TAZKIRAH
RAMADHAN 1
RAMADHAN:
SEMOGA KITA BERTAQWA
PENDAHULUAN
Allah
s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah
al-Baqarah:183)
Ayat
ini menjelaskan kepada kita tentang kewajipan berpuasa dan tujuannya iaitu agar
kita menjadi orang yang bertaqwa.
Apabila
kita bicara tentang kewajipan, apa yang kita faham?Apa yang dimaksudkan dengan
wajib itu?
Jika
kewajipan itu dilanggar apakah yang akan terjadi? Dan kenapa kita dituntut
menjadi orang yang bertaqwa?
Jelas
bagi kita bahawa di dalam al-Quran banyak menyebut tentang suruhan dan
larangan. Sebagaimana kita menjaga hukum dalam puasa, kenapa tidak kita menjaga
hukum-hukum yang lain?
Bukan
puasa sahaja yang Allah s.w.t sebut di dalam al-Quran malah banyak lagi suruhan
yang perlu kita taati.
Dan
ada yang sunat, harus serta wajib. Maka bagaimanakah cara kita merespon
terhadap hukum-hakam lain?
Apabila
Allah menyebut wajib berpuasa, maka semua kita berpuasa. Dan kita sangat
hati-hati terhadap setiap perkara yang membatalkan puasa. Benar?
Kerana
kita takut puasa kita batal dan perlu diganti. Dan kita tahu membatalkan puasa
dengan sengaja bagi dirinya berdosa.
Maka
oleh sebab itu, mereka berhati-hati. Tetapi bagaimana pula kewajipan lain?
SOLAT
ITU FARDHU YANG WAJIB
Solat
juga hukumnya fardhu dan wajib ditunaikan. Tetapi kenapakah masih terdapat
golongan umat Islam yang memandang remeh terhadap perkara ini?
Banyak
ayat al-quran yang menyebutkan tentang kewajipan bersolat antaranya:
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat
dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu
akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa
Melihat segala yang kamu kerjakan.
(Surah
al-Baqarah: 110)
Jelas
ayat di atas menyebut tentang suruhan berwajib terhadap solat. Tetapi malangnya
ada segelintir umat Islam yang memandang remeh padanya.
Sedangkan
dosa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah lebih besar. Maka
bermuahasabahlah kita.
MENUTUP
AURAT JUGA WAJIB
Seperti
solat dan puasa, menutup aurat juga adalah wajib bagi seluruh umat Islam. Allah
s.w.t berfirman:
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang auratperempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah
an-Nur:31)
Oleh
demikian, kenapa masih ada yang tidak menutup aurat sedangkan menutup aurat
juga wajib? Sama seperti solat,puasa dan zakat jika kita tinggalkannya dengan
sengaja maka kita berdosa.
Oleh
sebab itu perlulah kita bermuhasabah
kembali diri kita. Kenapa suruhan Allah yang wajib seperti solat dan puasa kita
boleh turuti akan tetapi dalam bab menutup aurat yang juga wajib kita gagal
turuti?
Apakah
kita sedang berpura-pura taat dengan harapan kita tidak dilaknat? Fikirkanlah
kembali.
WAJIB
MENTAATI SURUHAN DAN MENINGGALKAN LARANGAN
Maka
apabila kita tahu bahawa ada terdapat ayat-ayat Allah yang menyebut tentang
kewajipan terhadap sesuatu suruhan, maka wajib untuk kita mentaatinya dengan
SEGERA.
Jika
tidak, maka kita adalah hamba yang berdosa. Apakah kita ingin terus menjadi
hamba yang berdosa?
Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi dalam keadaan umur kita
yang makin lama makin dekat dengan kematian.
Maka
perhatiknalah dan bermuhasabahlah apakah perkara-perkara wajib yang kita perlu
patuhi selain dari solat dan puasa?
Setelah
itu apakah tindakah kita?Adakah kita terus untuk memilih berdiam diri? Maka
segeralah kita berubah ke arah ketaatan yang sebenar jika kita ingin jelas atas
status kita sebagai orang Islam yang beriman.
SEMOGA
KITA BERTAQWA
Maka
apabila segala kewajipan ditunaikan, maka itulah dia dinamakan taqwa. Taat pada
perintah agama dan meningalkan larangannya.
Bukankah
itu tujuan hidup kita sebenarnya sebagamiana tujuan kita berpuasa? Jika kita
gagal memahami tujuan sebenar berpuasa, sudah tentu kita akan rasa penat lelah
sahaja, dan puasa kita boleh menjadi sia-sia kerana apabila tiada matlamat maka
tiadalah keikhlasan.
Dalam
al-Quran banyak menyebut tentang taqwa, tetapi amat sedikit dikalangan umat
Islam yang mengambil iktibar tentangnya.
Oleh
itu, marilah kita menjadi orang yang bertaqwa. Bagaimana? Iaitu kita mentaati
segala suruhan dan larangan Allah bukan sahaja berpuasa dan solat, tetapi
keseluruhannya jika kita benar-benar ingin menjadi yang paling taqwa di sisi
Allah s.w.t.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Taatilah
kita pada suruhan Allah dan segeralah meninggalkan laranganNya.
2. Sebagaimana
kita mentaati perintah berpuasa, kenapa tidak kita mentaati perkara-perkara
lain yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran.
3. Jadilah
orang yang bertaqwa jika kita memilih ingin berada di sisi Allah s.w.t.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment