INGAT NIKMAT TETAPI TERLUPA KEPADA PEMBERI NIKMAT
PENDAHULUAN
Setiap hari kita dihidupkan oleh Allah s.w.t dengan rahmat dan
kasih sayangNya. Pelbagai nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Nikmat kesihatan, nikmat keimanan, nikmat rezeki, nikmat keluarga,
dan sebagainya.
Dan nikmat ini Allah
agih-agihkan kepada seluruh umat manusia di atas rahmatNya kepada semua. Tetapi
persoalannya, kenapakah ada sebahagian kita yang lupa akan Pemberi Nikmat ini?
Sedangkan Allah s.w.t telah mengingatkan kita agar kita tidak kufur
akan nikmat dariNya. Allah s.w.t berfirman:
Oleh itu
ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku
membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah
kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah al-Baqarah:152)
Jelas bahawa Allah s.w.t telah mengingatkan kita bahawa kita
diminta untuk sentiasa mensyukuri nikmatnya bukan kufuri.
Malangnya ada sebahagian kita yang sentiasa dilimpahkan pelbagai
nikmat, tetapi lupakan akan Tuhan yang memberi nikmat.
Sedangkan orang yang beriman sentiasa mensyukuri nikmat dan
berbahagia dengan segala nikmat yang dikurniakan.
Mereka
bergembira dengan balasan nikmat dari
Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan
pahala orang-orang yang beriman.
(Surah ali-Imraan:171)
KENANG NIKMAT ISTIQAMAH TAAT
Apabila kita kenang akan nikmat dari Allah s.w.t, maka apakah yang
sebetulnya untuk kita lakukan bagi menghargai nikmat tersebut selain mengingati
Allah yang Maha Pemberi Nikmat?
Sudah tentu dengan sentiasa taat kepadaNya. Taat dalam mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Cuba kita Tanya diri kita kembali. Allah telah berikan kita
pelbagai nikmat sejak kita lahir hinggalah sekarang ini. Dan Alhamdulillah kita
diberi kesihatan tubuh badan yang sihat walafiat disamping rezeki yang
baik-baik.
Persoalannya, adakah kita menghargai nikmat tersebut? Adakah kita
menghargainya dengan segera dan sentiasa mentaati segala perintah Allah s.w.t
dan RasulNya?
Jika tidak, maka kita ini masih tergolong dikalangan orang yang
tidak mensyukuri nikmatNya. Kita kenang nikmat tetapi kita tidak istiqamah
dalam ketaatan kepadaNya.
Mereka
mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah
itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah
orang-orang yang kufur ingkar.
(Surah al-Nahl:83)
Jelas bahawa terdapat orang yang diberi nikmat yang limpah ruah,
tetapi dia tetap memilih untuk mengkufuri nikmat Allah s.w.t.
HILANG NIKMAT, TERUS BERPUTUS ASA?
Apabila ada individu yang dikurniakan nikmat, tetapi tidak
mensyukurinya, maka apabila dia berada dalam kesusahan, pasti dia akan terus
berputus asa.
Kerana padanya tiada Allah dalam hatinya. Tiada ketaatan ketika
mana dia diberi nikmat. Tiada kebergantungan dia kepada Allah s.w.t dalam
kehidupan dia. Bila dapat nikmat, Allah tiada di sisi.
Apabila hilang nikmat, baru
sedar akan pentingnya akan Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dan
apabila Kami kurniakan nikmat kepada
manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia
merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.
(Surah al-Israa’:83)
BERBAKTI KEPADA ALLAH KERANA NIKMAT KURNIANNYA
"Dan
berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya
yang kamu sedia mengetahuinya.
(Surah asy-Syu’araa’:132)
Maka sebagai individu muslim yang bertaqwa, maka sentiasalah
berbakti kepada Allah s.w.t dengan menegakkan agamaNya. Dan memastikan hak
Allah s.w.t dijaga dan dilaksanakan dengan baik.
Memastikan amar maruf dan nahi mungkar terlaksana di dunia ini.
Jangan menjadi hamba yang ingkar, akan tetapi berusahalah menajdi hamba yang
taat.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Ingat
nikmat dan ingatlah juga akan Pemberi Nikmat.
2.
Sentiasalah
berusaha mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
3.
Kenang
nikmat dan istiqamahlah dalam ketaatan kepadaNya.
4.
Sandarkan
seluruh hidup kita terhadap kebergantungan kepada Allah s.w.t
5. Berbaktilah
kepada Allah dengan menegakkan agamaNya dalam kehidupan ini jika benar kita ini
hamba yang bersyukur.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment