RAMADHAN:
PELUANG MEMBINA KARAKTER AL-QURAN DALAM DIRI
PENDAHULUAN
Allah
s.w.t berfirman:
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada
seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang
(hendak) bertaqwa.
(Surah
ali-Imraan:138)
Sebagai
individu muslim, kita beriman dengan al-quran. Dan ia merupakan salah satu
daripada rukun iman.
Beriman
dengannya adalah rukun di mana jika kita tidak beriman dengannya maka kita
belum masih digelar sebagai orang beriman.
Di
kesempatan ini, ingin dikongsikan beberapa perkara berkaitan Ramadhan dan
al-quran.
Seperti
yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan al-quran. Bulan di mana
diturunkan al-quran. Allah s.w.t berfirman:
(Masa yang diwajibkan
kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah
al-Baqarah:185)
Maka
bagaimanakah kita dapat membina karakter al-Quran di dalam diri kita? Bukankah
dengan berpegang kepada al-quran kita akan selamat baik di dunia mahupun di
akhirat?
Seperti
yang kita sedia maklum bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah akhlak al-quran.
Apa yang dititahkan di dalam al-quran, itulah yang dipraktikkan oleh baginda.
Bagaimana
pula kita? Apakah nilai-nilai murni di dalam al-quran yang boleh kita ambil
sebagai pedoman buat diri kita? Maka bermuhasabahlah kita.
AL-QURAN
MENYURUH KEPADA KEBAIKAN
Dalam
usaha kita membina karakter al-quran di dalam diri, maka apakah nilai-nilai
murni yang terdapat di dalam al-Quran?
Sudah
tentu al-quran menyebut tentang suruhan ke arah membuat kebaikan.
Sebagai
contoh al-quran ada menyebut tentang bermesyuarat jika berlaku percanggahan,
ketaatan kepada pemimpin, memberi dan menjaga amanah, berkata-kata yang baik,
memelihara aurat, tidak meninggikan suara, bertolong-tolongan di antara satau
sama lain dan sebagainya.
Maka
nilai-nilai inilah perlu kita praktikkan di dalam diri kita dalam usaha membina
sebuah karakter al-quran.
Bukankah
indah jika kita dilihat oleh orang lain sebagai insan yang berkarakterkan
al-Quran? Dengan karkater ini, maka diri kita pasti akan dihormati dan disegani
sebagaimana mereka menghormati al-quran.
AL-QURAN
MENCEGAH KEMUNGKARAN
Selain
itu, dalam kita membina karakter al-Quran perlulah kita melihat apakah
perkara-perkara yang dilarang.
Kerana
wujudnya karakter al-quran itu apabila kita mengelak dari melakukan sesuatu
yang bertentangan dengannya.
Sebagai
contoh kita dilarang meminum arak, mencuri, berbunuh-bunuhan, mengumpat,
memfitnah, berkata-kata dusta dan sebagainya.
Maka
nilai-nilai murnia yang mana lagikah yang ingin kita ambil sebagai pedoman jika
tidak dari al-Quran?
Oleh
sebab itu amatlah baik jika kita benar-benar dapat menilai kembali isi al-Quran
dan mengambil iktibar padanya.
Dalam
al-Quran itu sendiri terdapat banyak nilai-nilai murni. Praktikkannya ia demi
menjadi muslim yang berakhlak.
INSTALL
AKHLAK AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN
Maka
setelah kita ketahui akan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam al-quran
maka segeralah installkannya di dalam diri kita agar kita dapat membina
sebuah karakter yang benar-benar berlandaskan syariat Islam.
Ambillah
peluang di bulan Ramadhan yang akan tiba ini untuk kita melihat kembali apakah
nilai-nilai murni yang ada di dalam al-quran yang masih kita belum
laksanakannya lagi.
Bukankah
kita ini muslim yang beriman? Maka jika kita beriman dengan al-quran,
berimanlah dengan sepenuhnya. Jangan separuh-separuh.
Jika tidak kita akan gagal mencapai satu
kehormatan dari orang lain. Bukankah kita suka jika diri kita ini dihormati?
Hormat al-quran dan praktikkannya, maka diri kita akan dihormati kelak.
PENUTUP
Pengajaran
yang boleh diambil:
1. Binalah
kakakter diri dengan al-Quran jika kita ingin dihormati dan disegani oleh orang
lain.
2. Nilailah
kembali apakah nilai-nilai murni yang ada di dalam al-quran yang kita masih
belum praktikkan.
3. Ambillah
peluang di bulan Ramadhan ini untuk kita bina karakter al-Quran.
4. Ramadhan
adalah bulan al-Quran, maka manfaatkanlah ia.
5. Orang
yang benar-benar hebat adalah orang yang pada dirinya ada karakter al-Quran.
Dari
Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment