HIJRAH KERANA ALLAH: KE ARAH KEHIDUPAN LEBIH BAIK
PENDAHULUAN
Sejarah menyaksikan penghijrahan umat Islam ketika itu bersama Nabi
Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah.
Penghijrahan Baginda dan umat Islam ketika itu adalah demi mencari
kehidupan yang lebih baik setelah mendapat tentangan dan kezaliman dari puak
Quraisy di Mekah.
Maka tajuk tazkirah kali ini, marilah sama-sama kita mengambil
mutiara pengajaran berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan
kaitannya dalam organisisai kita.
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta
berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah
orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah:218)
Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang orang-orang yang berhijrah
kerana Allah, maka baginya rahmat dariNya.
Hijrah dari yang tidak baik kepada lebih baik, hijrah dari tidak
patuh shariah kepada yang lebih patuh shariah, hijrah dari jalan yang bengkok
kepada jalan yang lurus, hijrah dari kehidupan yang sesat dan maksiat, kepada
kehidupan yang lebih beriman dan bertaqwa.
Apa pun ia adalah pilihan yang wajib, iaitu wajib bagi kita
menghijrahkan diri jika kita ini adalah seorang Muslim.
Digelar sebagai Msulim yang tidak taat, derhaka, adalah gelaran
yang sangat tidak kita sukai. Oleh itu, ubahlah diri kita ini hanyasanya kerana
Allah s.w.t.
HIJRAH KERAN ALLAH: PINTU REZEKI TERBUKA
Dan
sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk
membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat
berhijrah yang banyak dan rezeki yang
makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahalahijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah an-Nisaa’:100)
Jelas pada ayat ini bahawa orang yang menghijrahkan diri kerana
Allah iaitu berusaha untuk menegakkan agama Allah termasuklah melaksanakan
syariat Islam dalam kehidupan dan organisasinya, maka baginya pintu rezeki yang
makmur lagi luas.
Apakah kita tidak suka akan perkhabaran ini? Janji Allah bagi orang
yang benar-benar berhijrah kerananya.
Jadikanlah kehidupan kita ini kehidupan yang bersyariat dengan
memastikan ia berjalan mengikut landasan al-Quran dan as-Sunnah.
Jika tidak, pintu rezeki kita tidak akan dibuka oleh Allah s.w.t.
Rezeki yang diberkati yang kita cari.
HIJRAH KERANA ALLAH: DARJAT YANG TINGGI DI SISINYA
(Sesungguhnya)
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar
dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi
minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka
itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah At-Taubah:20)
Jelas pada ayat ini bahawa orang yang berhijrah kerana Allah maka
baginya kedudukan dan darjat yang tinggi dan besar di sisiNya.
Tidak sukakah kita jika diberi kedudukan yang hebat di sisi Allah s.w.t?
Yang sentiasa mendapat doa dari para malaikat dan makhluk?
Oleh sebab itu, orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang
yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa menghijrahkan dirinya dari yang
tidak baik kepada lebih baik, dari kehidupan bermaksiat kepada kehidupan yang
lebih taat kepada PenciptaNya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sempena
Awal Muharram ini, jadikanlah ia sebagai titik tolak penghijrahan kita ke arah menjadi
msulim yang benar-benar beriman.
2.
Hijrahlah
dari kehidupan yang tidak patuh shariah, kepada yang lebih patuh shariah.
3.
Hijrahkanlah
sikap dan personaliti kita ke arah yang lebih bersyariat dan berakhlak agar Islam
itu tampak indah melalui cerminan diri kita.
4.
Hijrahkanlah
organisasi kita ke arah lebih patuh shariah jika kita ingin membuka pintu
rezeki yang diberkati.
5.
Hijrah
kerana Allah nescaya kita akan mendapat kemuliaan di sisiNya
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment