‘DNA’ DOSA PADA HATI: BAHAYAKAH?
PENDAHULUAN
Kita telah dikejutkan dengan satu kes yang melibatkan coklat
Cadbury di mana coklat tersebut telah dicemari dengan DNA babi.
Apabila kes ini berlaku, maka ramai yang tersedar dan ada yang
sumpah seranah kerana tidak berpuas hati.
Disebabkan berlakunya kes ini, negara kita agak huru-hara sedikit,
dan kita dapat lihat akhlak sebenar masyarakat kita khususnya orang Islam.
Dan kita tidak sedar selama ini kita nampak seperti beriman, tetapi
apabila berlaku kes melibatkan DNA babi ini, kita gagal kawal diri kita dan
menghukum setiap perkara dengan membuta tuli, yang penting puas.
Persoalannya adakah ini cara Islam? Maka bermuhasabahlah kita
kembali.
Artikel kali ini tidaklah ingin membicarakan tentang DNA babi
tetapi ingin berkongsi tentang ‘DNA’ dosa yang sepatutnya kita sebagai umat Islam
lebih titikberatkan.
Kerana ‘DNA’ dosa inilah mengajak kita kepada kejahatan dan jika
tidak kita kawal dan audit dengan cara baik dan sepatutnya, kita akan
terjerumus ke lembah neraka yang sememangnya ia sedang menunggu penghuninya
dari dunia. Allah s.w.t berfirman:
(Apa
yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat
kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka
merekalah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah:81)
Apakah kita masih tidak sedar akan hal ini? Apakah ‘DNA’ dosa ini
yang kita tidak perasan? Sejauh manakah bahayanya pada kita sebagai orang
Islam? Dan bagaimana ingin mengawalnya dari terus melekat pada hati kita?
‘DNA’ DOSA BERPUNCA DARI KELALAIAN IBADAH
Kegagalan kita dalam menjaga intipati ibadah harian kita, boleh
mengundang kepada wujudnya ‘DNA’ dosa ini. Kadang-kadang kita hairan kenapa
kita masih tetap melakukan dosa yang kita sedar akan laranganNya, sedangkan
kita tetap melakukan ibadah harian?
Ini kerana kita gagal dalam memelihara intipati ibadah kita. Apa
yang dimaksudkan ialah kita tidak melaksanakannya benar-benar kerana Allah.
Seperti solat, bukankah syarat untuk menjadi mukmin yang berjaya
adalah dengan khusyuk di dalam solat? Bagaimana ingin khusyuk? Bukankah dengan
memahami segala bacaan dalam solat?
Sesungguhnya berjayalah orang-orang
yang beriman,(1)
Iaitu mereka yang khusyuk dalam
sembahyangnya;(2)
Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia;(3)
(Surah al-Mukminun:1-3)
Maka perhatikanlah kembali bagaimanakah ibadah kita ketika ini?
Jika kita tidak mengawalnya, pasti segala ‘DNA’ dosa kejahatan mudah melekat
pada hati dan akhirnya kita gagal mengambil manfaat dari solat yang pada
hakikatnya orang yang solat adalah orang yang berjaya.
‘DNA’ DOSA BERPUNCA DARI PENOLAKAN TERHADAP AYAT-AYAT ALLAH
Dan kita semua tahu jika kita menolak ayat-ayat Allah dengan sengaja
kita bakal beroleh dosa, maka kenapakah kita masih melakukannya? Allah
berfirman:
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran
terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
(Surah al-Hijr: 91)
Menolak ayat-ayat Allah yang jelas menyuruh kita membuat kebaikan
dan meninggalkan segala laranganNya, maka apakah kita masih kira-kira bahawa
kita tidak akan berdosa?
Sudah tentu kita akan berdosa. Menolak dengan jelas dan sengaja,
pasti kita akan terjebak dengan dosa. Dan jika ia dibuat berulang-ulang kali,
apakah kita jangkakan kita berhak masuk ke syurga?
Maka bermuhasabahlah kita. Apakah ayat-ayat Allah yang sedang kita
tolak ketika ini dengan sengaja atau tidak sengaja. Auditlah diri kita kembali
agar ‘DNA’ dosa tidak melekat pada kita dan seterusnya menghalang kita dari
merasai kenikmatan sebagai seorang hamba kepada sang Penciptanya.
‘DNA’ DOSA BERPUNCA DARI HAWA NAFSU
Hawa nafsu adalah sangat bahaya buat kita. Nafsu dalam mengejar
kebendaan, nafsu ke arah kemaksiatan, dan sebagainya boleh mendorong kita ke
arah memperoleh ‘DNA’ dosa.
Nafsu itu perlu dikawal dengan syariat Islam. Jika tidak ia boleh
merosakkan diri kita dari yang baik kepada yang tidak baik.
Sebagai contoh jika kita seorang yang baik budi bicara, akan tetapi
jika datangnya nafsu amarah dan kita gagal mengawalnya, maka karakter negative kita
akan terpampang keluar dan akibatnya kita akan malu di atas sikap negatif kita
tersebut.
Oleh demikian, segera bertaubatlah kita dari cenderung mengikut
hawa nafsu kerana bahayanya sangatlah besar. Allah s.w.t berfiman:
Dan
Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang
orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah
itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan
penyelewengan yang besar bahayanya.
(Surah an-Nisaa’:27)
KAWAL ‘DNA’ DOSA DENGAN SENTIASA MENGINGATI MATI
Cara utama untuk kita mengawal ‘DNA’ dosa ini ialah dengan sentiasa
mengingati mati. Pentingnya mengingati mati ini adalah kita akan sedar bahawa
kita akan membawa bekalan untuk akhirat kelak.
Dan kita akan berwaspada atas tingkah laku kita di dunia ini agar
kita tidak ‘terbekal’ sekali dosa dari dunia ini.
Apabila kita sentiasa mengingati mati sudah tentu kita akan takut
untuk dicampakkan ke dalam api neraka. Dan pada akhirnya kita akan
memperbanyakkan amal ibadah agar kita tidak dicampakkan ke tempat tersebut.
Allah s.w.t berfirman:
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia
dan melupakan akhirat. Ingatlah
akan hal orang yang hendak mati)
apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
(Surah al-Qiaamah:26)
KAWAL ‘DNA’ DOSA DENGAN AKHLAK YANG BAIK
Dan cara lain yang dapat kita buat ialah dengan mempraktikkan
akhlak yang baik. Menjadi muslim yang berakhlak mampu memelihara kita dari
cenderung ke arah perbuatan yang negatif seperti memfitnah, mengumpat, mengadu
domba, berburuk sangka dan sebagainya.
Contohilah akhlak yang ada
pada baginda Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan setiap jiwa.
Dengan mengikuti akhlak baginda, sudah pasti kita akan terlindung
dari ‘DNA’ dosa dan menjadi muslim yang dicintai oleh orang lain.
Dan berusahalah kita menjadi tauladan yang baik sama ada untuk ahli
keluarga, rakan sekerja, mahupun masyarakat amnya.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Jadilah
kita sebagai mukmin yang sentiasa terpelihara dengan dosa.
2.
Jauhilah
perkara-perkara negatif yang boleh membawa kita menjadi pelaku yang berdosa.
3.
Tetapkanlah
hati kita di atas syariat Islam kerana dengannya kita mampu terpelihara dari
kesalahan dosa dan nista.
4. Patuhilah
suruhan Allah dan jauhilah laranganNya, dan praktikkanlah akhlak yang telah dicontohi
oleh baginda.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment