunia ini? Allah datangkan
petunjuk-petunjuk dengan ayat-ayat Allah agar kita menjadi orang yang beriman?
Allah hadirkan dalam
hidup kita peluang untuk menuntut ilmu agama, peluang bersama apra alim ulama
sama ada dalam majlis ilmu mahupun secara maya yakni melalui televisyen atau
internet.
Ketika kita hidup, kita
sedang bertarung dengan syaitan dan hawa nafsu. Orang yang beriman akan dapat
mengawal kedua-duanya. Cara untuk mengawalnya ialah dengan perbanyakkan zikrullah
dan zikrul maut (mengingati mati).
Apakah kita
berkira-berkira bahawa Allah akan menghidupkan kita kembali ke dunia untuk
melakukan kebaikan setelah kita sedar bahawa kita telah tertipu dengan
permainan dunia?
Percayalah, kita tetap
tidak akan berubah kerana kita tidak benar-benar meyakini akan janji Allah.
NERAKA JAHANAM
SUDAH PASTI
Daripada ayat yang ke
13, Allah berkata bahawa sudah pasti neraka jahanam itu akan dipenuhi oleh
manusia dan jin.
Kita mempersoalkan
kepada Allah kenapa Allah tidak memberi hidayah kepada semua orang sahaja.
Allah jelas menjawab
bahawa jika Dia kehendaki, Dia boleh untuk melakukan sedemikian rupa akan
tetapi ketetapan yang telah Dia buat ialah untuk memastikan neraka jahanam itu
dipenuhi dengan manusia dan jin.
Persoalannya, dimanakah
kita akan ditempatkan kelak? Adakah kita akan ditempatkan bersama-sama orang
yang akan dicampakkan ke neraka jahanam?
Apakah jaminan kita
yang meyakinkan kita bahawa kita akan ke syurga dengan senang? Jika masih tiada
jaminan, maka beristighfarlah.
LUPA ALLAH AZAB
KEKAL
Dari ayat yang ke 14,
jelas Allah mengatakan jika ketika kita hidup di dunia ini sudah melupakan
Allah, apakah jaminan kita yang Allah akan ingat kita di akhirat kelak?
Tidak malukah kita
ketika kita di dunia ini lali dengan keenakan dunia, kemudian setelah mati kita
terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian Allah?
Gambarkanlah keadaan
kita di akhirat kelak dimana kita sedang terhegeh-hegeh meminta keampunan dari
Allah dan mengharapkan Allah menempatkan kita
di syurga.
Tetapi Allah sudah
berfirman, orang-orang yang lupakan Allah, baginya juga akan dilupakan oleh
Allah dan dia akan ditimpa dengan azab yang kekal terhadap apa yang telah kita
kerjakan di dunia ini.
SUJUD ORANG
BERIMAN
Orang yang beriman
dengan ayat-ayat Allah, apabila setiap kali dia mendengar ayat-ayat Allah, dia
akan segera sujud dan bertasbih pada tuhannya.
Sujudnya itu menandakan
dia benar-benar yakin dengan firman Allah swt, dan meyakini tentang wujudnya
syurga dan neraka.
Orang yang beriaman
tidak berani untuk menyombong diri kerana di tahu orang yang sombong dengan
ayat-ayat Allah ini tempatnya sudah pasti di neraka jahanam.
Persoalannya, adakah
kita sedang sombong dengan ayat-ayat Allah? Sejauh manakah kita patuh dengan
ayat-ayat Allah?
Apakah kita benci
mendengar ayat-ayat Allah? Ada sebahagian manusia yang tidak suka dengar
ayat-ayat Allah ini kerana merasakan diri dia adalah lebih baik dan ini
diistilahkan sebagai sombong diri?
Percayalah bahawa orang-orang
yang jelas menolak hukum Allah, baginya azab yang kekal di neraka jahanam.
Oleh itu tanyalah pada
diri kita, di pihak manakah kita? Di pihak orang beriman atau di pihak orang
yang menyombong diri dan menolak ayat-ayat Allah.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Janganlah kita
sesal setelah mati kerana ia amat merugikan. Sesalilah perbuatan kita ketika
kita hidup kerana hidup hanya sekali sahaja.
2.
Neraka jahanam itu
sudah pasti akan diisi oleh manusia dan jin, akan tetapi jangalah kita
menjadikan diri kita sebahagian daripada manusia yang telah ditetapkan oleh
Allah.
3.
Jangan kita
lupakan Allah ketika hidup di dunia ini, kerana diakhirat kelak kita perlukan
perhatianNya untuk ke syurga.
4.
Marilah kita
perbanyakkan sujud kita pada Allah swt sebagai tanda kita bersyukur di atas
pemberian nikmat iman dan nikmat Islam.
5.
Sentiasalah
memohon keampunan pada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan sama
ada secara terang ataupun sembunyi
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment