SETIA PADA RUKUN CINTA ILAHI
PENDAHULUAN
Apakah dia rukun cinta? Apakah cinta itu ada rukunnya? Kepada
siapakah cinta itu perlu disampaikan? Maka tajuk tazkirah kali ini akan kita
sama-sama berkongsi berkaitan rukun cinta.
Apabila kita sebut tentang rukun, sudah tentu ia satu perkara yang
wajib untuk ditaati. Seperti rukun sesebuah negara, setiap rakayatnya wajib
mentaatsetia terhadap rukun tersebut.
Jika rukun itu dilanggar, maka kita akan dianggap sebagai
penderhaka kepada negara. Sebagai contoh rukun negara adalah kepercayaan kepada
tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan
undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan
Maka bagaimana pula dengan rukun cinta Ilahi? Sudah tentu rukun
cinta Ilahi adalah dengan mentaati Allah dan RasulNya.
Persoalannya, adakah kita taat setia pada rukun cinta ilahi ini?
Sudah tentu ada jawapannya tidak. Kenapa? Kerana kita masih belum mentaati apa
yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada
Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
(Surah ali-Imraan:32)
Sebuah rukun cinta yang perlu seseorang hamba itu taat setia. Tidak
pada yang lain. Jika benar kita ini hamba yang beriman, malah dikategorikan
sebagai Muslim, maka cuba kita nilai kembali adakah kita ini hamba yang taat
dan cinta kepada Allah dan RasulNya?
Pada hari ini, kita tentukan adakah kita ini pengkhianat kepada
rukun cinta Ilahi atau tidak? Jika kita dapati jawapannya ya, maka kembalilah
kepada Allah s.w.t dan RasulNya dengan sebenar-benar iman.
CINTA ‘PATRIOTIK’ KEPADA ISLAM
Bagaimanakah cinta patriotik kepada agama kita Islam? Adakah lemah
atau ala kadar sahaja? Jika kita perhatikan dalam sesebuah negara, seseorang
yang sangat taat pada negaranya dianggap sebagai seorang yang patriotik.
Bersungguh-sungguh menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin, ketaatan
dalam mematuhi kedaulatan undang-undang dan sebagainya.
Maka itu diklasifikasikan sebagai seorang yang ‘patriotik’ terhadap
negaranya. Bagaimana pula dengan agama kita? Adakah kita ini cukup ‘patriotik’ terhadap
agama kita?
Seseorang yang sentiasa taat setia pada Penciptanya, dan mematuhi
setiap suruhan dan larangganNya, maka dia dinilai sebagai seorang ‘patriotik’ agama
yang beiman dan soleh.
Setiap butir-butir kalam cinta Penciptanya yang terkandung didalam
lembaran al-Quran ditaati sepenuhnya. Dan itulah dinamakan rukun cinta.
Seperti di dalam sesebuah negara, jika kita terus taatsetia, maka
kita akan diizinkan untuk menginap di negara tersebut. Jika kita tidak
taatsetia, maka kita boleh dibuang negara.
Begitu juga dalam agama Islam. Selagi mana kita taatsetia pada
rukun cinta Ilahi, kita akan terus diberi rahmat olehNya dan Allah redha
tethadap kita sepanjang kita tinggal di dunia ini.
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya,
supaya kamu diberi rahmat.
(Surah ali-Imraan:132)
Maka jadilah hamba yang benar-benar taat setia pada rukun cinta
Ilahi. Taat pada Allah dan RasulNya.
Segala
hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(Surah an-Nisaa’:13)
PENDERHAKA RUKUN CINTA ILAHI
Maka elakkanlah dari digelar sebagai penderhaka kepada rukun cinta
Ilahi. Seperti sesebuah negara, jika kita melanggar rukun negara, kita akan
dikategorikan sebagai penderhaka.
Dalam Islam, jika kita tidak taat kepada Allah dan RasulNya, maka
kita akan digelar sebagai penderhaka.
Apakah menjadi seorang Msulim yang derhaka itu menjadi pilihan
kita? Sudah tentu tidak. Siapakah Muslim penderhaka ini? Iaitu orang-orang yang
menolak ayat-ayat Allah, orang yang menolak untuk meklaksanakan syariat Allah,
orang yang menafikan segala hukum Allah, orang yang meletakkan kepentingan
dunia berbanding akhirat, orang yang menjual agamanya kerana dunia dan
sebagainya.
Maka elakkanlah diri kita dari digelar sebagai penderhaka kepada
agama.
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah
(janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu
berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah)
dengan jelas nyata.
(Surah al-Maidah:92)
Maka bermuhasabahlah kita kembali. Kita telah diberi peringatan
agar tidak melanggar perintahNya. Keadaan neraka tidak dapat digambarkan betapa
dahsyatnya.
Kita masih beruntung di sini kerana diberi peringatan setiap hari.
Maka manfaatkanlah ia.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Taat
setialah pada rukun cinta Ilahi.
2.
Berushalah
untuk mentaati perintah Allah dan RasulNya.
3.
Elakkanlah
dari menjadi penderhaka kepada rukun cinta Ilahi tersebut.
4.
Janji
Allah kepada hamba yang setia padaNya adalah syurga yang kekal di dalamnya.
5.
Bermuhasabahlah
“ Sudahkah aku taat setia kepada Rukun Cinta Ilahi atau tidak?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment