RAMADHAN: BULAN BINA KUALITI DIRI
PENDAHULUAN
Kita terus menghitung hari akan kedatangan Ramadhan. Ramadhan yang
dinanti-nantikan menjanjikan seribu satu fadhilat.
Impian setiap umat Islam untuk meraikan Ramadhan ini adalah sangat
mengujakan. Pelbagai persiapan yang kita dapat lihat.
Ada yang beli sejadah baru, telekung baru, kain pelikat baru, jubbah
baru, serban baru, dan segalanya serba baru.
Kerana golongan ini rasa seronoknya akan kedatangan Ramadhan.
Bagaimanakah dengan kita? Seronokkah kita atau sebaliknya?
Adakah kita rasa takut akan bulan Ramadhan ini? Sebab nak kena
tahan lapar dan dahaga separuh hari? Kemudian disusuli dengan solat tarawikh
pada malamnya?
Kalau tidak pergi solat tarawikh nanti orang kata kita ni orang
yang malas beribadah?Apakah kita rasa sebegitu?
Maka nilailah kembali. Sama ada kita ingin menyambut Ramadhan
dengan penuh gembira atau terpaksa.
Artikel kali ini ingin membincangkan bagaimana kita dapat membina
kualiti diri di Bulan Ramadhan.
Bagaimanakah ingin menghasilkan kualiti kerja yang
lebih baik di bulan Ramdhan dalam keadaan kita berlapar dan dahaga?
MULAKAN KERANA ALLAH
Setiap perkara jika ia diniatkan kerana Allah s.w.t semata-mata,
maka baginya akan kekuatan bekerja bersungguh-sungguh.
Oleh demikian, perelokkan dahulu niat kita. Kadang-kadang apabila
tersalah niat, maka kita akan rasa lelah dengan apa yang kita buat. Jika kita
niatkan kerana perkara lain, sudah pasti kita akan rasa bebanan yang amat kuat
di dalam setiap tugasan kita.
Jadikan setiap pekerjaan atau tugasan kita diniatkan kerana Allah. Setiap pekerjaan baik disandarkan kerana
Allah baginya pahala. Maka bukankah itu yang kita kehendaki? Melakukan sesuatu
yang ada padanya balasan pahala.
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Kadang-kadang yang melemahkan diri kita adalah kerana kita
memandang sesuatu pekerjaan itu dengan padangan negatif.
Apabila kita sambut tugasan tersebut dalam keadaan yang negatif,
sudah pasti kita akan terasa bebanannya.
Dan kita akan menyalahkan Ramadhan kerana membuatkan kita penat
lelah dan menjadikan alasan puasa sebagai punca kita gagal memberi impak pada
tugasan dengan lebih baik.
Bukankah kita pernah dengar Sirah Rasulullah s.a.w yang berjihad di
medan perang pada bulan puasa?
Bagaimanakah baginda dan para sahabat menghadapinya? Ketika kita
kecil, ketika mengeluh tentang penatnya berpuasa, orang tua kita akan kata
bahawa Nabi berperang dalam bulan puasa. Kita hanya sekadar belajar dan membuat
kerja biasa sahaja.
Oleh itu, setkan dalam pemikiran kita untuk sentiasa berfikiran
positif. Apakah Allah s.w.t tidak akan menilai perbuatan baik kita sepanjang
bulan Ramadhan? Sudah tentu Allah akan menilanya.
MENCABAR DIRI UNTUK MENJADI YANG TERBAIK
Adakala kita mendapat ujian yang ringan, dan adakala kita mendapat
ujian yang berat. Dan bulan puasa ini adalah ujian yang berat buat kita. Tetapi
jika kita benar-benar ingin menjadi mukmin yang benar-benar kuat, inilah
peluangnya.
Kita sentiasa mencabar diri kita untuk menjadi yang terbaik dan
berusaha mencapai kejayaan walaupun kita berpuasa.
Bukankah nikmat yang paling enak dirasai ialah ketika mana kita
berjaya mengharungi ujian yang berat?
Maka cabarlah diri untuk menjadi yang terbaik di bulan Ramadhan.
Peluang di bulan Ramadhan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya
menjadi khalifah yang benar-benar hebat di sisi Allah s.w.t.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Buatlah
sesuatu itu kerana Allah
2.
Sentiasalah
berfikiran positif dalam setiap perkara.
3.
Jadilah
seorang mukmin yang berpegang teguh pada matlamatnya.
4.
Ambillah
peluang di bulan Ramadhan ini untuk menjadi hamba dan khalifah yang hebat.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment