Jubah

Jubah

Sunday, August 3, 2014

KEMENANGAN HATI SELEPAS RAMADHAN

KEMENANGAN HATI SELEPAS RAMADHAN
PENDAHULUAN

Allah s.w.t berfirman:
Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
(Surah ali-Imraan:148)

Bagaimanakah kita selepas berakhirnya Ramadhan? Adakah makin cinta dengan pencipta atau makin jauh denganNya?

Apakah yang kita dapat setelah tempoh sebulan kita berpuasa? Orang yang benar-benar beriman dia pasti akan mengetahui kejayaan yang telah dia capai sepanajang bulan Ramadhan.

Cuba kita senaraikan kejayaan yang telah kita kecapi. Adakah ia memuaskan hati kita atau tidak?

Tazkirah kali ini ingin membicarakan tentang kemenangan hati selepas Ramadhan.

Masalah bagi umat Islam adalah hati. Percaya atau tidak jika hati bermasalah maka seluruh sistem kehidupannya akan bermasalah.

Jika hati menolak untuk berubah dan taat kepada Allah dan RasulNya, maka seluruh tubuh akan menolak segala suruhanNya.

IDAMKAN HATI SEJERNIH RASULULLAH S.A.W

Cuba kita tanya setiap orang-orang Islam. Ciri-ciri muslim bagaimanakah yang menjadi pilihan mereka? Sudah tentu seperti baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Hati yang sentiasa suci dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Hati yang jauh untuk melakukan sebarang kemungkaran dan kemaksiatan.

Oleh sebab itu, pokok utama dalam usaha kita menjadi muslim mukmin yang bertaqwa, maka mulakanlah ia dengan mengawal hati.

Disebabkan itu juga hadirnya Ramadhan ini mendidik hati kita menjadi suci semula. Suci dari sebarang hasad dengki, dendam, dan segala sifat yang negative.

Maka setelah kita melalui madrasah Ramadhan ini, berusahalah pula untuk istiqamah dalam ketaatan kepada Allah s.w.t.

Mncontohi baginda dalam ketaatan kepada Allah s.w.t. Baginda sangat mencintai Tuhannya. Bukankah kita juga sebegitu?

KASIH ALLAH BUAT HAMBA YANG CINTAKAN KEBAIKAN

Berdasarkan ayat di atas tadi, Allah menjelaskan kepada kita bahawa Dia sangat mengasihi orang yang membuat kebaikan.

Seperti kita juga, jika ada orang buat baik dengan kita, tidak seronokkkah kita? Tidak gembirakah kita? Malah kita akan kasih orang yang buat kebaikan kepada kita.

Inikan pula Allah s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Jadi persoalannya bagaimana kita dapat meraih kebaikan baik di tempat kerja mahupun di rumah?

Iaitu dengan melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.

Cuba perhatikan apakah perkara buruk yang kita lakukan dan apakah perkara kebaikan yang belum lagi kita lakukan?

Bukankah tad kita bicarakan yang kita inginkan kasih dari Allah s.w.t. Apabila Allah kasih, maka syurgaNya akan menjadi milik kita.

Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(Surah at-Taubah:89)

PENUTUP

Pengajaran yang boleh diambil:

1.      Didiklah hati untuk sentiasa istiqamah dalam ketaatan.

2.      Hati yang menang adalah hati yang berjaya mengawal dari sebarang perilaku yang tidak baik dan perliaku yang dilarang oleh Allah s.w.t

3.      Contohilah akhlak Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan dalam usaha kita meraih hati yang suci dan bersih.

4.      Perbanyakkanlah membuat kebaikan kerana Allah s.w.t kasih akan orang yang membuat kebaikan.

5.      Bermuhasabahlah “ Adakah aku sudah mencapai kemenangan hati selepas Ramadhan ini?”

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak

Wallahualam



No comments:

Post a Comment