KERANA
PULUT SANTAN BINASA (ORGANISASI ISLAM)
PENDAHULUAN
Kerana pulut santan
binasa. Pepatah ini amat sinonim dengan masyarakat kita. Ia menggambarkan
tentang bahana mulut apabila ia disalahgunakan.
Dari Muaz bin Jabal r.a
“Sukakah engkau hai
Muaz! Aku khabarkan asas perkara (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta
puncaknya? Lalu Muaz menjawab: “Baiklah Ya Rasulullah”. Beliau SAW kemudian
bersabda: “ Asas perkara dalam Islam dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan
puncaknya adalah jihad.” Kemudian Baginda SAW bersabda pula:” Sukakah aku
khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian semua itu?” AKu menjawab “
Baiklah ya Rasulullah”. Lalu Baginda memegang lidahnya sambil bersabda:”
Peliharalah ini baik-baik: “Aku bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan
diseksa dari sebab lidah kami?” Lalu Baginda menjawab: “ Ibu engkau kehilangan
engkau, bukankah ramami nantinya orang yang disungkurkan (dicampakkan) ke dalam
neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri”.
(Riwayat At-Tirmizi)
Kita dapat lihat betapa
ramai manusia yang tidak menjaga mulut mereka. Hanya kerana mulut hubungan yang
asalnya baik menjadi satu permusuhan.
Tetapi apakah kesan
buruknya pada organisasi jika ia terus berlaku?
PERSEFAHAMAN
KURANG
Dengan bahana mulut
yang tidak dijaga, persefahaman di antara rakan sekerja akan kurang. Ini
menyebabkan urusan sesuatu pekerjaan akan menjadi tergendala.
Malah, sesuatu
pengurusan itu akan menjadi kucar kacir hanya kerana kegagalan menjaga etika
berbicara diantara rakan sekerja.
Sebagai contoh jika ada
pekerja yang gemar memaki hamun, mengadu domba, memfitnah, mengatakan sesuatu
yang dusta dan nista, maka aka nada pekerja lain yang akan rasa tidak puas hati
terhadap individu tersebut.
Selain itu, apabila
persefahaman kurang, operasi organisasi tersebut akan menjadi masalah yang
kritikal sehinggakan masalah kecil yang boleh diselesaikan hanya beberapa minit
memakan masa hingga beberapa hari.
HUBUNGAN UKHUWAH
GAGAL
Bahana mulut ini juga
boleh membuatkan individu yang asalnya dikagumi dan dihormati, menjadi individu
yang dibenci dan dicemuhi.
Ini menyebabkan
hubungan ukhuwah di antara pekerja juga akan bermasalah, sedangkan sesebuah
organisasi itu diibaratkan seperti sebuah keluarga dimana ahlinya saling
menghormati di antara satu sama lain.
Apabila ukhuwah di
antara pekerja menjadi longgar maka susahlah bagi sesebuah organisasi untuk
bergerak dengan lancar.
Apakah kita nak melihat
ukhuwah di antara pekerja goyah hanya kerana gagal mengawal mulut? Kita
kadang-kadang cepat lupa tentang bahana mulut.
Kita perlu ingat bahawa
apabila lidah tidak dijaga dengan baik,maka ia boleh mengakibatkan hati-hati
orang lain terguris.
Apabila ada hati-hati
yang terguris, maka apa yang boleh dilakukan oleh pekerja tersebut hanya
meletakkan jawatan dan mencari pekerjaan lain.
HUKUM LIDAH
Allah memberi nikmat
mulut adalah untuk berkata-kata yang baik. Lidah itu lebih tajam dari mata
pedang. Maksudnya lidah itu mampu membuatkan seseorang itu hatinya dilukai
hingga boleh memakan tempoh yang lama.
Dan mereka mengadakan
bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang
dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah.
Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah
orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).
(Surah an-Nahl:62)
Jelas dari ayat di atas
bahawa orang-orang yang tidak menjaga lidahnya akan di azab oleh Allah dengan
azab api neraka.
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki
mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka
lakukan.
(Surah an-Nur: 24)
Malah lidah kita kelak
akan menjadi saksi tehadap segala perbuatan kita di dunia ini. Lidah yang
pernah menyakiti hati orang lain tidak akan aman ketika dihisab diakhirat
kelak.
DOSA DENGAN
MANUSIA
Apabila seseorang telah
menyakiti individu lain, maka dia telah dikira sebagai berdosa. Dan dosanya
hanya dapat diampun oleh Allah apabila individu terbabit mohon maaf kepada
orang yang disakitinya itu.
Muhasabah balik dengan
siapa kita pernah sakiti hatinya. Mohon maaf dan menyesali atas perbuatan
tersebut.
Istighfarlah kepada
Allah sebanyak-banyaknya agar kita tidak tersalah guna nikmat mulut dan lidah
yang Allah telah berikan.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
kita ambil dari tajuk ini ialah:
1.
Pelihara lidah
dari berkata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain.
2.
Berdosa bagi
orang yang menyalahgunakan lidahnya.
3.
Dosa hanya dapat
diampun apabila individu yang disakiti itu memberi kemaafan.
4.
Manfaatkan lidah
dengan perbanyakkan zikrullah.
5.
Jangan kerana
lidah, kita dicampakkan ke api neraka.
6.
Kerana mulut
badan binasa (kerana mulut kita mendapat azab di dunia dan di akhirat)
“Dari Allah Kita
Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment