Jubah

Jubah

Tuesday, October 14, 2014

MUNAFIK: JUJUR PADA LIDAH DUSTA PADA HATI

MUNAFIK: JUJUR PADA LIDAH DUSTA PADA HATI
PENDAHULUAN

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
(Surah al-Munafiquun:1)

Tazkirah kali ini ingin bicarakan tentang orang munafik. Bagi tajuk “ Munafik: Jujur pada lidah dusta pada hati”.

Allah rakamkan sifat orang munafik ini khusus dalam surah al-Munafiquun. Bagi menggambarkan bahayanya golongan ini.

Berbicara dengan penuh jujur tetapi terdapat penipuan dibelakangnya. Persoalaanya adalah kita tergolong dikalangan golongan tersebut?

Berdasarkan ayat di atas, orang munafik ini mereka mengakui akan beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya, tetapi pada hakikatnya pengakuan mereka itu adalah dusta semata-mata.

Mereka hanya jujur pada lidah tetapi dusta pada hati. Mereka kata mereka adalah muslim dan sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah dan RasulNya, tetapi hakikatnya mereka adalah penentang yang paling kuat terhadap hukum Allah.

Segala yang haram dan mungkar seronok dilakukan. Tetapi dalam masa yang sama mereka tetap juga melakukan ibadah seperti orang lain hanyasanya untuk mengkaburi kemunafikan mereka.

Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah al-Munafiquun:2)

Mereka sanggup bersumpah diatas pengakuan mereka terhadap Alalh semata-mata untuk menutup kemunafikan mereka.

Maka berawasilah kita.

ORANG MUNAFIK TETAP ANGKUH DAN SOMBONG

Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
(Surah al-Munafiquun:5)

Adakah kita seperti ini? Apabila di ajak untuk bertaubat kita berpaling dengan penuh sombong dan angkuh?

Sedarlah kita semua bahawa sifat orang munafik ini sangat bahaya kerana mereka hanya jujur pada lidah tetapi tidak pada hati.

Mereka mengakui akan hukum Allah tetapi mereka tetap jelas menolaknya dalam hati mereka.

Mereka tahu itu haram, itu tidak boleh, itu dilarang dan sebagainya, tetapi mereka tetap melakukannya.


TIADA HIDAYAH BUAT KAUM YANG FASIK

(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
(Surah al-Munafiquun:6)

Jelas bahwa tiada hidayah buat kaum yang fasik. Kaum yang berusaha merosakkan agama Islam.

Bahayanya apabila tiada hidayah maka kita berpotensi untuk kecundang dalam kehidupan dunia dan tewas serta –merta di akhirat kelak.

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Berwaspadalah dengan sifat munafik ini kerna ia mencerminkan akhlak muslim yang tidak baik.

2.      Jadilah mukmin yang sejati yang jujur terhadap hukum Allah pada lidah dan juga pada hati.

3.      Jangan menjadi hamba yang mengaku Muslim tetapi dalam masa yang sama menjadi Muslim yang kuat menentang Allah dan RasulNya.

4.   Perhatikan hukum Allah yang mana yang masih belum kita taat jika kita ini benar-benar ingin menajdi hamba yang taat.

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak


Wallahualam

No comments:

Post a Comment