JIKA DUNIA SEBAGAI SYARAT BAHAGIA, PASTI TIDAK DITEMUI PENGHUJUNG
JALANNYA
PENDAHLUAN
Apabila dunia menjadi syarat untuk kita bahagia, sudah pasti kita
tidak akan menemui penghujung jalannya.
Kerana dunia tidak mampu menjanjikan kebahagiaan dunia
selama-lamanya. Kerna dunia ini penuh dengan perhiasan semata-mata. Hanya orang
yang benar-benar beriman sahaja yang mampu berjaya mengharunginya dan mengatasi
segala perhiasan dunia ini.
Dan (tiap-tiap)
makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu
ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan
(dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari
balasan dunia itu, dan sesiapa yang
menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu;
dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
(Surah ali-Imraan:145)
Adakah balasan dunia yang kita inginkan atau balasan akhirat yang
kita impikan? Maka ketika ini harus kita sedar bahawa dengan meletakkan dunia
sebagai syarat untuk bahagia, sudah tentu kita akan menemui jalan mati.
Dan jika kita menjadikan dunia sebagai jalan utama mencapai
kebahagian sahaja,tanpa memikirkan akhirat, maka bahagia itu hanya sampai di
situ sahaja.
Dan jika kita menjadikan dunia sebagai jambatan untuk mencapi
kebahagiaan di akhirat, maka jambatan tersebut akan menjadi bahagia seterusnya
membawa kita ke syurga semestinya tempat paling bahagia.
Oleh
itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan
dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga
yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang
yang berbuat kebaikan.
(Surah ali-Imraan:148)
MEMELIHARA SILATURRAHIM, JAMBATAN KE SYURGA
Di dunia perkara yang sangat dititikberatkan dalam Islam adalah
dengan menjaga hubungan silaturrahim. Dan ia merupakan salah satu jalan di
dunia untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
Apa yang kita dapat lihat sekarang ini bahawa hubungan silaturrahim
antara manusia sudah kian hilang. Sombong, kedekut,ego dan sebagainya menjadi
punca kepada hilangnya sifat saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebab itu jika kita meletakkan dunia sebagai syarat untuk bahagia,
sudah pasti kita tidak akan menemui penghujung jalannya. Membina hubungan sesame
manusia bukan kerana Allah tetapi kerana kepentingan dunia.
Maka
dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan
yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau
telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya.
(Surah ali-Imraan:159)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang cara Nabi Muhammad s.a.w
melayani para sahabat dan pengikutnya. Membina hubungan dengan baik, berbincang
dengan cara baik, dan sentiasa mengajak ke arah ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
AKHIRAT ADALAH SYARAT BAHAGIA ORANG BERIMAN
Sesiapa
yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja
(maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah)
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah an-Nisaa’:134)
Maka balasana yang manakah yang kita inginkan? Bagi orang yang
beriman, sudah tentu dia ingin kedua-duanya.
Maka bagaimana pula dengan kita?Apakah pilihan kita yang ada?
Kebahagian yang bagaimanakah yang kita harapkan?
Dan tidak
(dinamakan) kehidupan dunia melainkan
permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya
negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu,
tidakkah kamu mahu berfikir?
(Surah al-An’am:32)
Jelas dunia itu hanyalah sebuah permainan yang melalaikan, sedangkan
akhirat itu adalah tempat berakhir yang terbaik buat orang yang beriman dan
bertaqwa.
Maka apakah kita masih berkira-kira atau terus mengorak langkah
dengan menjadikan akhirat adalah matalamat utama?
Maka di sinilah bermulanya kita menjadi hamba yang berfikir.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Janganlah
kita meletakkan dunia sebagai syarat bahagia, kerna kita tidak akan menemui
jalan penghujungnya.
2.
Jadikan
dunia sebagai jambatan akhirat iaitu dengan berusaha mendapatkan pahala untuk
ke syurga.
3. Bina
dan jagalah silaturrahim sesama manusia seperti mana yang telah diajarkan oleh
Bgainda Muhammad s.a.w dan para sahabat.
4.
Jadikanlah
Akhirat sebagai syarat bahagia yang utama.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment