Jubah

Jubah

Monday, April 21, 2014

INSPIRASI AL-FATEH

INSPIRASI AL-FATEH
PENDAHULUAN

Sejarah membuktikan seorang anak muda mampu menggegarkan dunia dan memahat sejarah. Sultan Muhammad al-Fateh, nama yang sering digunakan oleh pakar-pakar motivasi muslim dalam menggambarkan kejayaan.

Kehebatan al-fateh dalam mengatur strategi baik strategi peperangan, srategi persediaan ketenteraan, strategi kualiti peralatan dan sebagainya, boleh dijadikan contoh dalam sesebuah organisasi.

Tazkirah kali ini ingin mengupas serba ringkas tentang kejayaan al-fateh dalam menakluki kota konstatinople.
Sejarah penaklukan kota konstatinople pernah dikhabarkan oleh baginda Muhammad s.a.w dalam sabdanya.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Konstatinople akan ditakluki oleh tentera Islam, Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya sebaik-baik tentera.”

Ketika hadis ini dikhabarkan, ramai para tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang Islam berusaha untuk menakluki kota tersebut akan tetapi takdir Allah pada Sultan al-fateh serta tenteranya.

Persoalannya di sini ialah apakah rahsia di sebalik kejayaan al-fateh tersebut?


AL-QURAN DAN AS-SUNNAH YANG UTAMA

Sultan al-fateh adalah orang yang kuat dan berpegang teguh pada agama. Kepatuhan dan ketaan beliau dalam mematuhi suruhan agama serta meninggalkan segala laranganNya amatlah wajar untuk dicontohi.

Al-fateh sentiasa memastikan hidupnya berpaksikan dua sumber kekuatan tersebut. Buktinya dia berusaha menjadikan dirinya hamba sebenar-benar hamba kepada Penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Malah segala urusannya samada kehidupan peribadi, mahupun kerja (ketenteraan), pasti akan berlandaskan al-quran dan ass-sunnah.

Kita juga dituntut untut berpegang teguh pada la-quran dan as-sunnah dalam kehidupan kita.
Sabda baginda:

Dari Abu Hurairah r.a yang meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda: Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-kali sesat selagi kamu berpegang teguh pada keduanya iaitu al-quran dan as-sunnah.”

Hadis ini menjelaskan kepada kita perlunya kita berpegang teguh pada dua sumber tersebut.


PENASIHAT AGAMA SEBAGAI PEMBIMBING

Kejayaan sultan al-fateh juga salah satunya kerana ada seseorang yang membimbingnya iaitu Syeikh Shamsudin al-wali. Beliau merupakan guru kepada sultan al-fateh.

Bapa sultan al-fateh iaitu sultan murad telah menjadikan syeikh tersebut sebagai guru agama bagi anaknya dan hasilnya sultan al-fateh menjadi seorang yang hebat.

Peranan syeikh tersebut dalam mendidik dengan didikan kerohanian, mengajar pelbagai ilmu pengetahuan, membimbing ke arah jalan yang benar, menjadi tempat sultan al-fateh mengadu masalah, wajar diambil contoh oleh kita.

Samalah kita ketika mana hidup kita amat memerlukan ahli agama dalam memastikan liku-liku kehidupan kita berteraskan didikan agama yang sebenar.

Dalam sesebuah organisasi, selain meletakkan al-quran dan as-sunnah sebagai panduan utama dalam pengurusan, kita juga perlulah memanfaatkan kewujudan penasihat agama.

Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan itu bertepatan dengan syariat Islam seterusnya dapat menghasilkan kejayaan demi kejayaan yang luarbiasa dan diberkati.


TENTERA YANG BERIMAN

Sesuatu kejayaan itu tidak akan berjaya kecuali terdapat baginya tentera yang hebat dan luarbiasa.

Persoalannya apakah ciri-ciri tentera yang hebat dan luarbiasa? Salah satu cirinya selain kekuatan fizikal, ialah kekuatan rohani. Tentera beriman adalah symbol kejayaan.

Kejayaan al-fateh kerana beliau memiliki tentera yang beriman yang kuat beribadah. Oleh itu tidak hairanlah jika kejayaan ini dpat dikecapi kerana kekuatan dalaman yang dimiliki oleh tentera menjadi motivasi bagi diri mereka untuk bersemangat berjuang.

Samalah juga kita dalam organisasi di sini di mana kita berusaha untuk melahirkan pekerja yang beriman yang boleh menjadi sumber kejayaan di dalam organisasi kita ini.

Pekerja yang beriman akan memastikan setiap kerja akan disempurnakan dengan baik. Pekerja yang beriman akan memastikan objektif organisasi terlaksana.

Oleh itu segeralah kita berusaha bersama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt dalam mencapai objektif serta kejayaan yang lebih besar sebagai sebuah servis apartment yang patuh shariah yang terbaik di dunia.


PENUTUP

Sebagai pengajaran yang boleh kita ambil dari sebahagian punca kejayaan ini ialah:

1.      Hendaklah kita meletakkan al-quran dan as-sunnah sebagai sumber utama kehidupan kita. Jika tidak kita akan hadapi masalah dan akan sesat dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini.

2.  Sentiasalah berhubung dengan ahli agama dan mintalah nasihat darinya ketika berhadapan segala permasalahan hidup.

3.      Pekerja yang beriman akan benar-benar berusaha untuk mencapai objektif syarikat dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Pekerja beriman tidak akan mengalah jika menghadapi sebarang rintangan dan ujian.

4.   Kejayaan yang disediakan oleh Allah untuk orang beriman sangat besar. Tinggal hanya kita patuh akan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, insyaallah ledakan kejayaan demi kejayaan akan terhasil.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam

No comments:

Post a Comment