RAMADHAN: KEBAHAGIAAN SEORANG MUKMIN
PENDAHULUAN
Apakah perkara yang membahagiakan kita di dunia ini sekarang ini?
Bagi yang berkeluarga, sudah tentu kebahagiaan apabila bersama keluarga.
Bagi yang suka dengan hobi, maka dia akan bahagia dengan aktiviti
hobi yang dilakukan. Bagi yang bekerja, dia akan rasa bahagia apabila bekerja.
Maka persoalannya, dimanakah bahagia seorang mukmin? Apakah kebahagiaan
yang diinginkan oleh seorang mukmin?
Dan apakah Ramadhan yang akan tiba ini adalah kebahagiaan yang
dinantikan? Orang mukmin yang merindui Ramadhan, akan senyum pada awalnya, dan
akan menangis pada akhirnya.
Senyum kerana ini peluang dia untuk bertaubat dan berubah. Menangis
pada akhirnya kerana dia tidak pasti adakah dia akan menemui lagi Ramadhan ini
akan datang?
Auditlah diri kita sepanajang bulan Ramadhan. Apakah
perkara-perkara ‘cacat’ yang ada pada diri kita yang perlu kita ‘sembuhkan’?
Bukankah objektif kita adalah menjadi mukmin yang professional?
Maka apakah usaha yang telah kita sediakan dan buat?
Inilah peluang kita mencapai kebahagiaan apabila bergelar mukmin.
KEBAHAGIAAN DALAM BERIBADAH
Apakah perasaan kita ketika mana dapat merasai ais krim yang enak
dan sejuk pada hari terik dan panas?
Atau pun air cendol, atau air batu campur yang menyejukkan tekak?
Sudah pasti kita akan rasa sangat nikmat lantaran cuaca yang panas.
Begitulah juga bagi orang yang beriman di mana apabila datangnya
Ramadhan, nikmat beribadah itu lagi makin manis.
Setiap zikir yang dilafazkan terasa nikmatnya. Di mana zikir
tersebut memaniskan lidah dan melembutkan hati.
Maka bagaimanakah kita ingin merasai peluang nikmat tersebut? Iaitu
dengan mengamalkan tadarus al-quran.
Bacalah dengan tertib. Rasailah nikmat bacaannya. Nikmat yang
pernah dirasai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta salafus soleh.
Ataupun basahkan lidah dengan zikrullah. Rasailah nikmat setiap
butir-butir lafaz zikir dan rasai kuasanya.
KEBAHAGIAAN DALAM KESOLEHAN
Benarkah kita akan rasa bahagia jika kita dapat menjadi mukmin yang
soleh? Bukankah kita ingin menajdi invidu yang dihormati oleh orang lain?
Bukankah kita ingin menjadi individu yang di mana apabila setiap perkara yang
dilafazkan, mudah diterima oleh orang lain?
Bukankah kita ingin menjadi penggerak yang baik untuk organisasi
kita dan juga ahli keluarga kita?
Maka bagaimanakah untuk menjadi seperti tersebut? Iaitu dengan
berusaha mencapai menjadi individu yang soleh.
Perasan atau tidak kenapa kata-kata kita sering ditolak dan tidak
ditaati? Khususnya kita sebagai seorang ketua. Baik ketua jabatan mahupun
keluarga?
Kerana kita gagal memperbaiki diri kita sendiri. Jika kita gagal
memperbaiki diri kita sendiri, bagaimana pula orang lain akan mendengar setiap
nasihat kita?
Oleh itu, dengan hadirnya Ramadhan ini, bentuklah kembali diri kita
sendiri agar menjadi yang lebih soleh dan solehah kemudian serulah pada orang
lain untuk menjadi seperti itu juga.
Satu konsep iaitu “Perbaiki diri dan kemudian serulah orang lain”.
Dan kita harapkan agar kita tergolong dikalangan orang yang
bahagia. Allah berfirman:
Dan sesiapa
yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya
berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka,
penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada
hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan
buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali
malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
(Surah al-Israa’:97)
PENUTUP
Penagajaran yang boleh diambil:
1.
Jadikanlah
bulan Ramadhan ini bulan yang membahagiakan.
2. Capailah
kebahagiaan di dalam beribadah kerana padanya ada nikmat yang diinginkan oleh
kita sebagai seorang mukmin.
3.
Capailah
kebahagiaan dengan menjadi individu yang soleh jika kita ingin menjadi insan
yang dihormati.
4. Berdoalah
kepada Allah agar kita sentiasa diberi hidayah kerana orang yang diberi hidayah
adalah orang yang bahagia.
5.
Bermuhasabahlah
“ Adakah aku cukup bahagia dengan kedatangan Ramadhan ini?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahulam
No comments:
Post a Comment