HATI YANG HIDUP:IBARAT IKAN DI LAUTAN
PENDAHULUAN
Hati yang hidup ini umpama ikan dilautan, walaupun
airnya masin tapi ikan itu tetap tawar dan tidak dipengaruhi oleh masinnya air.
Hati yang mati umpama ikan yang mati, garam yang sedikit sahaja mampu
menyebabkan ikan itu menjadi masin. “Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah”
Begitulah cerita sebuah hati. Hati yang sedang berenang-renang di
dalam kehidupan. Kehidupan yang penuh pahit manis dan masin ini menjadi ujian
yang berliku.
Bagaimana pula dengan hati kita? Bukankah kita tahu bahawa hati itu
menentukan karakter diri kita sebenar.
Pengaruh hati dalam membina karakter seseorang adalah jelas.
Seseorang yang beriman dan hatinya itu sedang kuat imannya, tidak akan
melakukan sesuatu yang berdosa.
Hati yang ketika itu sedang tidak beriman, maka dia akan mudah
melakukan perbuatan yang berdosa.
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa
yang ada pada hati kamu;
kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka
sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
(Surah al-Israa’:25)
Jelas pada ayat ini bahawa Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa
yang terbuku di dalam hati kita. Apa yang diniatkan sudah Allah tahu. Maka hati
itu memainkan peranan yang besar dalam membentuk karakter seseorang.
Dan janganlah engkau mengikut apa yang
engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua
anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Surah al-Israa’:36)
HATI YANG HIDUP: MAMPU HADAPI PANCAROBA DUNIA
Hati yang benar-benar hidup, sudah pasti akan mampu hadapi pelbagai
cubaan duniawi. Apakah hati kita hidup sekarang ini?
Apa yang dikatakan hidup? Iaitu hidup dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.
Meletakkan kebergantungan hanyasanya pada Allah sahaja.
Apabila hati diletakkan kebergantungan pada Allah s.w.t, ,maka apa
pun ujian hidup sudah pasti kita akan berjaya hadapinya.
Ujian dari segi bentuk kemaksiatan dan kemungkaran itu adalah satu
ujian yang sangat besar. Hati yang mati, sudah pasti mudah akan terjerumus ke
lembah tersebut.
Begitu juga dalam hal pengurusan. Hati yang mati akan boleh membawa
diri kita ini ke arah perlakuan yangs salah termasuklah penyelewengan,
kezaliman, penipuan dan sebagainya.
Maka berhati-hatilah kita dengan hati ini. Hidupnya hati, amanlah
kita. Rosaknya hati, binasalah kita. Allah s.w.t berfirman:
Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di
dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya),
maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
(Surah al-Israa’:72)
Adakah kita ingin tergolong dikalangan orang yang dibutakan
matahati? Sudah tentu tidak. Maka sentiasalah ingat Allah dalam hati jika kita
ini benar-benar inginkan hati kita hidup.
Hidup dengan sentiasa mengawasi setiap tingkah laku. Elakkan ia
dari mati, kerana matinya hati, akhlak juga akan mati.
HIDUPKAN HATI SEHINGGA PENGHUJUNG NYAWA
Maka hidupkanlah hati kita ini sampai bila? Sampai hujung nyawa.
Kerana apa? Kerana kita ingin memastikan agar di akhir hayat kita, kita dalam
keadaan benar-benar beriman.
Meninggalkan dunia dalam keadaan senyum kerana ketika itu kita
berpuashati bahawa hati kita itu hidup dan tenang mengingati Allah s.w.t.
Dan cara lain untuk kita untuk hidupkan hati adalah dengan
menghormati syiar-syiar agama Allah s.w.t.
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa
yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa)
kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
(Surah al-Hajj:32)
Maka jika hatinya baik dan taqwa, dia akan hormat pada agamanya.
Dia akan berusaha memastikan syiar Islam itu terlaksana. Itulah bukti hati yang
hidup.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sentiasalah
memastikan hati kita ini hidup dengan isi-isi keimanan.
2.
Hati
yang mati akan membuat kita menjadi manusia yang ingkar pada Allah s.w.t.
3. Dalam
usaha menajdi mukmin professional, perkuatkanlah hati dengan ketaatan yang
sebenar-benarnya apda Allah s.w.t.
4.
Buruknya
karakter seseorang kerana berpunca dari hati yang rosak dan mati. Maka
elakkanlah ia.
5.
Bermuhasabahlah
“ Adakah aku ingin membiarkan kehidupanku ini binasa hanya kerana hatiku ini
mati atau akan serikan kehidupanku dengan syariat Islam dengan menghidupkan
hati ini dengan iman?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallaualam
No comments:
Post a Comment