KE
ARAH PEMBENTUKAN JEMAAH MAWADDAH WA RAHMAH
PENDAHULUAN
Di dalam sesebuah
organisasi atau kumpulan, berjemaah adalah sangat penting. Kerana padanya
manfaat yang sangat besar buat organisai tersebut.
Kenapa ia sangat
penting? Apabila kita bicara tentang Jemaah, ia menggambarkan sebuah kekuatan
di mana dengan kekuatan inilah kita mampu meraih pelbagai kejayaan.
Sebagaimana yang pernah
ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat ketika mana Baginda dan
para sahabatnya mengemudi medan dakwah.
Malah tokoh-tokoh hebat
seperti Salahudin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh juga berjaya dalam misi
mereka hanyasanya mereka menekankan aspek kekuatan jamaie atau erti kata lain
Jemaah.
Bagaimana pula dengan
kita dan organisasi kita? Sudah cukup jemaahkah kita? Apakah kita sudah cukup
rasa bahagia dengan team yang kita ada sekarang ini? Perkara ini akan di
bincangkan pada artikel kali ini.
Sejauh manakah kita
benar-benar memanfaatkan kehidupan berjemaah kita? Jemaah mawaddah wa rahmah
akan cuba kita aplikasikan di dalam organisasi kita.
Mawadddah bermaksud
bahagia, dan rahmah bermaksud rahmat/cinta. Bagaimana ia boleh dipraktikkan di
dalam organisasi kita? Penting sangatkah ia? Jika tidak dipraktikkan, apakah
kesannya? Tidak bahagiakah jika kita bergerak secara invidu?
Persoalan-persoalan ini
akan cuba kita jawab di dalam artikel ini dengan harapan pada akhirnya kita
jelas dan mampu merealisasikannya seperti yang Allah dan Rasul pinta iaitu kita
disuruh untuk sentiasa hidup dalam berjemaah.
JEMAAH YANG
BERSATU ATAS NAMA ALLAH .S.W.T
Yang membuatkan kita
saling hidup berjemaah adalah pertamanya kerana kita semua adalah hamba yang
sujud pada Tuhan Yang Satu iaitu Allah s.w.t
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa;
tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang MahaPemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Baqarah:163)
Hadirnya jemaah itu
disebabkan kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t
contohnya seperti solat.
Dan solat inilah yang
mengikat hati-hati kita semua untuk duduk di dalam sesebuah jemaah. Sedangkan
dalam solat pun kita dilarang untuk berenggang-renggang, inikan pula ketika
diluar solat.
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat,
dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Surah al-Baqarah:43)
Maka apakah kita masih
tegar untuk memilih hidup bersendirian? Apakah kita masih tegar untuk
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal ehwal orang lain?
Maka bermuhasabahlah
kita bahawasanya kebahagiaan itu dapat dicapai apabila kita dalam jemaah tatkala
kita semua sujud pada Tuhan yang sama.
JEMAAH BAHAGIA
KERANA CONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W
Siapa yang tidak kenal
dengan insan yang bernama Muhammad ini? Nabi Muhammad s.a.w sangat terkenal
dengan akhlaknya.
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Surah al-Qalam: 4)
Sikap, perbuatan dan
tuturkata yang sangat indah membuatkan baginda dicintai oleh orang-orang
disekelilingnya, dan dihormati oleh musuh-musuhnya.
Apakah kita tidak mahu
menjadi seperti itu? Menjadi insan yang dicintai oleh rakan dan dihormati oleh
musuh.
Apabila setiap ahli
jemaah mempraktikkan akhlak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan, maka kita berhak
meraih mawaddah wa rahmah.
Apakah akhlak yang ada
pada Nabi Muhammad s.a.w? Sudah pasti akhlak baginda sangat banyak. Sebagai
contoh amanah, jujur, berkata-kata yang baik dan penuh hikmah, tidak memungkiri
janji dan sebagainya.
Inilah perkara yang
sangat penting buat kita semua bagi mencapai kejayaan melalui jemaah yang mawaddah
kerana dengan memiliki akhlak baginda ini, dan jika ia dipraktikkan dengan
sebaiknya oleh setiap ahli jemaah, maka kita berhak meraih perbagai kejayaan
baik duniwi dan juga ukhrawi.
JEMAAH YANG AMAR
MAARUF DAN NAHI MUNGKAR
Jemaah yang bahagia
ialah jemaah yang sentiasa mengingati antara satu sama lain dalam hal menyuruh
yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika
Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan
segala urusan.
(Surah al-Hajj:41)
Kita dituntut oleh
Allah s.w.t untuk sentiasa mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan
segala kejahatan dan keburukan.
Adakah kita
mempraktikannya dalam jemaah kita? Persoalan ini perlu dijawab. Jika kita
melihat kemungkaran yang dibuat oleh ahli jemaah kita, apakah yang kita akan
buat? Diam atau tegur dengan penuh hikmah?
Maka praktikkanlah ia
atas nama Islam di mana peranan kita setiap ahli jemaah untuk memastikan jemaah
kita benar-benar berada di atas landasan syariat Islam.
Segala hukum yang tersebut adalah
batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang
mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah
kejayaan yang amat besar.
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah
dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan
baginya azab seksa yang amat menghina.
(Surah an-Nisaa’:13-14)
Jika kita memilih untuk
tidak mempraktikkannya, sudah pasti jemaah kita akan goyah dan akan gagal
meraih mawaddah wa rahmah iaitu kebahagiaan yang dirahmati.
Maka bermuhasabahlah
kita semua andai kita benar-benar ingin membina empayar kejayaan.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh
diambil:
1.
Berusahalah
untuk membentuk jemaah yang bahagia kerana di situ ada kekuatan yang sangat besar.
2.
Jauhilah
permusuhan di antara sesama jemaah kerana kita semua adalah hamba yang
sama-sama sujud pada Tuhan yang Satu.
3. Praktikkanlah
akhlak Rasulullah s.a.w dalam kehidupan jemaah kita kerana jemaah yang bahagia
adalah jemaah yang sentiasa berakhlak baik.
4.
Jemaah yang
bahagia adalah jemaah yang sentiasa menegur ke arah kebaikan dan mencegah dari
keburukan.
5. Bermuhasbahlah
kita “Adakah jemaah kita sudah cukup bahagia? Jika tidak segeralah kita menjadikan ia
bahagia.”
“Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment