DESIGN SYURGA DENGAN AMALAN SOLEH
PENDAHULUAN
Dan orang-orang
yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah:82)
Jelas bahawa syurga itu hanyasanya milik buat orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Adakah kita tergolong dikalangan tersebut?
Maka rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang dari golongan
tersebut. Tazkirah kali ini ingin membicarakan tentang ‘design syurga dengan
amalan soleh”.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap orang beriman mengidamkan
syurga. Dan syurga itu hanya diperolehi berdasarkan I’tikad dan amalan kita
sepanjang hidup di dunia.
Persoalannya bagaimanakah kita sedang mendesign syurga kita kelak?
Kerna syurga kita, kita yang akan mendesign isinya. Berapa banyak sungai yang
kita inginkan? Berapa banyak tiang yang kita inginkan? Berapa banyak telaga
yang kita inginkan di sana?
Tetapi
orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat
sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan
(ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang
berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).
(Surah ali-Imraan:198)
Maka kita haruslah mengambil peluang di dunia ini untuk
meningkatkan amalan-amalan soleh kita agar syurga yang kita idamkan dapat
menggembirakan kita kelak.
BERBEZA AMALAN, BERBEZA ISI SYURGA
Syurga itu berbeza isinya mengikut amalan penghuninya. Makin
bertaqwa seseorang makin tinggi pangkat syurga yang disediakan. Dan makin
banyak amalan soleh yang dilakukan, maka banyak dan pelbagailah isi yang akan
dia perolehi di dalam syurga.
Sekarang cuba perhatikan pada diri kita. Apakah yang sedang kita
lakukan dalam usaha menghias syurga kita kelak? Bagaimanakah amalan kita
sekarang ini? Berapa kalimah zikir yang kita lafazkan setiap hari? Berapa juzu’
al-Quran yang telah kita baca setakat ini?
Ketahuilah setiap amalan soleh itu, membentuk isi syurga kita
kelak. Setiap kita mungkin akan mendapat syurga yang sama tetapi berlainan
isinya.
Dan apa yang lebih nikmat ketika di syurga adalah apabila kita
dapat bersama-sama dengan para Nabi dan para solihin. Allah s.w.t berfirman:
Dan
sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang
telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan
orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang
soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang
yang taat).
(Surah an-Nisaa’:69)
Sungguh indah jika kita dapat tergolong dikalangan orang yang dapat
bersama dengan para Nabi Allah.
ORANG BERIMAN DAN HADIAH ISTIMEWA
Oleh
itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran
Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas
iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang
tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan
agama Islam), yang membawa kepadaNya.
(Surah an-Nisaa’:175)
SubhanAllah.. Hebatnya orang yang beriman kerana Allah s.w.t telah
sediakan hadiah yang sangat istimewa. Dan sudah tentu Allah mencintai
orang-orang yang beriman dan akan berusaha untuk memastikan mereka ini berada
di atas jalan yang lurus sehingga sampai kepadaNya.
Tidak mahukah kita menjadi seperti ini? Al-Quran sudah
memperingatkan kepada kita tentang hal ini. Dan adakah kita tetap untuk milih
berdiam diri atau berbuat sesuatu dalam usaha menjadi orang yang benar-benar
beriman?
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Designlah
syurga kita kelak dengan amalan-amalan soleh kita di dunia ini.
2.
Berzikir,
bertasbih, bertahmid dan sebagainya ada ganjaran yang tertentu. Maka
manfaatkanlah ia.
3. Orang
yang benar-benar taat pada Allah dan RasulNya, maka akan ditempatkan bersama
para Anbiyaa’.
4. Sentiasa
berimanlah kita, kerana sudah tentu Allah akan pastikan kita berjalan di atas
jalan yang lurus sehingga kita jumpa kepadaNya.
5.
Bermuhasabahlah
“Isi syurga yang bagaimanakah yang aku inginkan kelak?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment