MALAS BERIBADAH: SEBAT HATIMU DENGAN MENGINGATI MATI
PENDAHULUAN
Apabila kita bicara tentang amal ibadah, maka bagi yang beriman
sudah pasti tahu akan nikmat disebalik amalan tersebut.
Tetapi bagi mereka yang tidak beriman, mereka nampak ia satu amalan
yang meletihkan dan membosankan.
Tetapi oleh kerana ia adalah tuntutan agama, maka mereka terpaksa
melakukannya juga atas sebab mereka adalah muslim.
Dan apakah punca seseorang itu malas untuk beribadah? Bagaimana
ingin mendatangkan kenikmatan dalam menunaikan ibadah?
Seabagi contoh dalam ibadah solat. Kenapa ada sebahagian kita yang
solat dengan penuh kelalaian dan terpaksa? Apakah kerana sebahagian kita ini
wujud rasa malas?
Bahayanya malas ini sampaikan ia mampu membuatkan kita untuk
meninggalkan ibadah wajib dengan sengaja.
Maka apakah penyelesaiaannya? Bagaimana ingin mendidik diri supaya
rajin beribadah? Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Pelbagai ibadah yang
dituntut pada kita untuk melaksanakannya agar meraih pahala yang berganda.
Sebagai contoh tilawatul quran, solat tarawikh, zikrullah,
bersedekah, dan sebagainya. Maka apakah tindakan kita bagi memastikan amal
ibadah ini dilaksanakan dengan penuh dinikmat disamping dapat mengelakkan dari
berasa bermalas-malasan dalam menunaikannya?
Sudah tentu kaedah yang paling utama adalah dengan mengingati mati.
Kenapa?
SEBAT HATIMU DENGAN MENGINGATI MATI
Punca kita rasa malas untuk beribadah adalah kerana hati. Apabila
hati tidak lagi rasa nikmatnya beribadah, maka ia boleh terjerumus ke arah rasa
malas.
Dan bagaimana kita nak didik hati yang degil ini? Kekotoran degil pada
pakaian boleh kita hapuskan dengan menggunakan sabun pencuci. Tetapi kedegilan
hati?
Sudah pasti dengan cara mengingati mati. Tanyalah setiap orang apa
yang paling dia takut. Sudah tentu mati. Kenapa? Kerana dia tahu bekalan pahala
dia masih belum cukup.
Oleh demikian sebatlah hati kita ini dengan sentiasa mengingati
mati. Beritahu hati “ Wahai hati, adakah Engkau masih ingin bermalas-malasan
sedangkan umurku masih tidak panjang, dan aku boleh dijemput oleh Ilahi pada
bila-bila masa? Adakah Engkau tidak mahu membantuku menggandakan bekalan pahala
ku agar ia dapat melepaskan aku dari seksaaan api neraka?
Dan kita tahu hati kita ini sifatnya sangat keras. Maka sebatlah ia
dengan sentiasa mengingati mati.
PENJARAKAN HATI DENGAN ZIKRULLAH
Setelah hukuman sebat dijalankan, maka penjaralah ia dengan segera
dengan penjara zikrullah. Kunci ketat-ketat pintu penjara ini. Jika tidak ia
mampu meloloskan diri dan akhirnya ia menjadi degil semula dan membuatkan kita
berasa malas kembali.
Hati yang dijinak dengan zikrullah, sudah pasti akan mula rasa
nikmatnya ketaatan dalam ibadah. Seperti orang yang dipenjara, dia akan rasa
nikmatnya hidup bebas setelah dipenjarakan. Dan dia akan rasa nikmatnya ibadah
setelah dia diberi hukuman penjara. Sedangkan pada kehidupan diluarnya itu, dia
tidak pernah kenal erti ibadah.
Begitu juga hati. Setelah ia disebat dan dipenjarakan, maka dia
akan mula rasa nikmat akan ketaatan itu.
HADIAH HATI BUAT DIRI
Apabila hati dihukum dan dipenjarakan, maka hati akan menghadiahkan
kepada diri kita nikmat yang sebenar dalam beribadah.
Bukankah kita inginkan kenikmatan dalam beribadah? Bukankah itu
yang kita cari selama ini? Berpuluh-puluh tahun kita solat, kita berpuasa, kita
tidak rasa akan nikmatnya ibadah. Ini berpunca dari hati yang degil dan
cintakan kemalasan.
Maka oleh demikian, disebabkan hati itu telah diberi hukuman sebat
iaitu sebatan zikrulmaut, kemudian disusuli dengan penjara zikrullah, maka
hilanglah rasa kemalasan pada diri.
Nikmatnya beribadah seperti mana kita rasa nikmatnya rehat setelah
penat bekerja, nikmatnya sihat setelah kita rasa sakit, dan nikmatnya masa
lapang setelah kita rasa sibuk.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1.
Sebatlah
hati kita dengan mengingati mati jika ia mula rasa malas untuk beribadah.
2.
Dengan
mengingati mati, kita akan sentiasa rasa bekalan kita tidak pernah cukup.
3.
Penjarakanlah ia setelah itu dengan zikrullah
kerana dengan mengingati Allah hati bisa tenang.
4. Berusahalah
untuk merasai nikmat beribadah kerana padanya ada cinta dan mahabbah (kasih
sayang) terhadap Tuhannya.
5.
Bermuhasabahlah
“Adakah aku merasa nikmat dalam ibadah harianku selama ini?”
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment