Jubah

Jubah

Thursday, October 16, 2014

MEMPESONAKAN ISLAM DENGAN AKHLAK

MEMPESONAKAN ISLAM DENGAN AKHLAK
PENDAHULUAN

Dinul Islam yakni agama Islam adalah agama yang syumul iaitu yang sangat sempurna. Islam memelihara semua perkara.

Dengan Islam, hak setiap orang terpelihara. Dan Islam itu tampak indah dengan akhlak. Akhlak yang dipersembahkan oleh umatnya.

Akhlak adalah tingkah laku yang baik seperti yang diajarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Contoh yang terbaik yang boleh kita ikut adalah akhlak baginda Rasulullah s.a.w.

Persoalannya di sini adalah adakah kita umat yang berakhlak? Apakah kita sedar bahawa kita sedang membawa imej Islam di mata dunia?

Bagaimanakah ingin menyampaikan dakwah yang sangat mudah agar Islam itu mudah diterima oleh orang lain?

Kejayaan besar dakwah Islam suatu ketika dahulu pada zaman baginda Rasulullah s.a.w  adalah dengan akhlak yang baik.

Percaya atau tidak ramai yang memilih untuk menganut agama Islam kerana akhlak yang ada pada baginda.

Akhlak memainkan peranan yang sangat penting dalam dakwah. Akhlak sangat penting dalam memastikan kehormatan dan kemulian itu diperoleh.

Sebagai contoh cuba perhatikan masyarakat disekeliling kita. Orang yang tidak berakhlak sudah pasti tidak akan dihormati.

Oleh sebab itu akhlak yang baik, membuatkan diri akan dihormati. Itu adalah salah satu kejayaan dakwah baginda Rasulullah s.a.w dan kemudian diikuti oleh para sahabat dan para tabien sehinggalah umat zaman sekarang.

Persoalannya adalah adakah akhlak kita sudah cukup baik ketika ini? Adakah akhlak kita selari dengan al-Quran dan as-Sunnah? Jika tidak maka segeralah bermuhasabah kembali.

JATUH CINTA KERANA AKHLAK

Seseorang akan jatuh cinta terhadap seseorang kerana dia memiliki akhlak yang baik. Dengan memiliki akhlak yang baik membuatkan orang lain rasa selesa.

Cara percakapan yang penuh hikmah, tiada perkataan yang mengadu domba atau fitnah. Perbuatan dan tatasusila yang baik seperti cara melayan, memuji, dan sebagainya.

Baginda Rasulullah s.a.w apabila berbicara, bicaranya penuh tenang. Setiap pertuturan yang ingin dikatakan, membuat orang sekeliling menanti dengan ketidaksabaran kerana tahu setiap yang dituturkan pasti adalah yang terbaik.

Apabila baginda melihat orang dalam kesusahan, baginda akan pastikan kesusahan itu dipermudahkan. Dengan cara meminta para sahabat membantu bersama-sama.

Akhlak baginda dengan pemimpin, dengan umat, dengan kanak-kanak, dengan orang bukan Islam, membuatkan diri baginda dicintai dan dirindui.

KEINDAHAN ISLAM ROSAK KERNA AKHLAK YANG BURUK

Malangnya seperti yang kita ketahui bahawa akhlak sebahagian umat Islam kita sekarang sangat buruk.

Sifat-sifat akhlak yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w tidak diteruskan oleh sebahagian umat Islam zaman sekarang.

Kenapa? Kerana kehidupan mereka jelas jauh dari al-Quran dan as-Sunnah. Cinta mereka pada baginda sudah makin hilang.

Sunnah baginda tidak lagi dipraktikkan. Mungkar tidak boleh masuk ke dalam maaruf. Disebabkan itu ada sebahagian umat Islam yang memilih untuk hidup dalam kemungkaran.

Apabila membuat kemungkaran, sudah pasti akhlak tidak dapat dipraktikkan. Inilah malangnya kita apabila kita gagal mempesonakan Islam dengan akhlak hanyasanya untuk membawa kehidupan ke arah kemungkaran. Maka siapakah yang akan mempesonakan Islam jika bukan dari kalangan umat baginda Muhammad s.a.w sendiri. Bermuhasbahlah kita.

TANGGUNGJAWAB UMAT INDAHKAN SILAM

Maka ini adalah tanggungjawab kita dalam memastikan Islam itu tampak indah. Indah melalui akhlak yang soleh dan solehah.

Umat Islam adalah umat yang terbaik dalam membawa imej Islam. Imej Islam yang mementingkan persaudaraan, kebersihan. Kesopanan, kesusilaan, dan sebagainya.

Maka tanggungjawab ini perlu dipikul oleh setiap umat Islam. Bagaimana ingin pesoanakan Islam dengan akhlak? Iaitu dengan menriu akhlak baginda. Kemudian didik anak-anak, rakan sekerja, staf-staf bawahan dengan contoh akhlak yang baik.

Jadilah role model kepada orang-orang dibawah pimpinan kita. Akhlak yang baik mudah dicontohi. Apabila ia dicontohi, pasti akan dihormati. Apabila dihormati, automatik Islam akan Nampak indah dan terpesona.

Maka barulah dakwah itu sampai dengan baik.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Pesonakanlah Islam dengan akhlak yang soleh dan solehah.

2.  Jadikanlah baginda Muhammad s.a.w sebagai role model dalam membentuk peribadi diri yang berakhlak.

3.      Pemimpin yang berakhlak akan dihormati dan disayangi.

4.     Dengan akhlak yang baik, imej Islam akan terpelihara dan dakwah mudah diterima oleh semua orang.

5.      Bermuhasabahlah “ Adakah  aku telah mempersonakan agamaku dengan akhlak yang baik?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam


No comments:

Post a Comment