ADAB: MEMANISKAN YANG TAWAR
PENDAHULUAN
Dan hamba-hamba
(Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan
sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(Surah al-Furqan:63)
Hari ini marilah kita sama-sama membincangkan tentang adab yang
sepatutnya kita sebagai Muslim melaksanakannya.
Zaman sekarang, adab dan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh
Islam susah untuk kita lihat terutamanya dikalangan umat Islam sendiri.
Persoalannya kenapa? Apakah Islam itu tidak kaya dengan adab?
Penting ke adab? Apa yang akan terjadi jika tiada adab?
Maka persoalan-persoalan ini akan kita sama-sama jawab dalam
membentuk peribadi mukmin yang professional.
Islam amat mementingkan akhlak. Dengan akhlak sahaja, manusia akan
aman dan sentosa. Seperti maan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah
s.a.w.
Tetapi malangnya kini, akhlak dan adab tidak lagi dipraktikkan oleh
sebahagian besar umat Islam kita.
Anak tidak hormat ibubapa, pelajar tidak hormat guru, pekerja tidak
hormat majikan, apakah dalam Islam itu ada yang masih belum sempurna?
Sudah semestinya tidak. Islam sudah cukup sempurna. Islam amat
menekankan aspek ketaatan dalam beribadah, menjaga silaturrahim sesama manusia
dan sebagainya. Maka,perkara ini harus kita bermuhasabah kembali. Puncanya dari
hati.
KITA ADALAH UMAT YANG BERADAB
Sebagai individu muslim, adab dan tatasusila adalah perkara yang
sangat dititikberatkan. Tanpa adab dan akhlak, manusia akan huru-hara.
Buktinya, apabila hilangnya adab, hilanglah hormat. Hilangnya
hormat, kebencian dan persengketaan akan mengambil tempat dalam memecah
belahkan umat manusia khususnya umat Islam.
Amamt memalukan jika diri kita ini adalah muslim yang sentiasa
solat ,berpuasa, bersedekah, tetapi miskin dalam soal akhlak dan adab.
Apakah kita tidak mahu mencontohi baginda Muhammad s.a.w dan para
sahabat? Mungkin ada perkara yang berlainan pendapat, tetapi adab dan akhlak
itu perlu dijaga dengan sebaiknya.
Kerana Ia merupakan kunci kepada silaturrahim.
KUATKAN IMAN JIKA AKHLAK KITA ROSAK
Kadang-kadang kita boleh perasan jika kita dapati akhlak dan adab
kita menjadi rosak. Cara bicara, cara layanan jika jelas menggambarkan keadaan
yang tidak berakhlak maka tandanya iman sedang huru-hara.
Sebab itu baik buruk karakter seseorang berpunca dari hatinya. Jika
imannya kuat, sudah pasti dia akan berhati-hati dan dirinya akan menjadi lebih
berakhlak.
Sekarang kita cuba lihat dalam organisasi atau kehidupan kita.
Apakah kita ini atau pekerja-pekerja kita atau ahli keluarga kita memiliki adab
dan sopan santun?
Jika tidak, cuba perhatikan apa puncanya. Dan bagaimana ingin
menyelesaikannya. Maka pendekatan yang terbaik adalah dengan menanamkan
keimanan kepada Allah s.w.t.
Percaya akan wujudnya dosa dan pahala serta balasan di akhirat
kelak. Perlu ingat, setiap perbuatan walau sekecil zarah akan dinilai dan
dihisab oleh Allah s.w.t.
Maka apakah kita masih ingin terus menjadi hamba dan khalifah yang
tidak beradab atau mulai sekarang kita akan menjadi umat yang berakhlak? Maka
bermuhasabahlah kita.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Dengan
adab, sesuatu yang tawar menjadi manis.
2.
Binalah
silaturrahim dengan adab dan akhlak.
3.
Manusia
yang tidak beradab tanda imannya sedang mati, maka hidupkanlah ia kembali.
4.
Pelihara
akhlak dan kuatkan iman kerana kedua-duanya kita perlukan dalam membentuk dunia
yang harmoni lagi aman.
5.
Bermuhasabahlah
“ Adakah kita ini umat yang beradab atau tidak?
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment