RAMADHAN: MEMBUKA PINTU UKHUWAH
PENDAHULUAN
Bagaimanakah kita dapat membuka pintu ukhuwah di bulan Ramadhan?
Apakah ada hikmah dalam persaudaraan dalam bulan Ramadhan yang boleh kita
ambil?
Jika sebelum ini kita bermasam muka dengan orang lain, bagaimanakah
kita dapat membina hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita melalui bulan
Ramadhan?
Apakah kita masih ingin terus bermusuh-musuhan di dalam bulan
Ramadhan? Apakah kita masih tegar untuk tidak memaafi orang lain?
Maka ambillah peluang ini untuk membina kembali hubungan
persaudaraan yang kian lama menyepi dek kerana sombong dan ego.
Bukankah orang mukmin itu bersaudara? Maka apakah penyelesaiaan
yang dapat kita lakukan di dalam bulan Ramadhan agar tiada lagi permusuhan,
kebenciaan, keegooan dan sebagainya berlaku di dalam diri kita sebagai umat
Islam?
Di sini kita akan membincangkan cara bagaimana kita dapat membina
dan membuka kembali pintu ukhuwah seperti yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya
melalui bulan Ramadhan. Kerana kita tahu mereka yang bermusuh ini kadang-kadang
malu untuk bermaafan sesama mereka. Oleh itu, jadikanlah peluang ini untuk
membentuk silaturrahim kembali.
MAAFKAN KERANA ALLAH
Segala kesalahan yang telah dibuat oleh orang lain, tidak bolehkah
ia dimaafkan atas sebab kerana Allah s.w.t?
Kita solat dan kita baca dua ayat terakhir di dalam surah
al-fatihah yang di mana ia menyebut:
Tunjukilah
kami jalan yang lurus.(6)
Iaitu
jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.(7)
(Surah al-Faatihah: 6-7)
Siapakah golongan yang Allah murkai? Bukankah salah satu golongan
yang Allah murkai ialah orang yang sengaja memutuskan tali persaudaraan? Atau
kita menjangkakan dengan memutuskan persaudaraan itu boleh membuatkan Allah
redha dan suka?
Sudah pasti tidak. Maka bermaafanlah kerana Allah s.w.t. Jika tidak, ditakuti Allah murka terhadap kita. Bukan sahaja murka di atas kes tersebut,
malah keseluruhan hidup kita.
BEBRBUKA PUASA SECARA JAMAI’E
Api permusuhan itu dapat dilenyapkan apabila kita mula makan
bersama. Duduk bersama, bersembang dan meluahkan apa-apa permasalahan secara
syura iaitu perbincangan secara sihat.
Maka manfaatkanlah saat-saat berbuka puasa dengan menjamu
bersama-sama. Nabi dan para sahabat sentiasa makan bersama-sama dalam setiap
majlis. Ini sebagai tujuan untuk mengeratkan silaturrahim.
Dan bukankah kita tahu bahawa salah satu mustajabnya doa adalah ketika
berbuka puasa? Maka berdoalah ketika itu “ Ya Allah, Engkau hapuskanlah
permusuhan di antara kami dan juga umat Islam. Engkau tanamkanlah kasih-sayang
di antara kami. Engkau redhailah hubungan kami sesama muslim. Dan janganlah
Engkau murkai terhadap kami, kerana kami tidak sanggup menangung azab seksaaan api
nerakaMu”
TADARUS AL-QURAN SECARA JAMAI’E
Di bulan Ramadhan ini juga peluang kita untuk membina ukhuwah
adalah dengan cara bertadarus al-quran.
Dengan membaca bersama-sama, hati kita akan diikat dengan ayat suci
al-Quran. Sejahat mana pun manusia, jika hatinya mula tersentuh dengan
ayat-ayat al-quran, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari berubah dan
bertaubat.
Itulah mukjizat al-quran. Jika ia dibaca dengan penuh keyakinan,
maka dia mampu memagari hatinya dari sebarang permusuhan dan perkara-perkara negatif.
Oleh itu, binalah ukhuwah dengan bertadarus bersama-sama. Jadikan
al-quran sebagai pengikat hati yang bermusuh. Sesungguhnya Al-Quran itu sangat berguna buat orang-orang beriman. Firman Allah s.w.t:
Oleh itu berilah peringatan (kepada
umat manusia dengan ajaran Al-Quran),
kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
(Surah al-A’laa:9)
Banyak lagi penyelesaian yang boleh kita ambil dari bulan Ramadhan.
Diharapkan dengan 3 penyelesaiaan ini, ia dapat membuka kembali pintu ukhuwah
di kalangan kita, dan melindungi kita dari terjebak kembali dari api permusuhan
dan kebenciaan.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh di ambil:
1.
Jadikan
bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat buat kita.
2.
Binalah
ukhuwah dalam bulan Ramdhan dan istiqamahkanlah ia selepasnya.
3.
Bermaafanlah
kerana Allah, kerana Allah suka kepada hambaNya yang saling bermaafan.
4.
Amalkan
berbuka puasa secara Jamie atau bersama-sama kerana padanya hikmah yang sangat
besar.
5.
Ambillah
manfaat dari majlis tadarus al-quran secara berjemaah. Kerana ia mampu mengikat
hati kita dari sebarang permusuhan.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
No comments:
Post a Comment