MEMBINA
KEHIDUPAN MENGIKUT PANDANGAN PENCIPTA HIDUP
PENDAHULUAN
Siapakah
yang menghidupkan kita? Bagaimanakah kita dihidupkan? Atas tujuan apa kita
dihidupkan? Apakah yang perlu kita buat dalam memastikan hidup kita ini
bermakna dan bermanfaat?
Maka
persoalan-persoalan ini akan kita sama-sama bincangkan dalam membentuk sebuah
kehidupan yang jelas matlamatnya iaitu ke akhirat kelak.
Samalah
contohnya apabila seseorang yang dilantik bekerja di sesebuah syarikat. Apabila
dia dilantik untuk bekerja di situ, maka dia wajib untuk melakukan apa yang
disuruh. Dan dilarang melakukan sesuatau yang telah dilarang oleh pihak
syarikat.
Jika
dia melanggar arahan syarikat, maka dia boleh ditendang keluar dari syarikat
tersebut. Dan itu tandanya syarikat itu tidak redha akan tindakannya.
Begitulah
kita dalam kehidupan. Apakah kita dihidupkan di dunia ini tanpa ada tugasan
yang telah ditetapkan oleh Allah? Bukankah ada peraturan-peraturan yang perlu
kita patuhi? Bukankah kita tahu jika kita langgar atau ingkar, kita akan dicampakkan
ke dalam neraka Allah s.w.t?
Jelas
bagi kita semua bahawa kehidupan ini ada peraturannya. Dan peraturannya itu
mengikut pada pandangan Allah s.w.t yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Bagaimana kamu
tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir),
kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan
kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula
(pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan
bagi segala yang kamu kerjakan).
(Surah
al-Baqarah:28)
Maka
jelas Allah yang menghidupkan dan mematikan, maka peraturan kehidupan siapakah
lagi yang kita ingin ikut melainkan peraturan Allah s.w.t.
MEMBINA
KEHIDUPAN BUKAN SEKADAR HIDUP
Kita
di suruh oleh Allah s.w.t untuk membina kehidupan. Kehidupan yang mengikut
peraturan dan syariat yang telah ditetapkan.
Jadi
apabila kita disuruh untuk membina kehidupan, bermakna kita bukan sekadar hidup
sahaja. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan dalam kehidupan kita.
Bagaimana
ingin membina kehidupan mengikut pada pandangan Pencipta hidup? Rujuklah
kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Al-Quran
dan as-Sunnah ada memberi panduan mengenai kehidupan. Patuhilah ia dalam mebina
kehidupan yang bersyariat termasuklah dalam urusan keluarga, perniagaan,
syarikat, masyarakat, kepimpinan politik dan sebagainya.
Dan
orang yang beriman sudah pasti akan menjadikan kehidupan dunia sebagai bekalan
untuk kehidupan di akhirat kelak.
Kehidupan dunia (dan kemewahannya)
diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir,
sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang
beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi
(martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan
(ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan
tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
(Surah
al-Baqarah:212)
Maka
kehidupan yang bagaimanakah lagi yang kita ingin melainkan kehidupan yang
mengikut syariat Islam.
MEMBINA
KEHIDUPAN ISLAM
Persoalan
ingin ditanyakan, apakah kita ini sedang membina kehidupan mengikut syariat
Islam?
Adakah
kita berpuashati dengn kehidupan kita sebagai individu Muslim? Jangan kita
lupa, sedangkan dalam sesebuah organisasi, jika kita membuat sesuatu yang
melanggar objektif syarikat, kita boleh diberhentikan, inikan pula dalam
kehidupan yang Allah adalah CEO nya.
Setaip
amal akan ada balasannya. Jangan terlalu seronok dalam melakukan dosa kerana
dosa itu sudah tentu akan dihisab oleh Allah s.w.t.
Ia
akan dinilai di akhirat kelak. Ketika itu, barulah kita tahu erti kehidupan
yang sebenar. Barulah kita sedar akan kerugian yang kita telah lakukan
sepanjang kita hidup di dunia ini.
Sedangkan
kita sudah berhari-hari diingatkan di dalam tazkirah agar berusaha untuk taat
kepada perintah Allah s.w.t.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Binalah
kehidupan mengikut pada pandangan Pencipta hidup.
2. Membina
kehidupan bukan sekadar hidup tanpa arah tujuan.
3. Manusia
itu diutuskan untuk beribadah kepada Allah dan memakmurkan bumiNya dengan baik
dan mengikut syariat Islam.
4. Kehidupan
yang terbaik adalah kehidupan yang boleh menyelamatkan dia di akhirat kelak.
5. Bermuhasabahlah
“ Adakah kehidupanku ketika ini mengikut pada pandangan Pencipta hidup atau
tidak?”
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment